Sunday, September 11, 2022

ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD BIN UBAID BIN ABI UBAID AL-DARAWARDI (187H)

 ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD BIN UBAID BIN ABI UBAID AL-DARAWARDI (187H)

 عَبْدُ الْعَزِيزِ بن محمد بن عبيد بن ابي عبيد الدراوردي

 

Dia dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-JUHANI AL-MADANI. Dia seorang ulama hadis serta Atba’ al-Tabiin yang alim dalam bidang al-Jarh wa al-Ta’dil.

 

KOMEN ULAMA:

(a)                dianggap siqah oleh AHMAD BIN SOLEH AL-JILI, IMAM MALIK, IBN HAJAR dan YAHYA BIN MAIN.

(b)               AHMAD dan ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, kalau dia riwayat secara hafalan, dia akan waham. Tetapi, jika dia riwayatkan berdasarkan kitab, itu jadi elok.  

(c)                Ibn hajar kata, dia soduq; kalau dia riwayatkan hadis dari kitab orang lain, kadangkala dia tersilap.

(d)               Al-Bukhari meriwayatkan hadis darinya hanya dua hadis sahaja, itupun disertakan dengan riwayat lain sama.

 

Dia adalah perawi al-Khamsah; Ahmad, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.

 

Dia dianggap soduq yang hasan al-hadis.


ABDUL AZIZ BIN MUHAMMAD BIN ABI UBAID AL-DARAWARDI (187H). Atba’ al-Tabiin ini meninggal di Madinah.

 

[15] Berlaku khilaf dalam kalangan Ulama terhadap gelaran AL-DARAWARDI kepadanya:

 

(a)   AHMAD BIN SOLEH AL-MISR kata, dia dilahirkan ASBAHAN di kampung Daraward. Dengan itu, Penduduk Madinah menggelarkan dia dengan al-Darawardi

(b)  IBN QUTAIBAH dan IBN SA’AD kata, dia dilahirkan di Madinah. Namun, dikaitkan gelaran itu, ABU HATIM kata, ia adalah nisbah kepada kampung atuknya di Khurasan, iaitu kampung Daraward. al-Bukhari sependapat dengan ABU HATIM, tetapi AL-BUKHARI menyebut nama kampung itu adalah DARBAJARAD داربجرد bertempat di farsi.

 

[16] Dia adalah Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad. Didapati Al-Bukhari riwayatkan hadis darinya hanya dua hadis sahaja, itu secara secara MUTABA-AH dan TA’LIQ sahaja.

 

[17] KOMENTAR POSITIF:

(a)   Dianggap Siqah oleh AHMAD BIN SOLEH, IMAM MALIK, IBN HAJAR dan YAHYA BIN MAIN dan kitab TAHRIR TAQRIB.

(b)  MA’AN BIN ISA AL-QAZZAZ kata, dia patut digelar AMIRUL MUKMININ.

(c)    IBN HAJAR kata, dia soduq; kalau dia riwayatkan hadis dari kitab orang lain, kadangkala dia tersilap.

(d)  IBN MADINI kata, di sisi kami dia siqah sabat.

 

[18] KOMENTAR NEGATIF:

(e)  IBN HABBAN AL-BUSTI kata, dia selalu silap.

(f)      ABU HATIM kata, dia tidak boleh dibuat hujah.

 

[19] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(g)    AHMAD BIN HANBAL, hadis yang dia tulis lebih sahih berbanding yang dia hafal. Hadis yang dia riwayatkan semuanya sahih kecuali hadis yang dia ambil dari UBAIDULLAH BIN UMAR—didapati semuanya mungkar.

(h)  ABU ZUR’AH kata, hafalannya buruk. Didapati banyak kesalahan apabila dia riwayatkan hadis secara hafalan.

(i)        ZAKARIA BIN YAHYA AL-SAJI kata, dia dari اهل الصدق والأمانة kecuali dia banyak waham.

(j)       IBN SAAD kata, dia siqah banyak hadis dan silap.

No comments:

Post a Comment