BIN ULAYYAH (110H-193H)
ابْنِ
عُلَيَّةَ
Nama betulnya adalah ISMAIL BIN IBRAHIM BIN MUQSAM
AL-QURASHI AL-ASADI. Lebih popular dengan IBN ULAYYAH. Dia berada di sekitar
basrah dan kufah dan meninggal dunia di Baghdad.
ULAYYAH itu adalah nama ibunya. Menurut AL-ZARKALI
bahawa dia tidak suka dipanggil dengan gelaran IBN ULAYYAH.
Atuknya pula, MUQSIM berasal dari keturunan SABY
AL-QIQANIYYAH, iaitu satu keturunan yang berada antara khurasan dan ZABULISAN زابلسان (dalam wilayah Azerbaijan).
Bapanya, IBRAHIM adalah seorang peniaga dari KUFAH.
Dia datang ke BASRAH untuk berniaga. Di situ, dia berjumpa dengan ULAYYAH BINTI
HASSAN dan bernikah sehingga melahirkan ISMAIL.
AMRU BIN ZURARAH AL-NAISA’BIRI pernah kata, aku
bersahabat dengan IBN ULAYYAH selama 14 tahun. Aku tidak pernah nampak dia
senyum. Hal ini kerana, dia selalu kelihatan sedih dan takut dengan akhirat.
Di akhir era pemerintahan HARUN, dia dilantikan
menjadi pengerusi hal ehwal zakat di Basrah.
Dia berpindah ke Bahdad bersama dengan bapanya. Di
situ, dia beli rumah dan dia meninggal di situ.
Jenazah dia disembahyangkan oleh anaknya yang bernama
IBRAHIM, seorang tokoh besar dari aliran JAHMIYYAH.
Dia ada beberapa orang anak yang terkenal: (al-Siyar)
(a)
ABU BAKAR MUHAMMAD BIN ISMAIL BIN ULAYYAH—Qadhi di
Damsyiq dan merupakan guru kepada imam al-nasaie.
(b)
IBRAHIM BIN ISMAIL BIN ULAYYAH—Seorang penganut
fahaman JAHMIYYAH serta anggap al-Quran adalah makhluk dan pernah berdebat dengan
Imam syafie.
(c)
HAMMAD BIN ISMAIL—salah seorang guru kepada Imam
Muslim.
KOMENTAR POSITIF
(a)
AL-BAIHAQI, dinukilkan perkataan Imam syafie bahawa
dia siqah.
(b)
ABU JA’FAR AL-BASTI kata, dia siqah dan lebih hafaz
berbanding al-saqafi.
(c)
ABU DAUD kata, tidak ada seorang pun ulama hadis yang
tidak silap kecuali ISMAIL BIN ULAYYAH.
(d)
Dianggap SIQAH oleh AL-HAKIM, IBN MAHDI,
(e)
AHMAD kata,
orang yang paling sabat di Basrah.
(f)
AL-NASAIE dan AL-WAQIDI kata, dia siqah sabat.
(g)
AL-ASQALANI kata, dia siqah hafiz.
(h)
AL-ZAHABI kata, dia imam hujah.
(i)
SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ kata, dia adalah wangian para
fuqaha’. Dan penghulu para ulama hadis.
(j)
SADUSI kata, dia sabat sangat.
(k)
IBN SA’AD kata, dia sabat dan hujjah.
No comments:
Post a Comment