UMMU SUBAYYAH AL-JUHANIYYAH
أُمِّ صُبَيَّةَ الْجُهَنِيَّةِ
Ramai ulama hadis kata, bahawa Ummu Subayyah ini nama sebenarnya adalah
KHAULAH BINTI QAIS. Antara yang kata begitu adalah al-Bukhari, al-Zuhli, Abu
Zur’ah. Bahkan, kalau dilihat dalam hadis
riwayat ibn majah (283) disebutkan seperti berikut;
قَالَ أَبُو
عَبْدِ اللَّهِ بْنُ مَاجَةَ: سَمِعْتُ مُحَمَّدًا يَقُولُ: أُمُّ صُبَيَّةَ هِيَ
خَوْلَةُ بِنْتُ قَيْسٍ، فَذَكَرْتُ لِأَبِي زُرْعَةَ فَقَالَ: صَدَقَ
Begitu juga dalam al-Adab al-Mufrad (hadis no: 1054), al-Bukhari
menyatakan;
قال البخاري في
الأدب المفرد: عن خولة رضي الله عنها قالت: اخْتَلَفَتْ يَدِي وَيَدُ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلم في إناء واحد - الأدب المفرد, 1054
Walaubagaimana pun, Ibn Abd al-Bar, al-Mizzi, al-Munziri pula
menggunakan sighah تمريض dalam
menyatakan namanya adalah KHAULAH BINTI QAIS itu.
Ada dakwaan kata, bahawa dia adalah isteri Saidina Hamzah. Namun,
dibantah oleh ibn Hibban. Al-Mustagfiri menjelaskan bahawa Isteri Saidina
Hamzah adalah perempuan Ansar dari etnik NAJJARIYYAH, sedangkan Ummu Subayyah
berbangsa JUHANIYYAH, iaitu dia adalah nenek kepada KHARIJAH BIN AL-HARIS BIN
RAFI’ BIN MAKIS. (Tawassut:2/540)
No comments:
Post a Comment