KABSYAH BINTI KA’AB BIN MALIK AL-ANSARIYYAH
كبشة بنت كعب بن مالك
Dia anak kepada sahabat Nabi yang terkenal, iaitu KAAB BIN MALIK
(26SH-51H) yang merupakan salah seorang sahabat yang terkenal dengan pensyair.
Kisah yang popular berkenaan KAAB adalah kisah al-Quran bahawa dia diboikot
ekoran tidak hadir perang tabuk. Kisahnya dalam Surah al-Taubah, ayat 118.
Ibunya SOFIYAH, seorang muslimat berasal dari YAMAN. Suaminya adalah
ABDULLAH BIN ABI QATADAH. Ibn Hibban kata, dia adalah sahabat.
Adik beradik dia, ABDULLAH, UBAIDULLAH, MA’BAD dan ABDUL RAHMAN.
Ibn Hibban mengatakan bahawa kabsyah adalah SAHABAT. Jika dapat dibuktikan bahawa dia sahabat, maka ternafi JAHALAH pada KABSYAH ini.
No comments:
Post a Comment