HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH
حُمَيْدَةَ
بِنْتِ عُبَيْدِ بْنِ رِفَاعَةَ
nama
penuhnya adalah HUMAIDAH BINTI UBAID BIN RIFA’AH BIN RAFI’ BIN MALIK BIN
AL-‘AJLAN BIN AMRU BIN ‘AMIR BIN ZURAIQ AL-ANSARIYYAH AL-ZARQIYYAH.
Dia adalah isteri kepada
perawi hadis yang bernama ISHAQ BIN ABDILLAH. Dia panggil dengan UMMU YAHYA,
kerana anak sulungnya bernama YAHYA
Namanya tidak ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, tetapi ada dalam
Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.
Dia dianggap JAHALAH. Namun, dibantah oleh WALIYUDDIN AL-IRAQI dalam
kitabnya, al-tawassut al-Mahmud dengan menyatakan bahawa bukan suaminya sahaja
ambil hadis dari Humaidah, bahkan didapati dua orang anaknya, iaitu YAHYA BIN
ISHAQ (Abu Daud, 5036) dan UMAR BIN ISHAQ juga didapati ambil hadis darinya.
Justeru, TERNAFI dakwaan bahawa dia JAHALAH.
Ulama berbeza pendapat
berkenaan dhobitnya. Namun, majoriti ulama termasuk YAHYA BIN YAHYA AL-ANDALUSI
anggap dia DHOBIT. (al-Tawassut:2/485)
No comments:
Post a Comment