USAMAH BIN ZAID (153H)
أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ
Ulama hadis Madinah ini sama nama dengan sahabat Nabi
bernama USAMAH BIN ZAID (meninggal 54 Hijrah). Dia digelar dengan ABU ZAID
AL-LAISI AL-MADANI.
Dia adalah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis di
era Atba’ al-Tabiin.
PENDAPAT ULAMA;
a.
Antara yang kata dia siqah adalah Ahmad, Ibn Ma’in,
Abu Ja’far al-Tahawi, ibn al-Madini dan al-Ijli
b.
Al-Sahranpuri kata, dia adalah hasanul hadis.
c.
Al-Jurjani
kata, hadisnya tidak ada apa-apa.
d.
Abu Hatim kata, hadisnya ditulis tetapi tidak boleh
dibuat hujah.
e.
Ahmad kata, laisa bi syai’.
f.
Ahmad juga kata di tempat lain dia doif.
g.
Abu
al-Qasim al-Bisykawal kata, dia maqbul al-Hadis. Baginya ada riwayat mungkar
dari al-Zuhri.
h.
Abdullah bin Ahmad bin Hanbal kata, dia ambil hadis
dari Nafi’ hadis-hadis mungkar.
i.
Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia soduq yang waham.
Al-Bukhari sekali sekala riwayatkan dia secara ta’liq.
j.
Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.
k.
Al-Daraqutni kata, al-Bukhari tinggalkan hadisnya.
l.
Yahya bin Sa’id mendoifkannya.
m.
Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia buat silap.
n.
Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.
o.
Al-Qattan tinggalkan riwayatnya semasa akhir hidupnya.
p.
Ibn
Hibban kata, dia buat silap dalam keadaan dial urus dalam menentukan kesahihan
kitab.
Semua al-kutub al-sittah ambil riwayatnya. Cuma
al-Bukhari sekadar riwayatkannya secara istisyhad sahaja.
No comments:
Post a Comment