Thursday, September 29, 2022

ABU SA’ID AL-ASYAJ (167H-257H)

ABU SA’ID AL-ASYAJ (167H-257H)

أَبُو سَعِيدٍ الْأَشَجُّ

 

Nama penuhnya adalah ABDULLAH BIN SA’ID BIN HUSOIN AL-KINDI AL-ASYAJ AL-KUFI.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                 ABU HATIM AL-RAZI kata, dia imam pada zamannya.

(b)               MUHAMMAD BIN AHMAD BIN BILAL AL-SYATHWI kata, aku tidak jumpa orang lebih hafal darinya.

(c)                AL-NASAIE kata, dia soduq.

(d)               YAHYA BIN MAIN kata, dia ليس به بأس, tetapi dia riwayatkan juga hadis dari perawi doif.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, guru kepada Imam Muslim.

ABU MUAWIYAH (113H-194H)

ABU MUAWIYAH (113H-194H)

أَبُو مُعَاوِيَةَ

 

Nama sebenarnya adalah MUHAMMAD BIN KHAZIM AL-DHORIR AL-TAIMIY AL-SA’DIY AL-KUFI.

 

Dilahirkan di Kufah dan hidup sekitar Baghdad dan Kufah.

Abu Daud kata, dia buta sewaktu umurnya 4 tahun. Ada pula kata, sewaktu umurnya 8 tahun.

 

Dia antara murid kepada AL-‘MASH yang paling lama, dikatakan sehingga 20 tahun. Sehinggakan dia orang yang paling hafal hadis AL-‘AMASH.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                AL-BAIHAQI kata, dia hujjah. Para huffaz sepakat terima.

(b)               ABU HATIM AL-RAZI kata, selepas AL-A’MASY dan AL-SAURI, orang yang paling sabat adalah ABU MUAWIYAH AL-DHARIR.

(c)                AL-HAKIM kata, dia murid AL-A’MASH yang paling hafiz.

(d)               ABU YA’LA AL-KHALILI kata, dia siqah muttafaq alaih.

(e)               AL-NASAIE kata, dia siqah pada hadis AL-‘AMASH.

(f)                 AL-DARAQUTNI kata, dia antara ahli siqah yang tinggi.

(g)                ALI BIN AL-MADINI kata, dia siqah.

(h)               WAKI’ kata, aku tidak pernah jumpa orang yang amat tahu berkenaan hadis al-‘Amash kecuali dia.

 

KOMENTAR NEGATIF;

(a)                ABU ZUR’AH AL-RAZI kata, dia murjiah dan menyeru kepada fahaman dia.

(b)               Dikatakan fahaman MURJIAN itu, WAKI’ tidak hadir solat jenazahnya

(c)                AHMAD BIN HAMZAH BIN ABI TAHIR kata, dia selalu tadlis.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

(a)                AL-ZAHABI, AL-SAUDIS & ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia hafiz mutqin tetapi dia berfahaman MURJIAH

(b)               AHMAD BIN HANBAL kata, dia hafaz betul-betul hadis al-‘Amash sahaja. selain itu, berlaku mudhtarib.

(c)                 AL-ASQALANI kata, dia siqah dan tertuduh berfahaman MURJIAH. Dia paling hafal hadis AL-‘AMASH dan berlaku waham pada hadis orang lain.

(d)               AL-WAQIDI kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis. namun, tadlis dan berfahaman murjiah.

(e)               YAHYA BIN MAIN kata, dia sabat pada hadis AL-‘AMASH ambil dari JARIR. Tetapi, hadis al-‘amash tanpa dari jarir, itu boleh berlaku silap. Andai dia riwayatkan hadis daripada UBAIDULLAH BIN UMAR, semua hadisnya mungkar.

(f)                 IBN KHIRASH kata, dia soduq; dia ambil hadis dari al-A’mash, maka dia siqah. Selain dari AL-‘AMASH, dia IDHTIRAB.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

KHALID BIN ABDILLAH BIN ABD AL-RAHMAN BIN YAZID AL-MUZANI (282H)

 KHALID BIN ABDILLAH BIN ABD AL-RAHMAN BIN YAZID AL-MUZANI (282H)

 خَالِدٌ ابْنَ عَبْدِ اللهِ بن عبدالرحمن بن يزيد المزني

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                IBN HAJAR dalam AL-TAQRIB kata, dia siqah sabat. (Kawkab:4/122)

ABDUL HAMID BIN BAYAN AL-WASITI (244H)

 ABDUL HAMID BIN BAYAN AL-WASITI (244H)

عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ بَيَانٍ الْوَاسِطِيُّ

 

Nama penuhnya adalah ABDUL HAMID BIN BAYAN BIN ZAKARIA BIN KHALID AL-YASYKURI atau AL-SUKARI.

 

Dipanggil dengan ABU AL-HASAN AL-WASITI AL-ATTAR.

 

KOMENTAR POSITIF;

(a)                Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, AL-ZAHABI, MASLAMAH BIN AL-QASIM AL-ANDALUSI.

(b)               IBN HAJAR dalam AL-TAQRIB kata, dia soduq. (Kawkab:4/122)

SAHABAT: ABU ZAR AL-GHIFFARI (32H)

 SAHABAT:  ABU ZAR AL-GHIFFARI (32H)

 أَبو ذَرّ الغفاري

 

Dia dari etnik GHIFFAR, iaitu salah satu kelompok BANI BAKAR BIN ABDU MANAT BIN KINANAH. Kelompok dia selalu berada di sekitar kafilah antara mekah dan syam.

 

Berkenaan nama sebenarnya, terdapat khilaf seperti berikut;

(a)                JUNDAB BIN JUNADAH

(b)               JUNDAB BIN AL-SAKAN

(c)                BARIR BIN JUNADAH

(d)               BARIR BIN ABDULLAH

(e)               YAZID BIN JUNADAH

(f)                 BARIR BIN JUNDAB

(g)                BARIR BIN ‘ASRAQAH

(h)               JUNDAB BIN ABDULLAH

(i)                  BARIR BIN JUNADAH

 

Namun, yang popular menyebut bahawa Namanya adalah JUNDAB BIN JUNADAH BIN SUFYAN BIN UBAID BIN HARAM BIN GHIFFAR BIN MALIK BIN DHAMRAH BIN BAKAR BIN ABDU MANAT BIN KINANAH

 

Ada pula kata, JUNDAH BIN JUNADAH BIN KU’AIB BIN SU’AIR BIN AL-WAQ’AH BIN HARAM

 

Ibunya bernama RAMLAH BINTI AL-WAQI’AH AL-GHIFFARIYYAH. Dia adalah adik beradik seibu dengan seorang sahabat bernama AMRU BIN ABSAH AL-SULAMI.

 

Dia antara yang terawal memeluk islam, iaitu di Mekah, tetapi agak lewat berhijrah ke Madinah, iaitu selepas dari perang uhud (ada kata: selepas perang badar).

 

Ada dakwaan kata, dia orang ke-4 atau ke-5 yang terawal memeluk islam.

 

Dia adalah orang yang memeluk islam secara terbuka semasa di mekah lagi.

 

Sebelum Islam, dia seorang perompak. Dia seorang muwahhid dan tidak pernah menyembah berhala. Muhammad bin habib al-Baghdadi pernah menyebut bahawa sejak jahiliyyah lagi dia haramkan dirinya dari arak, mabuk dan judi.

 

 Ekoran itu, apabila mendengar berkenaan dakwah islam, dia cepat-cepat mencari maklumat di mekah untuk memeluk islam.

 

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa apabila dia dapat berita berkenaan dakwah nabi Muhammad, dia menyuruh adiknya, UNAIS agar ke mekah untuk cari maklumat berkenaan ajaran islam.

 

Adiknya itu pun pergi, dan mendapat maklumat yang tidak banyak. Apabila pulang dan memberitahu kepada ABU ZAR, itu tidak memuaskan hatinya. Dia hanya cakap:

 

رأيته يأمر بمكارم الأخلاق، ويقول كلامًا ما هو بالشعر

“Aku nampak dia menyuruh manusia berakhlak mulia. Dia bercakap dengan perkataan yang ia bukan syair”

 

Dengan itu, Abu Zar sendiri berbekal dan dia sendiri ke Mekah dan mencari nabi Muhammad di sana, walhal dia tidak mengetahui pun berkenaan Mekah.

 

Semasa di mekah, dia tidak bertanya kepada penduduk Mekah, sehingga apabila malam, dia tidur di sekitar mekah, dia terjumpa dengan Ali bin Abi Talib.

 

Saidina Ali itu dapati bahawa dia seorang berpakaian gharib. Dengan itu, diajak agar bertamu di rumahnya. Makanya, dia bertamu dengan rumah Saidina Ali selama 3 hari.

 

Apabila cukup tiga hari, Ali bertanya kepada Abu Zar sebab dia datang ke mekah. Abu Zar meminta agar Ali berjanji bahawa kalau dia kenal nabi, maka hendaklah dia tunjukkan kepadanya.

 

Ali pun bersetuju. Maka, Abu Zar memberitahu tujuannya datang ke Mekah untuk mencari Nabi Muhammad saw. Apabila diberitahu, Ali pun terus berkata: ia adalah kebenaran. Dia adalah uturan Allah. apabila pagi, kamu ikuti aku dan aku akan bawa berjumpa dengan nabi.

 

Apabila dia berjumpa, dia terus memeluk islam.

 

Setelah dia memeluk Islam, nabi saw suruh agar dia pulang ke kampungnya dan maklumkan ajaran islam ini kepada kaumnya.

 

Apabila dia keluar dari berjumpa dengan nabi, dia pun ke masjid dan dia menyeru dengan suara yang kuat:

 

أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدًا عبده ورسوله

 

Mendengar itu, kaum Quraish yang ada di situ memukulnya sehingga datang AL-ABBAS BIN ABDUL MUTTALIB—menghalang dari dia dipukul. Al-Abbas berkata kepada Quraish:

 

ويلكم، ألستم تعلمون أنه من غِفار! وأنه من طريق تجارتكم إلى الشام؟

Celaka kamu. Kamu tidak tahukah, bahawa dia dari Bani Ghiffari. Dia adalah kabilah yang ganggu perniagaan kamu di Syam?

 

Dengan itu, dia dilepaskan dari dipukul.

 

Menurut IBN QUTAIBAH AL-DINAWARIY, dia tidak terlibat perang badar, uhud dan Khandaq kerana ketika itu dia berada bersama dengan kabilahnya. Selepas dari itu, baru dia berhijah ke Madinah dan duduk bersama dengan Nabi saw. selepas itu, semua perang yang Nabi terlibat bahawa dia terlibat sama.

 

IBN ISHAQ menyatakan bahawa Nabi saw mempersaudarakan Abu Zar dengan AL-MUNZIR BIN AMRU. Namun, riwayat IBN ISHAQ itu dibantah oleh MUHAMMAD BIN UMAR AL-WAQIDI dengan hujah bahawa mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar hanya berlaku sebelum perang Badar. Adapun selepas turut ayat AL-MAWARIS, tidak ada lagi mempersaudarakan antara MUHAJIRIN dan ANSAR.

 

Antara kisah popular berkenaan ABU ZAR adalah, apabila pemerintahan islam semakin meluas, dia ada meminta jawatan dari Nabi saw. namun, Nabi saw pun berpesan kepadanya sambil menepuk bahunya:

 

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي؟ قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي، ثُمَّ قَالَ: «يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّكَ ضَعِيفٌ، وَإِنَّهَا أَمَانَةُ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا» - مسلم, 1825

Wahai Abu Zar, kamu lemah. Jawatan adalah Amanah. Jawatan itu pada hari kiamat nanti adalah kesedihan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan kebenaran dan menunaikan tanggungjawab yang sebenar.

 

Selepas Nabi wafat, dia terlibat sama dalam usaha membuka kota Syam dan Baitul Maqdis di era pemerintahan Saidina Umar.

 

Dia meninggal di al-Rabaza (الربذة) -satu tempat di Saudi yang kini dikenali sebagai DARB ZUBAYDAH - pada tahun 32 hijrah, iaitu di akhir pemerintahan Saidina Osman bin Affan. Yang menjadi imam menunaikan solat jenazahnya adalah ABDULLAH BIN MAS’UD. Tidak lama kemudian, ABDULLAH BIN MAS’UD pula meninggal dunia, iaitu pada tahun yang sama.

 

Al-Hakim ada meriwayatkan dalam AL-MUSTADRAK hadis; daripada ABDULLAH BIN MAS’UD berkata:

 

فَلَمَّا حَضَرَهُ الْمَوْتُ أَوْصَى امْرَأَتَهُ وَغُلَامَهُ إِذَا مُتُّ فَاغْسِلَانِي وَكَفِّنَانِي، ثُمَّ احْمَلَانِي فَضَعَانِي عَلَى قَارِعَةِ الطَّرِيقِ

Ketika Abu Zar dengan kematian, dia memberi wasiat kepada isteri dan anaknya agar mereka berdua mandikannya, kafankannya dan mereka berdua bawa dia dan tanam dia di tepi jalan laluan orang ramai.

Di suatu ketika, ABDULLAH BIN MAS’UD bersama beberapa rakannya dari kalangan penduduk kufah melintasi kawasan kuburnya. Mereka bertanya: kubur siapa di sini? Ada yang jawab: Abu Zar.

 

Mendengar itu, ABDULLAH BIN MAS’UD menangis seraya berkata:

صَدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يَرْحَمُ اللَّهُ أَبَا ذَرٍّ يَمْشِي وَحْدَهُ، وَيَمُوتُ وَحْدَهُ، وَيُبْعَثُ وَحْدَهُ» - المستدرك, 4373

“Benarlah apa yang Rasulullah saw katakana, semoga Allah merahmati Abu Zar. Dia berjalan seorang diri, dia mati seorang diri dan dia dibangkitkan seorang diri”

 

Al-Zahabi sebut dalam al-siyar bahawa ABU ZAR adalah seorang yang zuhud, benar, berilmu, kuat beramal, bercakap benar tanpa hiraukan kepada orang yang mencelanya.

 

Rupa parasnya, dia seorang yang berisi, janggutnya lebat dan panjang, rambut dan janggutnya putih. Ada pula kata, dia kurus.

 

Abu Zar terkenal dengan zuhud dan sayangkan orang miskin. Apabila dia mendapat wang, dia akan membelikan semua wangnya untuk kecukupan dapurnya selama setahun. Duit yang berbaki, dia akan bahagikan kepada para fakir miskin.

YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY (71H)

YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY (71H)

 يزيد بن شريك بن طارق التيمي

 

Dia adalah bapa kepada IBRAHIM BINI YAZID AL-TAIMIY. Nama penuhnya adalah YAZID BIN SYARIK BIN TARIQ AL-TAIMIY. Dipanggil dengan ABU IBRAHIM AL-KUFI.

 

Dia meninggal dunia di kufah.

 

AL-ZAHABI kata, dia dari keturunan AL-TAIMI, yang bukan dari entiti Quraish.

 

IBN HAJAR kata dalam AL-TAQRIB, bahawa dia sempat di era Jahiliyyah. Dia meninggal era pemerintahan ABDUL MALIK BIN MARWAN. (Kawkab:4/119)

 

KOMENTAR POSITIF:

Dianggap siqah oleh IBN MAIN dan IBN HIBBAN. (Kawkab:4/119)

IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)

IBRAHIM BIN YAZID AL-TAIMIY (92H)

إِبْرَاهِيمَ بْنِ يَزِيدَ التَّيْمِيِّ

 

Nama penuhnya adalah IBRAHIM BIN YAZID BIN SYARIK AL-TAIMIY. Digelar dengan ABU ASMA’ AL-KUFI.

 

Terkenal dengan ahli Ibadat yang tekun. Al-‘Amash pernah cerita bahawa semasa dia sujud, burung datang hinggap di atas belakangnya.

 

Menurut cerita (قيل), dia mati dibunuh oleh al-Hajjaj pada tahun 92 hijrah (Kawkab:4/119) dan SA’ID BIN JUBAIR dibunuh pada tahun 95 hijrah.

 

Dalam al-Tabaqat al-Kubra, AL-WAQIDI meriwayatkan bahawa HAJJAJ mahu mencari IBRAHIM AL-NAKHAIE (47H-96H). lalu IBRAHIM ALTAIMI datang dan berkata: Aku adalah IBRAHIM.

 

Dia pun ditangkap oleh HAJJAJ dalam keadaan IBRAHIM AL-TAIMI tahu bahawa yang HAJJAJ mahu adalah IBRAHIM AL-NAKHAIE. Dia pun dipenjarakan di AL-DIMASالديماس (kini di Syria). Dalam penjara, dia sentiasa sejuk dan tidak mendapat cahaya matahari.

 

Keadaan dia begitu teruk, sehingga ketika ibunya datang ziarah dia di penjara, ibunya tidak mengenalinya kecuali setelah bercakap dengan dia.

 

Dia mati dalam penjara. Dalam riwayat AL-WAQIDI diceritakan juga bahawa HAJJAJ bermimpi pada malam IBRAHIM meninggal dunia bahawa ada suara memberitahu bahawa ada seorang ahli syurga mati dalam penjara. Keesokannya, HAJJAJ tanya kepada pegawai istana. Mereka jawab: orang itu adalah IBRAHIM AL-TAIMI.

 

ABU DAUD kata, dia meninggal dunia ketika umurnya tidak sampai 40 tahun. (Tabaqat al-Huffaz—al-Sayuti)

 

Dia terkenal dengan zuhud dan ibadat. Dia pernah berkata: aku pernah tidak makan selama 30 hari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                AL-ZAHABI kata, dia pemuda soleh taat perintah tuhan alim faqih.

 

KOMENTAR TENGAH-TENGAH

(a)                IBN HAJAR AL-ASQALANI sebut dalam AL-TAQRIB, dia siqah tetapi IRSAL dan TADLIS (Kawkab:4/119)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

YUNUS BIN UBAID BIN DINAR AL-QAISI (139H)

 YUNUS BIN UBAID BIN DINAR AL-QAISI (139H)

 يُونُسُ بن عبيد بن دينار القيسي

 

Disebut juga dengan YUNUS BIN UBAID AL-‘ABDI AL-BASRI AL-KUFI. Gelarannya ABU ABDILLAH. Ada kata, ABU UBAID.

 

Dia dilahirkan di Kufah dan berada di sekitar al-Sus, Basrah dan Kufah.

 

ABU BAKAR BIN MANJUYAH dalam RIJAL SAHIH MUSLIM menyatakan bahawa dia amat benci ahli bid’ah. 

 

ABU HATIM kata dalam MASYAHIR ULAMA AL-AMSAR WA A’LAM FUQAHA AL-AQTAR bahawa dakwaan bahawa dia dengar hadis dari ANAS BIN MALIK adalah tidak sahih.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap SIQAH oleh ABU HATIM AL-RAZI, AHMAD, AL-NASAIE, SUFYAN BIN HASAN dan YAHYA BIN MAIN.

(b)               AL-ASQALANI kata, dia siqah sabat mempunyai kelebihan serta warak.

(c)                ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia ulama yang terkemuka pada zamannya; dari sudut ilmu, kelebihan, hafazan, teliti dan dalam mengikut sunnah.

(d)               AL-ZAHABI kata, dia salah seorang imam basrah, dari kalangan ulama beramal dan sabat.

      (e)        AL-WAQIDI kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis.

BIN ULAYYAH (110H-193H)

BIN ULAYYAH (110H-193H)

ابْنِ عُلَيَّةَ

 

Nama betulnya adalah ISMAIL BIN IBRAHIM BIN MUQSAM AL-QURASHI AL-ASADI. Lebih popular dengan IBN ULAYYAH. Dia berada di sekitar basrah dan kufah dan meninggal dunia di Baghdad.

 

ULAYYAH itu adalah nama ibunya. Menurut AL-ZARKALI bahawa dia tidak suka dipanggil dengan gelaran IBN ULAYYAH.

 

Atuknya pula, MUQSIM berasal dari keturunan SABY AL-QIQANIYYAH, iaitu satu keturunan yang berada antara khurasan dan ZABULISAN زابلسان (dalam wilayah Azerbaijan).

 

Bapanya, IBRAHIM adalah seorang peniaga dari KUFAH. Dia datang ke BASRAH untuk berniaga. Di situ, dia berjumpa dengan ULAYYAH BINTI HASSAN dan bernikah sehingga melahirkan ISMAIL.

 

AMRU BIN ZURARAH AL-NAISA’BIRI pernah kata, aku bersahabat dengan IBN ULAYYAH selama 14 tahun. Aku tidak pernah nampak dia senyum. Hal ini kerana, dia selalu kelihatan sedih dan takut dengan akhirat.

 

Di akhir era pemerintahan HARUN, dia dilantikan menjadi pengerusi hal ehwal zakat di Basrah.

 

Dia berpindah ke Bahdad bersama dengan bapanya. Di situ, dia beli rumah dan dia meninggal di situ.

 

Jenazah dia disembahyangkan oleh anaknya yang bernama IBRAHIM, seorang tokoh besar dari aliran JAHMIYYAH.

 

Dia ada beberapa orang anak yang terkenal: (al-Siyar)

(a)                ABU BAKAR MUHAMMAD BIN ISMAIL BIN ULAYYAH—Qadhi di Damsyiq dan merupakan guru kepada imam al-nasaie.

(b)               IBRAHIM BIN ISMAIL BIN ULAYYAH—Seorang penganut fahaman JAHMIYYAH serta anggap al-Quran adalah makhluk dan pernah berdebat dengan Imam syafie.

(c)                HAMMAD BIN ISMAIL—salah seorang guru kepada Imam Muslim.

 

KOMENTAR POSITIF

(a)                AL-BAIHAQI, dinukilkan perkataan Imam syafie bahawa dia siqah.

(b)               ABU JA’FAR AL-BASTI kata, dia siqah dan lebih hafaz berbanding al-saqafi.

(c)                ABU DAUD kata, tidak ada seorang pun ulama hadis yang tidak silap kecuali ISMAIL BIN ULAYYAH.

(d)               Dianggap SIQAH oleh AL-HAKIM, IBN MAHDI,

(e)                AHMAD kata, orang yang paling sabat di Basrah.

(f)                 AL-NASAIE dan AL-WAQIDI kata, dia siqah sabat.

(g)                AL-ASQALANI kata, dia siqah hafiz.

(h)               AL-ZAHABI kata, dia imam hujah.

(i)                  SYU’BAH BIN AL-HAJJAJ kata, dia adalah wangian para fuqaha’. Dan penghulu para ulama hadis.

(j)                  SADUSI kata, dia sabat sangat.

(k)                IBN SA’AD kata, dia sabat dan hujjah.