Monday, April 4, 2022

MUAWIYAH BIN HISHAM (205H)

 MUAWIYAH BIN HISHAM (205H)

 مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ

 

Ulama kufah ini, nama penuhnya adalah MUAWIYAH BIN HISHAM BIN ABDUL MALIK AL-AZDI. Dipanggil dengan ABU AL-HASAN AL-QASSAR AL-KUFI.

 

Dia adalah guru kepada Abi Bakar bin Abi Syaibah, Osman bin Abi Syaibah dan Ahmad bin Hanbal.

 

Dalam pada itu, terdapat sebilangan kecil dari kalangan ulama anggap dia doif, seperti al-Daraqutni dan al-Baihaqi.

 

Ada pula dakwa bahawa dia banyak buat silap, seperti kata Ahmad bin Hanbal. Dan ada juga kata bahawa dia ada waham, seperti kata al-Saji dan al-Asqalani. Ada pula kata, dia tidak boleh dibuat hujah, seperti kata Osman bin Abi Syaibah.

 

Rata-rata ulama anggap dia siqah sepertimana kata ABu Daud dan Ibn Hibban. Namun begitu, dalam pada ada orang anggap dia siqah, mereka tidak nafikan bahawa dia dibawah katagori SODUQ yang berlaku waham.

 

Dia ada Rijal Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah. Namanya tidak terdapat dalam perawi al-Bukhari. Dia adalah perawi siqah yang hasan.

Sunday, April 3, 2022

‘ATA’ BIN ABI MAIMUNAH (131H)

 ‘ATA’ BIN ABI MAIMUNAH (131H)

عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ

 

Ulama basrah ini, nama sebenarnya adalah ‘ATA’ BIN MUNI’ yang digelar dengan ABU MUAZ MUNI’ AL-BASRI.

 

Dikatakan bahawa dia adalah bekas hamba kepada Anas bin Malik. Ada pula pihak lain kata, dia adalah bekas hamba kepada Imran bin Husoin.

 

Dia dianggap siqah oleh Ibn Ma’in, al-Nasaie dan Abu Zur’ah. Namun, Abu Hatim pula kata, hadisnya tidak boleh dibuat hujah. Ibn ‘Adi pula kata, banyak hadis-hadis yang dia riwayatkan itu mungkar.

 

Imam al-Bukhari dan ramai lagi seperti Ahmad bin Hanbal, al-nasaie, al-Jili, al-Juzjani, al-Asqalani, al-Juhadhmi, al-Waqidi, al-Qattan dan ibn Main anggap bahawa dia seorang berfahaman Qadariyyah. Bahkan Abu Ishaq al-Juzjani kata, dia salah seorang ketua Qadariyyah.

 

Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah. Hanya imam tarmizi sahaja tidak riwayatkan hadisnya.

 

Dia adalah perawi siqah yang hasan.

KHALID AL-HAZZA’ (142H)

KHALID AL-HAZZA’ (142H)

خَالِدٍ الْحَذَّاءَ

 

Ulama Basrah ini, nama penuhnya adalah KHALID BIN MIHRAN AL-HAZZA’. Menurut dakwaan golongan tertentu bahawa gelaran al-Hazza’ adalah kerana dia seorang tukang kasut.

 

Dia digelar ABU AL-MANAZIL AL-BASRI AL-QURASHI.

 

Dia dianggap siqah oleh ibn Hibban, al-nasaie dan Ibn Ma’in. Namun, menurut Abu Hatim bahawa hadisnya walaupun ditulis, tetapi tidak boleh dibuat hujah. Hammad menganggap hafalannya buruk serta dianggap doif oleh Ibn Ulayyah.

 

Pun begitu, dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah yang hasan.


KHALID AL-WASITI (110H-182H)

 KHALID AL-WASITI (110H-182H)

خَالِد الْوَاسِطِيَّ

Nama penuhnya adalah KHALID BIN ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN BIN YAZID AL-TAHHAN AL-WASITI. Dia dipanggil dengan ABU AL-HAISHAM dan ada riwayat kata, dipanggil dengan ABU MUHAMMAD.

 

Gelaran AL-WASITI adalah nisbah kepada satu tempat di Baghdad bernama Wasit.

 

Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abi Daud, al-Tarmizi dan Ibn Majah. Hanya al-Nasaie sahaja tidak riwayatkan hadisnya.

 

Ibn Hajar anggap dia doif. Namun begitu, rata-rata anggap dia seorang perawi siqah dan hasan.

 

WAHB BIN BAQIYYAH (155H-239H)

 WAHB BIN BAQIYYAH (155H-239H)

وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ

 

Nama penuhnya adalah WAHB BIN BAQIYYAH BIN OSMAN BIN SABUR BIN UBAID BIN ADAM BIN ZIYAD. Dia digelar dengan ABU MUHAMMAD bahkan lebih popular dengan disebut WAHBAN AL-WASITI.

 

Dia dilahirkan di Wasit dan meninggal di tempat yang sama. Dia adalah guru kepada Imam al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

SAHABAT: UMAR BIN AL-KHATTAB (40SH-23H)

 SAHABAT: UMAR BIN AL-KHATTAB (40SH-23H)

عمر بن الخطاب

 

Khalifah islam ke-2 ini, dilahirkan 27 tahun (ada kata: 30 tahun) sebelum Kenabian. Dia memeluk Islam tahun ke-5 Kenabian.

 

KISAH KEISLAMAN

 

Dia masuk Islam ketika mendengar berita bahawa adiknya, Fatimah dan adik iparnya, SAID BIN ZAID sudah memeluk Islam.

 

Semasa dia sampai ke rumah adik dan adik ipar, di situ ada sahabat Nabi bernama KHABBAB.

 

Ketika Saidina Umar sampai, mereka sedang membaca al-Quran. Umar masuk secara mengejut. Dia pun berkata: apa yang kamu baca yang aku dengar tadi?

 

Khabbab berkata: mereka membaca Taha.

 

Sa’ad bin Zaid berkata pula: apa pandangan kamu wahai Umar, jika kebenaran itu bukan pada agama kamu?

 

Umar marah lalu menumbuk adik iparnya itu. Lalu datang adik perempuannya menghalang abangnya yang memukul suaminya. Lalu umar memukul pula kepada adiknya.

 

Adiknya itu bercakap dalam keadaan marah: Aku bersaksi tiada tuhan kecuali Allah. aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah.

 

Apabila Umar mendengar itu, umar terdiam. Dia seakan-akan terkejut. Dia pun berkata: berikan kepadaku kitab yang ada pada kamu”.

 

Fatimah menjawab: kamu adalah najis. Tidak boleh menyentuh al-Quran kecuali yang disucikan”.

Menurut sebilangan riwayat kata, Umar bangun mandi, berwuduk dan datang semula mengambil al-Quran seraya membaca surah taha dari awal sehingga sampai ayat:

 

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي (14)

 

Ada riwayat lain kata, dia baca surah al-Hadid, dia baca sampai kepada ayat:

 

آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَأَنْفِقُوا مِمَّا جَعَلَكُمْ مُسْتَخْلَفِينَ فِيهِ فَالَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَأَنْفَقُوا لَهُمْ أَجْرٌ كَبِيرٌ (7)

 

Kemudian, dia minta agar dia dibawa kepada Nabi Muhammad saw.

 

Apabila dia di bawa keluar dari rumah Fatimah dan Sa’ad bin Zaid, Khabbab yang ada di luar rumah itu nampak dan berkata bahawa semalam dia mendenga Rasulullah saw bersabda:

 

عَنْ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «اللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلَامَ بِأَحَبِّ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ إِلَيْكَ بِأَبِي جَهْلٍ أَوْ بِعُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ» قَالَ: وَكَانَ أَحَبَّهُمَا إِلَيْهِ عُمَر

“Ya Allah, muliakan Islam dengan yang lebih Engkau kasihi dari dua orang lelaki ini—Abu Jahal atau Umar bin al-Khattab. Berkata: antara dua ini yang paling Allah kasihi adalah Umar” (al-Tarmizi, hadis no: 3681)

 

Saidina Umar kata kepada Khabbab: bawakan aku kepada Muhammad saw.

 

Apabila sampai di tempat Nabi Muhammad, ketika itu di rumah tersebut ada Saidina Hamzah. Saidina Hamzah berkata: “jika dia datang dengan tujuan baik, kita akan akan sambut dia sepenuh hati. Jika dia bertujuan jahat, kita akan bunuh dia dengan pedangnya sendiri”

 

Apabila dia masuk, dia perhati tajam pada Nabi saw. Lalu Nabi saw bertanya: apa tujuan kamu datang, Wahai ibn Khattab. Aku tidak nampak kecuali kamu datang dengan membawakan sesuatu yang berbahagia.

 

Kata Saidina Umar: aku datang kepada kamu untuk aku beriman kepada Allah.

 

Dengan kemasukan Saidina Umar ke dalam islam, Ibn Mas’ud kata:

 

كان اسلام عمر فتحا وهجرته نصرا وإمارته رحمة, ولقد كنا وما نصلي عند الكعبة حتي أسلم عمر

“Islam saidina Umar itu adalah kemenangan, hijrahnya itu satu pertolongan. Kepimpinannya adalah rahmat. Sebelum ini, kami tidak dapat tunaikan solat di samping kaabah sehingga Umar memeluk Islam.

 

KELEBIHAN UMAR:

 

Menurut Ibn Abbas:

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: " لَمَّا أَسْلَمَ عُمَرُ، نَزَلَ جِبْرِيلُ فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، لَقَدِ اسْتَبْشَرَ أَهْلُ السَّمَاءِ بِإِسْلَامِ عُمَرَ"

“ketika Umar memeluk Islam, Jibril turun dan berkata: Wahai Muhammad, penduduk langit memberi khabar gembira berkenaan keislaman Umar” (Ibn Majah, hadis no: 103—doif jiddan. Sahih Ibn Hibban, hadis no: 6883)

 

Antara ijtihad omar yang selaras dengan wahyu:

 

Pertama, Saidina Umar yang mula-mula mencadangkan agar maqam Ibrahim dijadikan sebagai tempat solat.

 

Tidak lama kemudian, turun firman Allah;

 

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ (125) – البقرة

 

“Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud"

 

Kedua, Saidina Umar melihat ramai orang datang berjumpa dengan Isteri Nabi. Justeru, untuk hindari dari sebarang fitnah, dia telah mencadangkan agar para isteri nabi pakai hijab.

 

Tidak lama kemudian, turun firman Allah;

 

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ وَمَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُؤْذُوا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا أَنْ تَنْكِحُوا أَزْوَاجَهُ مِنْ بَعْدِهِ أَبَدًا إِنَّ ذَلِكُمْ كَانَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمًا (53) – الأحزاب

 

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah”

 

Ketiga, ada suatu hari ada beberapa tindakan para Isteri Nabi menyebabkan Nabi saw merajuk. Melihat keadaan itu, Saidina Umar ugut agar Nabi saw ceraikan para isteri nabi dan nabi kahwin dengan perempuan yang lebih baik.

 

Tidak lama kemudian, turun firman Allah:

 

عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا (5) – الطلاق

 

“Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara”

 

Keempat, selepas dari perang badar, Nabi saw bertanya pendapat Abu Bakar berkenaan tawanan perang. Abu Bakar mencadangkan agar tawanan itu dibayar tebus.

 

Apabila Nabi saw bertanya pendapat Saidina Umar, dia mencadangkan agar dibunuh sahaja tawanan perang tersebut.

 

Nabi memilih pendapat Saidina Abu Bakar, tetapi tidak lama kemudian turun ayat yang berpihak dengan pendapat saidina Umar. firman Allah;

 

مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (67) – الأنفال

 

“Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

 

PEMBUNUHAN TERHADAP UMAR

 

Saidina Umar menjadi khalifah selama 10 tahun lebih, iaitu bermula dari tahun 13 Hijrah sehingga 23 Hijrah.

 

Dia dibunuh pada tahun 23 Hijrah, iaitu ditikam oleh Abu Lu’lu’ah.

 

Abu lu’lu’ah tikam Saidina Umar semasa solat subuh. Selepas dia tikam saidina Umar, dia turut tikam pula 13 orang yang berada di keliling saidina Umar. 7 orang dari kalangan mereka meninggal dunia. Selepas itu, ia tikam dirinya sendiri sampai dia mati.

 

Selepas Umar ditikam, dia tanya: mana Abdul Rahman bin Auf. Minta dia jadi imam solat Jemaah.

Kemudian, dia bertanya kepada anaknya, Abdullah bin Umar: Siapa yang mahu membunuh aku?

 

Jawab Abdullah: Abu Lu’lu’ah.

 

Apabila Saidina Umar dengar itu, dia kata: Alhamdulillah yang tidak jadikan aku dibunuh pada tangan orang yang mengucap “la ilaha Illa Allah”.

 

Umar kata begitu, kerana Abu Lu’lu’ah adalah seorang majusi atau Nasrani.

MAIMUNAH BINTI AL-WALID BIN AL-HARIS AL-ANSARIYYAH

 MAIMUNAH BINTI AL-WALID BIN AL-HARIS AL-ANSARIYYAH

 ميمونة بنت الوليد بن الحارث الأنصارية

 

Dia adalah tabiin dan disenaraikan oleh Ibn Hibban dan al-Asqalani dari kalangan perawi siqah.

 

Namun begitu, ramai anggap dia perawi MAJHUL.

ABDULLAH BIN ABI MULAIKAH (117H)

 ABDULLAH BIN ABI MULAIKAH (117H)

 عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ

Nama sebenarnya adalah ABDULLAH BIN UBAIDULLAH BIN ABI MULAIKAH. Digelar sebagai ABU BAKAR.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah serta perawi yang siqah lagi sahih.

AMRU BIN AUN (225H)

 AMRU BIN AUN (225H)

عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ

 

Nama penuhnya adalah AMRU BIN AUN BIN AWS BIN AL-JA’D. Di gelar sebagai ABU OSMAN AL-WASITI.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi siqah lagi sahih.

ABDULLAH BIN YAHYA AL-TAW-AM

ABDULLAH BIN YAHYA AL-TAW-AM

 عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَحْيَى التَّوْأَمُ

 

Ada orang kata, namanya UBBAD atau UBADAH BIN SULAIMAN AL-SAQAFI. Digelar dengan panggilan ABU YA’QUB AL-BASRI.

 

Disebut التَّوْأَمُ dikatakan bahawa dia ada adik beradik kembar.

 

Dia dianggap doif oleh Ibn Ma’in dan al-‘Uqaili. Al-Nasaie pula, ada ketika menyebut dia doif dan ada ketika lain kata dia soleh.

 

Walaubagaimana pun, Ibn Habban yang terkenal dengan TASAHUL menganggap bahawa dia siqah.

 

Dia adalah Rijal Abi Daud dan Ibn Majah. Dia dianggap ramai ulama sebagai MAJHUL, tetapi dibantah kerana terdapat empat orang perawi siqah ambil hadis darinya, iaitu ABU OSAMAH, QUTAIBAH, KHALAF BIN HISHAM dan Al-Lais bin Sa’ad.


KHALAF BIN HISHAM AL-MUQRI’ (150H-229H)

 KHALAF BIN HISHAM AL-MUQRI’ (150H-229H)

خَلَفُ بْنُ هِشَامٍ الْمُقْرِئُ

 

Ulama kelahiran kufah dan meninggal di Baghdad ini, nama penuhnya adalah KHALAF BIN HISHAM BIN SA’LABAH AL-MUQRI’. Ada orang kata, namanya KHALAF BIN HISHAM BIN TALIB BIN GHARAB. Dia digelar ABU MUHAMMAD AL-BAZZAR AL-BAGHDADI.

 

Khilaf dalam kalangan ulama berkenaan dengan gelaran AL-MUQRI’ المقرئ. Ada kata, ia nisbah kepada salah satu kampung di Damsyiq, iaitu kampung AL-MUQRA’. Al-Sam’ani kata, ia adalah nisbah kepada dia sebagai seorang guru tajwid al-Quran yang terkenal.

 

Dia adalah salah seorang imam dalam qiraat sepuluh. Dia juga adalah guru Muslim, Abi Daud dan Ahmad.

 

Dia salah seorang perawi siqah lagi sahih.

Saturday, April 2, 2022

SAHABAT: KHUZAIMAH BIN SABIT (37H)

 SAHABAT: KHUZAIMAH BIN SABIT (37H)

خُزَيْمَةَ بْنِ ثَابِتٍ

 

Nama penuhnya adalah KHUZAIMAH BIN SABIT BIN AL-FAKAH BIN SA’LABAH BIN SA’IDAH AL-ANSARI yang dipanggil dengan gelaran ABU UMARAH.

 

Dia juga mendapat jolokan dengan panggilan ذو الشهادتين—orang yang mempunyai dua saksi.

 

Gelaran itu diberikan kerana kisah Nabi saw memberi kuda dari Sawa’ bin Qais al-Muharibi (Badwi). Setelah berlaku akad jual beli, dia ingkari bahawa nabi telah membeli itu.

 

Ketika berlaku pertikaian itu, Khuzaimah bin Sabit bersedia menjadi saksi untuk Nabi. Nabi saw tanya: macam mana kamu jadi saksi walhal kamu tidak hadir?

 

Dia jawab: Aku percaya dengan apa yang kamu bawa, kerana aku tahu, kamu tidak akan bercakap kecuali kebenaran.

 

Nabi pun berkata: Barangsiapa yang khuzaimah jadi saksi untuknya, atau terhadapnya, maka itu sudah memadai”.

 

Kisah ini ada pertikaian berkenaan statusnya. Ia tidak lebih sekadar ambil pengajaran sahaja.

 

Khuzaimah terlibat perang badar dan semua perang bersama dengan Nabi.

 

Semasa tercetus perang Siffin, dia berpihak kepada Ali. Demikian juga ketika tercertus perang perang Jamal tetapi dia tidak mengangkat senjata.

 

Semasa perang Siffin tercertus, dia tidak mengangkat senjata. Namun, semasa tengah perang kecamuk, dia nampak Ammar bin Yasir terbunuh. Melihat itu, dia terus cakap:

 

سمعت رسول الله يقول: "تقتل عماراً الفئة الباغية"

“Aku dengar Rasulullah saw bersabda: Ammar akan dibunuh oleh kelompok yang bughah”

 

Dengan itu, dia terus hunuskan pedangnya dan berperang sehingga dia terbunuh.

 

Dia satu watak yang cukup disukai oleh syiah kerana dua kisah rekaan syiah berikut;

 

Pertama, semasa Saqifah Bani Sa’adah bahawa semasa Abu Bakar berucap, Khuzaimah menyampuk dengan berkata:

 

يا أبا بكر، ألست تعلم أنّ رسول الله قبل شهادتي وحدي ولم يرد معي غيري؟ قال: نعم، قال: فأشهد بالله أنّي سمعت رسول الله يقول: أهل بيتي يفرقون بين الحقّ والباطل، وهم الأئمّة الذين يُقتدى بهم

“Wahai Abu Bakar, Apakah kamu tahu bahawa Rasulullah terima saksi aku seorang tanpa perlu kepada orang lain.

 

Abu Bakar kata: benar.

 

Khuzaimah berkata: aku bersaksi dengan Allah bahawa aku dengar Rasulullah saw berkata: ahli bait aku adalah kelompok yang memisahkan antara kebenaran dan kebatilan. Mereka adalah para pemimpin yang perlu diikuti mereka”

 

Kisah ini ada dalam kitab al-Khisal, tulisan seorang ulama syiah Isna ‘Asyariyyah dari Iran bernama Abu Jaa’far Muhammad bin ‘Ali bin Babawaih al-Qummi.

 

Kedua, kisah Ghadir Kum yang kononnnya di situ Saidina Ali dilantik menjadi khalifah oleh Nabi bahawa Khuzaimah terlibat sama (18Zulhijjah 10H); iaitu berlaku di tempat antara MEKAH dan MADINAH yang bernama JUHFAH.

 

Kisah ini juga palsu, rekaan dari puak-puak syiah.

 

Walaubagaimana pun, didapati dalam enam buah kitab hadis ahl al-Sunnah itu, hanya imam al-Bukhari sahaja tidak meriwayatkan hadisnya.

UMARAH BIN KHUZAIMAH (30H-105H)

 UMARAH BIN KHUZAIMAH (30H-105H)

 عُمَارَةَ بْنِ خُزَيْمَةَ

 

Nama penuhnya adalah UMARAH BIN KHUZAIMAH BIN SABIT AL-ANSARI AL-AWSU الأوسي yang gelarannya adalah ABU ABDILLAH atau ABU MUHAMMAD AL-MADANI.

 

Ibn Khuzaimah dan Ibn Hazm dakwa bahawa dia seorang perawi majhul, sedangkan sekian ramai ulama kata dia seorang tabiin yang siqah. Apatah lagi, selain ABU KHUZAIMAH di sana terdapat ramai ulama yang ambil hadisnya seperti ABU JAA’FAR AL-MADANI, AL-ZUHRI, UMAIR BIN YAZID, IMRAN BIN HUDAIR dan banyak lagi.