حَفْصٌ يَعْنِي ابْنَ غِيَاثٍ
[] HAFS BIN GHIYAS BIN TOLQ BIN MUAWIYAH BIN MALIK BIN AL-HARIS[23] AL-NAKHAIE[24] @ ABU AMRU AL-KUFI (117H – 194H[25])
[] Dia adalah Qadhi di Baghdad[26] dan meninggal di Kufah. Ada kata, semasa di Baghdad dia dilantik menjadi Gabenor dan semasa di Kufah dia menjadi Qadhi selama 13 tahun.
Menurut AL-ZAHABI pula, HARUN RASHID melantik dia menjadi Qadhi di Baghdad, kemudian pindahkan dia menjadi qadhi di Kufah.
Menurut ABU AL-HASANAT, dia menjadi qadhi di kufah selama 13 tahun, dan qadhi di Baghdad selama 2 tahun sahaja.
[] Dia salah seorang murid Imam Abu Hanifah. Dia mendengar dari ABU YUSUF, al-sauri. Ahmad Bin Hanbal ambil hadis darinya.
[] Imam Wakie’ apabila ditanya berkenaan sesuatu hukum, dia selalu berkata: Pergi berjumpa dengan Qadhi kamu. Tanya hukum darinya. Dia adalah seorang syaikh, maruahnya terjaga dan diterima.
[] YAHYA AL-QATTAN kata, hafs adalah murid al-A’mash yang paling siqah. ABU DAUD ada kata bahawa, dalam kalangan murid al-A’mash, ABDUL RAHMAN BIN MAHDI tidak akan melebihkan sesiapa pun melebihi HAFS. Hal yang sama dilakukan oleh ISA BIN SYAZAN. Namun, ada sebilangan huffaz melebihkan Abu Muawiyah.
[] KOMENTAR
A. Kutub sittah[27].
B. Dianggap siqah oleh NASAIE, IBN KHIRASH, IJLI, IBN MAIN[28].
C. IJLI kata, dia siqah, ma’mun, faqih[29].
[] PERTENGAHAN;
D. YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah jika diambil hadis dari kitabnya. Beberapa hafalannya perlu berhati-hati[30].
E. ABU ZUR’AH kata, dia buruk hafalan. Jika ambil hadis darinya secara kitab, maka dia soleh[31].
F. IBN SAAD kata, dia siqah, makmun. Banyak riwayat hadis. dia tadlis[32].
G. IBN MAIN kata, semua yang hafs riwayatkan semasa di Baghdad dan di Kufah adalah datang dari hafalannya. Dia tidak riwayatkan secara kitab. Mereka tulis hadis darinya sebanyak 3 hingga 4 ribu hadis yang dia riwayatkan secara hafalan.
[] NEGATIF;
H. DAUD BIN RASHID kata, dia banyak silap[33]
I. AHMAD kata, dia tadlis[34].
J. IBN AMMAR kata, dia tidak hafal dengan baik. Dia susah[35].
No comments:
Post a Comment