عَبْدِ خَيْرٍ
[] ABD KHAIR BIN YAZID AL-HAMDANI[39]. (81H).
[] Tidak diketahui nama sebenarnya. Ada pihak dakwa, namanya ABDUL RAHMAN BIN YAZID. Ada pula kata, BIN YAHMAD. Ada pula kata, BIN BAJYAD, ABU UMARAH AL-HAMDANI AL-KUFI.
[] Dia pernah tinggal Hamzan (iran), Yaman dan Kufah.
[] Imam Muslim menyatakan dia adalah TABIIN terawal dari kalangan penduduk KUFAH[40].
[] Dia sempat di era jahiliyyah, malah memeluk islam di era Nabi tetapi tidak ada satu bukti sahih bahawa dia berjumpa dengan Nabi. Justeru, dia di bawah ketagori MUKHADRAM[41], bukan sahabat.
[] Dalam USUD AL-GHABAH, IBN ATSIR ada membawakan riwayat bahawa ABDUL MALIK BIN SAL’ سلع bertanya kepada ABD KHAIR: apakah masih ingat kejadian di era Jahiliyyah?
Dia jawab: ya. Kami berada di YAMAN. Tiba-tiba sampai kepada kami dakwah Rasulullah saw yang menyeru kepada kebaikan yang luas. Bapaku pun keluar yang ketika itu aku kasih kecil lagi. Apabila bapaku pulang, dia memberitahu kepada ibuku: “buangkan makanan dalam periuk kerana ia adalah bangkai. Berikan kepada anjing sahaja. hal ini kerana, aku sudah memeluk islam”
[] Dia sempat berjumpa dengan ABU BAKAR AL-SIDDIQ, IBN MAS’UD, AISYAH, ALI dan ZAID BIN AL-ARQAM.
[] KOMENTAR POSITIF:
(a) IBN RUSLAN kata, dia siqah[42]
(b) IBN AL-ATSIR kata, dia orang yang banyak riwayat hadis dari ALI BIN ABI TALIB.
(c) Dianggap siqah oleh IBN MAIN, AL-NASAIE, AL-IJLI, AL-ZAHABI dan IBN HIBBAN.
(d) ABU JAA’FAR MUHAMMAD BIN AL-HUSAIN AL-BAGHDADI kata, aku bertanya AHMAD BIN HANBAL berkenaan orang yang sabat berkenaan ALI BIN ABI TALIB. AHMAD menyebut semua nama-nama mereka, dan salah seorangnya adalah ABD KHAIR[43].
(e) AL-BAIHAQI kata, bukhari muslim tidak berhujah dengan hadisnya.
(f) AL-ASQALANI kata, dia siqah mukhadram.
(g) AHMAD kata, dia sabat.
No comments:
Post a Comment