Monday, July 15, 2024

ABDULLAH BIN ZAKWAN AL-QURASHI

 ABDULLAH BIN ZAKWAN AL-QURASHI[34] @ ABU ABD AL-RAHMAN (LEBIH POPULAR: ABU AL-ZINAD) (64H – 130H)

 

[] Menurut ZAHABI, dia dilahirkan pada tahun 65 hijrah, iaitu di era Ibn Abbas masih hidup lagi.

 

[] Dia tinggal di Madinah dan pernah sampai ke Iraq.  

 

[] Dia salah seorang faqih di Madinah, serta sohib al-Kitabah dan matematik.

 

[] KHALIFAH BIN KHAYYAT kata, dia pernah jumpa IBN UMAR, ANAS BIN MALIK. AL-JLI kata, dia tabiin siqah yang mendengar hadis dari ANAS.

 

[] menurut ABU DAUD AL-SIJZIE, daripada AHMAD BIN SOLEH, Abu al-Zinad adalah adik beradik kepada ABU LU’LU’AH yang merupakan pembunuh kepada Saidina Umar.  ada pula dakwaan kata, bukan dia, tetapi bapanya, Zakwan.

 

[] Bapanya adalah bekas hamba kepada RAMLAH BINTI SYAIBAH BIN RABI’AH (isteri Saidina Osman semasa beliau menjadi khalifah). Ada kata, bekas hamba kepada Aisyah bin Osman bin Affan. Ada pula kata, ahli keluarga Osman.

 

[] ABU ZINAD kata, para fuqaha’ di madinah datang berjumpa dengan UMAR BIN ABDUL AZIZ. Ketika itu, SAID BIN MUSAYYIB tidak ada. Umar pun bersetuju lantik utusan antara mereka dengan Said sebagai perantara. Makanya, mereka lantik ABU ZINAD sebagai perantara tersebut.

 

[] SULAIMAN BIN ABI SYAIKH kata, UMAR BIN ABDUL ZIZ lantik ABU AL-ZINAD menjadi penjaga Baitul Mal di Kufah.

 

[] dalam AL-SIYAR: IBN AL-QASIM kata: aku tanya Imam Malik berkenaan hadis yang tersebar:

 

إِنَّ اللهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُوْرَتِهِ

Allah menciptakan Adam atas gambarannya

 

Imam Malik ingkari sangat-sangat. Imam Malik tegah dari diceritakan hadis ini walaupun seorang.

 

Diberitahu kepada Imam malik bahawa ahli ilmu menceritakan hadis ini. Imam malik tanya: siapa mereka?

 

Diberitahu kepada Imam Malik:

 

"ابْنُ عَجْلاَنَ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ

 

Jwab Imam Malik;

 

فَقَالَ: لَمْ يَكُنْ يَعْرِفُ ابْنُ عَجْلاَنَ هَذِهِ الأَشْيَاءَ وَلَمْ يَكُنْ عَالِماً, وَلَمْ يَزَلْ أبي الزِّنَادِ عَامِلاً لِهَؤُلاَءِ حَتَّى مَاتَ, وَكَانَ صَاحِبَ عُمَّالٍ يَتْبَعُهُم.

Tidak diketahui Ibn ‘Ajlan berkenaan ini. Dia bukan orang alim. Sentiasa Abu al-Zinad beramal bagi mereka ini sehingga dia meninggal dunia. Dia adalah orang yang bekerja dan ikut penguasa.

 

[] Dia mati mengejut, iaitu ketika sedang mandi di bilik air pada malam jumaat pada 17 ramadan 130 hijrah. Ketika itu, umurnya 66 tahun.

 

[] KOMENTAR

A.          Dianggap siqah oleh AHMAD, IBN MAIN.

B.           Harb bin Ismail, ambil dari Ahmad bin Hanbal berkata: Sufyan menggelarkan abu al-Zinad sebagai Amir al-Mukminin dalam al-Hadis.

C.           AHMAD kata, dia lebih alim berbanding Rabi’ah.

D.          IBN MAIN kata, dia siqah, hujah.

E.            ABU HATIM kata, dia siqah, faqih, soleh al-hadis, sohib al-hadis. antara orang yang hujahnya boleh dipegang apabila meriwayatkan siqah darinya.

F.            AL-BUKHARI kata, sanad-sanad yang paling sahih, daripada NAFI’, daripada IBN UMAR. sanad-sanad Abu Hurairah yang paling sahih, ABU AL-ZINAD, daripada AL-A’RAJ daripada ABU HURAIRAH.

G.          IBN SAAD kata, dia siqah, banyak riwayat hadis, fasih, amat pandai bahasa arab, alim dan berakal.

H.          ZAHABI kata, ijmak sepakat bahawa Abu al-Zinad adalah siqah dan redha. Dakwaan kononnya Malik tidak redha dengan ABU AL-ZINAD adalah tidak sahih. Malik banyak riwayatkan dari ABU AL-ZINAD dalam MUWATTA’.

 

[] NEGATIF

I.                AL-LAIS kata, seseorang lelaki datang kepada RABI’AH. Dia kata: aku disuruh agar tanya kamu berkenaan sesuatu masalah. Aku tanya YAHYA BIN SAID, aku tangan ABU AL-ZINAD. Dia jawab: ini adalah Yahya. Adapun Abu al-Zinad, dia tidak siqah.

J.               Kata IBN MAIN bahawa malik kata: Abu al-Zinad adalah penulis untuk Bani Umayyah. Justeru, dia tidak redha dengan sebab kerja buatnya begitu.

 

No comments:

Post a Comment