Monday, July 15, 2024

MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI YAZID AL-QUSYAIRI

 مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ

 

[] MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI YAZID AL-QUSYAIRI @ ABU ABDILLAH AL-NISABURI AL-ZAHID (170H - 245H[12])

 

[] Pada atuknya, Khitab al-Subki baca dengan ABU YAZID[13]. Al-Sahrampuri pula dengan ABU ZAID[14].

 

[] Dia sempat sampai ke Hijaz, Kufah, Yaman, Basrah, Wasit, Madain (Iraq), Baghdad, Khurasan, Nisabur.

 

[] Menurut AL-SAHRAMPURI, nama sebenarnya adalah SABUR AL-QUSYAIRI[15]. Turut mengatakan sebegitu adalah AINI[16].

 

[] JAAFAR BIN AHMAD BIN NASR kata, aku tidak pernah nampak seorang pun dari kalangan ulama hadis yang kehebatannya dalam melebihi MUHAMMAD BIN RAFI’.  Dia bersandar di pokok pinus di rumahnya, lalu ramai ulama duduk kelilingnya secara maratib. Mereka khusyuk mendengar hadis seperti burung berada di atas kepala mereka. Dia ambil kitab dan bacanya sendiri. Tidak ada seorang pun yang bercakap dan tidak ada seorang pun senyum kerana memuliakannya. Apabila ada seorang yang senyum, dia akan berselawat kepada Nabi dan dia ambil kitab dan keluar, tidak ada seorang pun dapat memujuk dia kembali balik duduk mengajar.

 

[] Dia adalah rijal al-Jamaah kecuali Ibn Majah[17].

 

[] KOMENTAR

A.  BUKHARI kata, dia salah seorang dari manusia terpilih[18].

B.  MUSLIM dan NASAIE kata, dia siqah. Ma’mun[19].

C.  MUSLIM kata, dia siqah. Ma’mun. sahih al-kitab[20].

D. MUHAMMAD BIN SYAZAN kata, dia siqah. Sabat. Ma’mun[21].

E.   IBN HIBBAN sebut namanya dalam AL-SIQAT dan kata, dia sabat. fadhil[22].

F.   AL-HAKIM kata, dia adalah guru dalam kebenaran pada zamannya di Khurasan[23].

G. AHMAD BIN SIYAR kata, dia siqah. Husn al-riwayat dari penduduk Yaman. Bukhari ambil 17 hadis darinya. Muslim ambil 362 hadis[24].

 

No comments:

Post a Comment