Monday, July 15, 2024

ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE AL-KUFI @ AMRU BIN ABDILLAH BIN UBAID AL-HAMDANI

 أَبِي إِسْحَاقَ

[] ABU ISHAQ AL-SUBAI’IE AL-KUFI @ AMRU BIN ABDILLAH BIN UBAID AL-HAMDANI[36] (33H-128H)

 

[] AL-SABI’IE adalah nisbah tempat asal keturunannya, iaitu di satu tempat di HAMDAN (Iran), sedangkan dia dilahirkan di Kufah. AL-SABI’IE adalah gelaran yang merujuk kepada keturunan AL-SABI’E BIN SO’B BIN MUAWIYAH BIN KATHIR[37].

 

[] Dilahirkan di era pemerintahan Osman bin Affan.

 

[32] Salah seorang TABIIN KUFAH. Dia sempat jumpa dengan ALI BIN ABI TALIB, AL-BARRA’ BIN ‘AZIB, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH, ‘ADI BIN HATIM, ZAID BIN ARQAM, IBN ABBAS, ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-AS, OSAMAH BIN ZAID dan sebagainya.

 

[] Dia PERNAH JUMPA Ali bin Abi Talib, Osamah bin Zaid, al-Mughirah bin Syu’bah. Namun, tidak sahih dakwaan bahawa dia pernah DENGAR hadis dari sahabat-sahabat ini[38].

 

[] Terkenal dengan kuat beribadat sehinggakan dikenali umum bahawa setiap tiga hari, dia akan khatam al-Quran.

 

[] Dia belajar Qiraat dari ABU ABDUL RAHMAN AL-SULAMI sehingga dia menjadi salah seorang imam dalam bidang ilmu qiraat.

 

[] Dalam kesebukan ilmu, dia tidak abaikan berjihad; terlibat dalam perang melawan Rum (Byzantium) di era Muawiyah sehingga dia terlibat enam kali perang.

 

[] Sebelum dia meninggal dunia, matanya buta. Sejak itu, dia kerap berpuasa sehingga dia meninggal dunia pada tahun 128 Hijrah.

 

[] KOMENTAR POSITIF;

(a)          Dianggap siqah oleh ABU HATIM, IBN MAIN, AL-NASAIE, ABU HATIM, AHMAD dan AL-IJLI.

(b)         AL-ZAHABI kata, dia antara ulama yang beramal serta tabiin yang hebat. Walaupun sebelum meninggal, halafannya berubah tetapi dia tidak ikhtilat.

(c)           JARIR BIN ABDUL MAJID kata, sesiapa yang melazimi dengan Abu Ishaq sama seperti melazimi Saidina Ali.

(d)         IBN MADINI kata, penghafal ilmu dalam umat ini ada 6 orang; untuk penduduk Kufah adalah ABU ISHAQ dan AL-A’MASYH; untuk penduduk Basrah adalah QATADAH, YAHYA BIN ABI KATHIR; untuk penduduk Madinah adalah AL-ZUHRI; untuk penduduk Mekah adalah AMRU BIN DINAR.

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(e)          IBN HIBBAN, HUSAIN AL-KARABISI dan ABU JA’AFAR AL-TABARI kata, dia mudallis.

(f)            AL-ASQALANI kata, dia ikhtilat di akhir umurnya.

(g)          IBN MAIN kata, IBN UYAYNAH dengar hadis darinya selepas dia IKHTILAT.

(h)         ABU ISHAQ AL-JUZAJANI kata, penduduk kufah tidak memuji mazhabnya—iaitu dari sudut TASYAYYU’.

(i)             AL-SAHRANPURI kata, dia meriwayatkan hadis dari kaum yang tidak dikenali. Hadis-hadis yang tersebar itu pula tidak diketahui dari mana-mana ahli ilmu kecuali hanya dari Abu Ishaq sahaja. Justeru, riwayatnya perlu TAWAQQUF.

No comments:

Post a Comment