مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّازُ
[] MUHAMMAD BIN AL-SOBBAH AL-BAZZAR @ ABU JAAFAR AL-BAGHDADI (150H[12] – 227H)
[] Dilahirkan di al-Ray (Iran) di satu kampung bernama DULAB, dan meninggal di al-Kurkh (baghdad barat) dan tinggal di sekitar baghdad.
[] Dia adalah guru al-bukhari, Muslim dan Abu Daud. Serta rijal Nasaie dan Ibn majah. Al-Tarmizi ambil hadisnya dari al-Bukhari.
KOMENTAR POSITIF:
(a) AL-SAHRAMPURI, AL-JILI dan IBN HIBBAN kata, dia siqah.
(b) YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah, sohib al-Sunnah dan orang yang amat tahu berkenaan HUSHAIM.
(c) AHMAD memandang mulia terhadapnya.
(d) ABU HATIM AL-RAZI kata, dia siqah dan dari kalangan orang yang dibuat hujah.
(e) AL-HAKIM AL-NAISABURI kata, dia siqah, ma’mun.
(f) AHMAD kata, guru kami ini siqah.
(g) AL-JILI kata, dia siqah.
(h) ZAHABI dan ASQALANI kata, dia siqah, hafiz.
(i) MASLAMAH BIN AL-QASIM AL-ANDALUSI kata, dia siqah, masyhur.
(j) IBN MAIN kata, dia siqah, ma’mun.
(k) YAAQUB BIN SYAIBAH AL-SADUSI kata, dia siqah, sohib al-hadis. di waktu lain kata, dia amat tahu berkenaan HUSHAIM.
[] Namanya disebut untuk kali ke-2, iaitu hadis ke-95 dan 161.
No comments:
Post a Comment