Monday, July 15, 2024

YAHYA BIN ADAM BIN SULAIMAN AL-UMAWI

 يَحْيَى بْنُ آدَمَ

 

[] YAHYA BIN ADAM BIN SULAIMAN AL-UMAWI @ ABU ZAKARIA AL-UMAWI AL-KUFI AL-QURASHI (140H[25]-203H).

 

 

[] Dia dilahirkan di Kufah, dan tinggal di situ. dia meninggal di Wasit (Iraq).

 

[] Dia terkenal dengan faqih dan alim dalam bidang ilmu qiraat. Sanad qiraatnya adalah, dia ambil dari ABU BAKAR BIN ‘AYYASH, daripada AL-KASAIE yang merupakan imam ke-7 dari kalangan para imam qiraat.

 

[] Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[] KOMENTAR POSITIF.

(a)          Dianggap Siqah oleh AL-NASAIE, IBN MAIN, ABU HATIM, AL-BAZZAR, AL-WAQIDI, IBN SYAHIN dan YAAQUB BIN SYAIBAH.

(b)         YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah yang banyak riwayat hadis.

(c)           AL-IJLI kata, dia siqah aqil sabat dan himpunan segala ilmu.

(d)         AL-JILI kata, dia siqah sabat.

(e)          ASQALANI kata, dia siqah hafiz dan Fadhil.

(f)            YAHYA BIN ABI SYAIBAH kata, dia siqah soduq sabat hujah selama dia tidak berkhilaf orang yang lebih tinggi darinya seperti WAKIE.

(g)          AL-BAIHAQI dan AL-DARAQUTNI kata, orang yang paling hafal berbanding ABI AHMAD AL-ZUBAIRI dan lebih sabat

(h)         ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia mutqin yang faqih.

(i)             AL-SADUSI kata, dia siqah banyak riwayat hadis.


No comments:

Post a Comment