‘ALI BIN ZAID (131H)
عَلِيِّ بْنِ
زَيْدٍ
Nama penuhnya adalah ALI BIN ZAID BIN JAD’AN BIN AMRU BIN ZUHAIR
AL-QURASHI AL-TAIMI AL-BASRI. Digelar dengan panggilan ABU AL-HASAN.
Dilahirkan di mekah dan meninggal di Basrah disebabkan penyakit taun.
Kata Ahmad dan Abu Zur’ah, dia tak kuat. Ahmad bin Hanbal kata, doif
al-hadis dan tidak kuat. Al-nasaie kata, doif. Ibn Khuzaimah kata, dia buruk
hafalan. Tarmizi kata, dia sering anggap hadis marfu’ pada hadis yang rata-rata
kata mawquf. Syu’bah kata bahwa dia ambil hadis dari ‘Ali bin Zaid sebelum dia
Ikhtilat. Ya’qub bin Sufyan al-Faswa kata, dia ikhtilat semasa dia tua. Ibn
Hajar al-Asqalani kata, hadisnya tidak elok kecuali ada syawahid dan
mutaba-‘ah. Abu Hatim al-Razi kata, dia tidak kuat, hadisnya di tulis tetapi
tidak boleh dibuat hujah. Al-Ijli dan al-Zahabi kata, dia ada kecenderungan
kepada TASYAYYU’.
Walaubagaimana pun, Ya’qub bin Syaibah kata, dia siqah.
Semua Ashab al-Sunan riwayatkan hadisnya kecuali al-Bukhari sahaja.
Riwayatnya dianggap maqbul.
No comments:
Post a Comment