Wednesday, June 19, 2024

ZIYAD AL-A’RAJ AL-MUA’QRAB AL-ANSARI

 أَبِي يَحْيَى ((اسمه: مصدع, قال ابن معين: زياد الأعرج المعرقب الأنصاري((

 

[13] Khilaf ulama berkenaan nama sebenarnya:

(a)    Kebanyakkan ulama hadis kata, nama sebenarnya adalah MISDA’ (مصدع)

(b)   IBN MAIN kata, nama sebenarnya adalah ZIYAD AL-A’RAJ AL-MUA’QRAB AL-ANSARI (زياد الأعرج المعرقب الأنصاري) (Ruslan:1/642)

 

[14] Perkataan المعرقب berasal dari perkataan عرقوب (Keting). Dia digelar dengan gelaran itu kerana ketingnya dipotong dipotong kerana dia tidak mahu mencela Saidina Ali walaupun dipaksa oleh BISYR BIN MARWAN BIN AL-HAKAM (anak ke-3 marwan) yang ketika itu adalah gabenor di Kufah (tahun 71 hijrah) yang dilantik oleh abangnya, Abdul malik Bin Marwan. Ada kata, yang paksa itu adalah HAJJAJ BIN YUSUF AL-SAQAFI.

 

[15] Dia ada riwayatkan hadis dari Saidina Ali, Ibn Abbas, Ibn Amru dan Aisyah.  

 

[16] KOMENTAR POSITIF:

(a)   Di anggap SIQAH oleh SAFIYUDDIN, AL-IJLI dan IBN SYAHIN.

(b)   AL-ZAHABI kata, dia soduq.

(c)    AMMAR AL-DAHNI kata, MISDA’ amat tahu berkenaan IBN ABBAS.

 

[17] KOMENTAR NEGATIF:

(d)  AL-JUZAJANI sebut namanya dalam AL-DU’AFA’.

(e)  IBN HIBBAN juga sebut dalam AL-DU’AFA’, kerana dia menyanggahi ramai perawi yang sabit.

(f)      AL-UQAILI sebut dia dalam AL-DU’AFA’.

 

[18] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(g)   IBN KHUZAIMAH kata, aku tidak tahu dia adil atau jarh.

No comments:

Post a Comment