عَبَّادَ بْنَ تَمِيمٍ ((بن غَزِيّة الأنصاري المازني | المدينة | الجماعة))
Ibunya adalah hamba. Dia ada dua orang adik beradik sebapa, iaitu MA’MAR dan SABIT; kedua-dua mereka terbunuh dalam PERTEMPURAN AL-HARRAH (63 hijrah – pertempuran tercetus ekoran penduduk Madinah mengugurkan bai’ah terhadap YAZID BIN MUAWIYAH selepas dari PEMBUNUHAN terhadap SAIDINA HUSIN di KARBALA (61 hijrah).
AL-WAQIDI ada meriwayatkan bahawa ABBAD pernah berkata bahawa semasa PERANG KHANDAQ (5 Hijrah) umurnya 5 tahun. Dia adalah sahabat. (Ruslan:1/635)
KOMENTAR:
(a) Dianggap siqah oleh al-NASAIE, IBN HIBBAN, AL-ZAHABI, IBN ISHAQ AL-MATLABI dan AL-IJLI.
(b) AL-IJLI, AL-ASQALANI kata, dia tabiin madani yang siqah.
No comments:
Post a Comment