Wednesday, June 19, 2024

AMRU BIN YAHYA BIN ‘UMARAH AL-MADANI AL-ANSARI AL-MAZINI

 عَمْرِو بْنِ يَحْيَى ((بن عمارة | 140ه | المدينة | الجماعة))

 

[19] AMRU BIN YAHYA BIN ‘UMARAH AL-MADANI AL-ANSARI AL-MAZINI (140H). Dia lahir dan meninggal dunia di Madinah.

 

[20] Dalam al-Tabaqat al-kubra, Ibn Sa’ad kata, dia berkahwin dengan perempuan bernama HAMIDAH BINTI MUHAMMAD BIN IYAS BIN ABI AL-BUKAIR, seorang perempuan dari BANI LAIS yang merupakan ketua BANI ‘ADI BIN KA’AB. Dari itu, mereka dikurniakan dua anak, iaitu YAHYA dan MARYAM.

 

Isteri ke-2 bernama QURAIBAH BINTI YUSUF BIN MUHAMMAD BIN SABIT BIN QAIS BIN SYAMMAS. Dari itu, dikurniakan seorang anak bernama MUHAMMAD.

 

[21] Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[22] KOMENTAR POSITIF:

(a)   Dia dianggap siqah oleh ABU HATIM AL-RAZI, AL-NASAIE, AL-JILI, IBN ABD AL-BAR, AL-ZAHABI, MUHAMMAD BIN ABDILLAH BIN NUMAIR

(b)  ASQALANI kata, dia siqah dan disiqahkan oleh jumhur ulama dan dijadikan hujah oleh Jamaah.

 

[23] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(c)    YAHYA BIN MAIN kata, dia siqah kecuali dia ada ikhtilaf pada dua hadis. Di kala lain kata, dia seorang suwailih dan tidak kuat kerana ikhtilaf lada dua hadis.

No comments:

Post a Comment