هِلَالِ بْنِ يَسَافٍ ((الأشجعي | 91ه))
[9] nama penuhnya adalah HILAL BIN YASAF AL-ASYJAIE. (91H)
[10] Berkenaan nama bapanya, berlaku khilaf bacaan seperti berikut:
(a) Ada baca dengan YISAF.
(b) Ada baca dengan YASAF.
Al-SAYUTI kata, tidak ada bacaan dalam bahasa arab yang dimulakan dengan ي yang dibaris bawah. Tetapi, ada dibaca dengan dibaris atas, iaitu يسار. Justeru, bacaan yang tepat adalah YASAR. (Mirqat:1/92)
Namun, pada pendapat IMAM NAWAWI, bacaan yang popular dalam kalangan ahli bahasa arab adalah ISAR. (Ruslan:1/641)
[11] Dia sempat berjumpa dengan Saidina Ali, bahkan beberapa orang sahabat. Ini bermakna, dia adalah Tabiin. (Bazl:1/199)
[12] KOMENTAR POSITIF:
(a) Dianggap SIQAH oleh IBN MAIN, AL-IJLI, ASQALANI, AL-ZAHABI, IBN HIBBAN dan IBN SAAD
(b) AL-WAQIDI kata, dia siqah yang banyak riwayat hadis.
No comments:
Post a Comment