Thursday, June 20, 2024

SULAIMAN BIN TORKHAN طرخان @ ABU AL-MU’TAMIR AL-BASRI (46H - 143H)

 SULAIMAN BIN TORKHAN طرخان @ ABU AL-MU’TAMIR AL-BASRI (46H - 143H)[25] - Tabiin

 

[] Dia adalah bapa kepada AL-MU’TAMIR BIN SULAIMAN[26]

 

[] Dia meninggal di Basrah ketika umurnya 97 tahun[27].

 

[] Dinisbahkan kepada Bani Taym kerana dia tinggal bersama dengan mereka[28], bukan kerana dia dari Bani Taym[29].

 

[] menurut IBN MANJUWAIH, bapanya, asalnya adalah hamba mukatab kepada Bani Qurrah. Ibunya pula, asalnya hamba mukatab kepada Bani Salim. Ibunya lebih awal dimerdekakan berbanding bapanya. Semasa Sulaiman dilahirkan, ibunya sudah merdeka.

 

[] Dia adalah Imam masjid di Basrah, dan amat benci kepada fahaman Qadariyyah.

 

[] Dia terkenal sebagai ahli ibadat di Basrah dan orang saleh[30].

 

[] ketaqwaannya dapat digambarkan seperti berikut;

a.          menurut anaknya, iaitu MUKTAMIR BIN SULAIMAN: bapaku amalkan puasa Nabi daud selama 40 tahun

b.         MUHAMMAD BIN SAAD AL-BAGHDADI ada bercerita bahawa menjadi kebiasaannya bahawa pada setiap malam dia dan anaknya akan jelajah satu masjid demi satu masjid untuk tunaikan solat tahajud. Hal itu berlaku sehingga ke subuh.

c.           AL-QATTAN kata, aku tidak pernah duduk dengan orang yang amat takut kepada Allah seperti SULAIMAN AL-TAIMIY[31].

d.         Menurut anaknya, Apabila bapanyanya berbual, tiba-tiba orang menyebut nama Nabi Muhammad. Wajah bapanya itu akan berubah.

e.         Semasa hampir dengan kematian, dia berkata kepada anaknya: wahai mu’tamir, sebutkan kepadaku perkara rukhsah dalam agama agar aku berjumpa dengan Allah dalam keadaan aku bersangka baik dengan Allah.

f.             HAMMAD BIN SALAMAH kata, 20 tahun dia tidur dalam keadaan tidak berbaring (tidur sambil duduk).

 

[] IBN AL-MADINI kata, dia mempunyai lebih dua ratus hadis.

 

[] KOMENTAR

A.        Kutub Sittah[32].

B.        Dianggap siqah oleh AHMAD, NASAIE, IJLI, IBN HIBBAN[33], IBN SAAD[34].

C.         IBN HIBBAN kata, dia ahli ibadat di basrah dan orang saleh. Siqah, itqan, hafiz dan kuat amal sunnah[35].

D.       IBN SAAD kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis[36].

E.         IBN MAIN kata, dia selalu tadlis[37].

F.          SYU’BAH kata, aku tidak pernah nampak orang yang amat membenarkan Nabi saw berbanding SULAIMAN AL-TAIMIY. Hal ini kerana, apabila diceritakan hadis dari Nabi, pasti mukanya akan berubah.

No comments:

Post a Comment