Wednesday, June 19, 2024

YAZID BIN ABI ZIYAD AL-HASHIMI

 يَزِيدُ بْنُ أَبِي زِيَادٍ ((الهاشمي | ابو عبدالله | الكوفة |49ه - 137ه = 88 | الجماعة الا البخاري تعليقا))

 

Tabiin ini menyebut bahawa semasa Saidina Husin dibunuh (61H), umurnya 14 hingga 15 tahun.


KOMENTAR POSITIF;

(a)   YAAQUB BIN SUFYAN kata, walaupun ramai kata bahawa dia ikhtilat tetapi dia seorang yang adil dan siqah.

(b)  AHMAD BIN SOLEH kata, dia siqah dan aku tidak hairan orang berkata buruk berkenaannya.

 

KOMENTAR NEGATIF:

(a)   AL-NASAIE, ABU HATIM dan IBN MAIN kata, dia tidak kuat.

(b)   ABU HATIM kata, dia doif dan hadis-hadis riwayatnya seakan-akan palsu. (Aini:1/255)

(c)    AL-DARAQUTNI kata, dia doif dan banyak silap serta talqin.

(d)  AL-MUNZIRI kata, dia tidak boleh dibuat hujah. (Manhal:1/307)

(e)   IBN FUDHAIL kata, dia salah seorang syiah besar. (Bazl:1/193)

(f)      AL-JURJANI kata, dia dari kalangan SYIAH PENDUDUK KUFAH. Walaupun hadisnya ditulis, tetapi dia doif.

(g)    AHMAD kata, dia bukan al-Hafiz.

(h)  AL-IJLI kata, dia جائز الحديث dan di akhir umurnya dia talqin.

(i)        AL-JUZAJANI kata, aku dengar ulama hadis anggap hadis dia doif.

(j)       AL-BADRIJI kata, dia ambil hadis dari MUJAHID. Namun, dakwaan kata dia dengar hadis dari MUJAHID itu perlu diteliti. Dia seorang yang tidak kuat.

(k)   AL-DARAQUTNI kata, dia ada riwayat sahih darinya, dia doif lagi banyak buat silap. Dia talqin akan diminta talqin.

(l)        AL-NASAIE kata, متروك الحديث

(m)        AL-TARMIZI kata, doif pada hadis.

(n)  IBN MAIN kata, ليس بشيء

(o)  AL-NAWAWI kata, dia doif. (Aini:1/256)

(p)  TAQRIB kata, dia doif. Apabila tua, hafalannya berubah.

(q)  ALBANI kata, dia selalu melakukan IDHTIRAB hadis.

(r)      AL-HAKIM kata, dia tidak kuat.

(s)    AL-BAIHAQI kata, dia tidak kuat.

(t)     AL-AWZAIE kata, dia lelaki doif hadis dan hadisnya menyalahi sunnah.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN

(a)   Abu Daud kata, aku tidak tahu seorang pun tinggalkan hadisnya. Namun, orang lain lebih aku suka berbanding dia. (Manhal:1/305)

(b)  ABU ZUR’AH kata, dia لين الحديث, ditulis hadisnya dan tidak dibuat hujah.

(c)    IBN SAAD kata, dia siqah kecuali ikhtilat. Dekat dengan kematiannya, banyak perkara pelik yang dia kemukakan.

(d)  ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia soduq tetapi ketika dia semakin tua, hafalannya memburuk.

(e)  AL-ASQALANI kata, apabila tua, hafalannya berubah. Jumhur ulama kata dia doif

(f)      AL-BUKHARI kata, dia soduq tetapi buat silap.

(g)   IBN HIBBAN kata, dia soduq. Namun, dekat dengan kematian, hafalannya berubah.

(h)  AL-ZAHABI kata, dia seorang syiah, alim, soduq, buruk hafalan, tidak boleh ditinggalkan terus riwayat dia.

 

No comments:

Post a Comment