Wednesday, June 19, 2024

HISHAM BIN ABDUL MALIK AL-BAHILI AL-BASRI

 أَبُو الْوَلِيدِ ((هشام بن عبد الملك الطيالسي الباهلي البصري|133ه – 227ه = 94 | الجماعة))

 

[3] HISHAM BIN ABDUL MALIK AL-BAHILI AL-BASRI (133H-227H). Dipanggil dengan ABU AL-WALID AL-TAYALISI. Dia tinggal dan meninggal dunia di BASRAH.

 

[4] Dalam AL-SIYAR, AL-ZAHABI ada meriwayatkan bahawa AHMAD BIN HANBAL berkata bahawa dia dengar ABU AL-WALID ada bercerita; Aku menulis apa yang disampaikan oleh SYU’BAH. Tiba-tiba, SYU’BAH nampak aku menulis. Dia bertanya: Apakah kamu menulis?”

 

Aku pun berhenti menulis dan meletakkan papan di hadapan aku dan aku lihat sahaja papan itu.

 

Seakan-akan SYU’BAH tidak suka dia menulis, kerana dia ada kemampuan untuk menghafal.

 

[5] ABU HATIM berkata: ABU AL-WALID adalah imam, faqih, bijak, siqah serta hafiz. Aku tidak pernah nampak dia memegang kitab (semasa mengajar)

 

[6] Dalam al-Siyar, AL-ZAHABI ada meriwayatkan bahawa MUAWIYYAH BIN ABDUL KARIM AL-ZIYADIY berkata: ketika aku sampai di BASRAH, penduduk basrah sering berkata bahawa ABU WALID adalah orang yang paling bijak di Basrah. Selepas dia adalah ABU BAKAR BIN KHALLAD.

 

[7] Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[8] KOMENTAR POSITIF:

(a)     AHMAD kata, dia mutqin bahkan syaikhul Islam

(b)    ABU HATIM kata, dia imam faqih dan alim siqah hafiz. Aku tidak tidak pernah nampak dia pegang kitab.

(c)      AL-IJLI kata, dia siqah sabat dalam hadis.

(d)    ABU ZUR’AH kata, dia imam pada zamannya.

(e)     IBN QANI’ kata, dia siqah ma’mun sabat.

(f)         IBN HIBBAN kata dia siqah, bahkan antara orang yang paling cerdik.

(g)     IBN SA’AD kata, dia siqah sabat hujjah.

(h)    SULAIMAN BIN DAUD AL-TAYALISI kata, dia adalah Imam pada zamannya.

No comments:

Post a Comment