Wednesday, June 19, 2024

RABIAH BIN ABI ABD AL-RAHMAN FARRUKH AL-TAIMIY AL-MADANI

 رَبِيعَةُ ((بن ابي عبد الرحمن المدني | ابو عثمان القرشي | المدينة\الأنبار | 136ه | الجماعة))

 

[20] RABIAH BIN ABI ABD AL-RAHMAN FARRUKH AL-TAIMIY AL-MADANI (136H). Tabiin ini meninggal di Madinah. Ada kata, dia meninggal di Anbar (Barat daya Iraq).

 

[21] Menurut AL-ZAHABI dalam SIYAR bahawa dia ke ANBAR (Iraq) berjumpa dengan Khalifah ABU AL-ABBAS AL-SIFAH. Khalifah menyuruh dia menerima satu jawatan, tetapi dia tidak mahu. Diberikan wang 5 dirham, dia tetap tidak mahu terima. Khalifah mahu melantik dia sebagai Qadhi, tetapi dia meninggal dunia di Anbar. Ada dakwaan menyatakan, dia meninggal sejurus sahaja dia sampai di Madinah selepas pulang dari Anbar.

 

[22] Dalam kitab القصص من التاريخ oleh Ali Tantawi, diriwayatkan bahawa bapanya pergi berperang di Khurasan. Dia meninggalkan isterinya, Suhailah dalam keadaan dia tidak tahu bahawa isterinya itu mengandung.

 

Setelah 27 tahun, dia pulang ke Madinah, dia masuk ke Masjid Nabawi, dia dapati ada halakah ilmu yang besar yang guru mengajar itu adalah anaknya.

 

[23] ulama hadis serta faqih ini adalah Tabiin, kerana dia sempat jumpa dengan Anas bin malik. (Aini:1/275)

 

[24] Dia adalah ahli fiqh Madinah dari aliran Ahli al-Ra’y sehingga dia dikenali dengan panggilan RABIAH AL-RA’Y. (Bazl:1/204)

 

[25] Dia adalah guru Imam malik, al-Darimi dan sebagainya. (Ibn Ruslan:1/656)

 

Mutarraf berkata bahawa dia dengar Imam Malik berkata selepas dari kematiannya: “Semenjak kematian Rabi’ah, kita telah kehilangan halawah al-Fiqh (kemanisan Fiqh)” (Bazl:1/204)

 

[26] ABDUL AZIZ BIN ABI SALAMAH berkata: “Wahai penduduk Iraq, kamu dakwa rabiah adalah ahli al-Ra’y, sedangkan aku tidak nampak orang lain selain dia yang paling menjaga sunnah” (Bazl:1/204)

 

[27] ABDUL AZIZ juga pernah bercerita ketika RABIAH dekat dengan saat kematian. Ketika itu, ABDUL AZIZ bagitahu kepadanya: “kami banyak belajar dari kamu. Kadangkala datang kepada kami orang yang bertanya hukum pada perkara yang kami tidak pernah dengar. kami berpendapat, pandangan kami lebih baik dari pandangan dia. Makanya kami memberi jawapan itu berdasarkan kepada apa yang kami rasa baik itu”

 

RABIAH pun berkata: Dudukkan aku. Kemudian dia berkata:

 

يا عبدالعزيز لأن تموت جاهلا خير من أن تقول في شيء بغير علم, لا لا لا

“Wahai Abdul Aziz. Bahawa kamu mati dalam keadaan kamu jahil itu lebih baik berbanding kamu bercakap sesuatu yang kamu tidak tahu. Jangan, jangan, jangan”. (Bazl:1/326)

 

[28] Menurut AL-ZUBAIRI, Rabiah berjumpa dengan beberapa orang sahabat dan beberapa tabiin besar. Dia seorang ahli fatwa di Madinah (Manhal:1/326)

 

[29] dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.

 

[30] KOMENTAR POSITIF:

(a)   Dianggap Siqah oleh AHMAD, AL-IJLI, ABU HATIM, IBN ABD AL-BAR dan AL-NASAIE

(b)  ASQALANI kata, dia siqah faqih masyhur. Orang bercakap berkenaannya kerana fatwanya yang berasaskan kepada Ra’y.

(c)    KHATIB AL-BAGHDADI kata, dia faqih, alim, hafiz dalam bidang fiqh dan hadis. Imam malik ambil fiqh darinya.

(d)  AL-HUMAIDI kata, dia hafiz.

(e)  YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah sabat dan salah seorang mufti di Madinah.

(f)      IBN SA’AD kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis.

(g)   KHATIB kata, dia faqih alim dan hafiz bagi fiqh dan hadis. imam malik ambil hadis darinya (manhal:1/325)

(h)  ABU AMRU BIN AL-SOLAH kata, ada orang dakwa bahawa dia ikhtilat. Namun, didapati tidak ada bukti atas dakwaan tersebut.

(i)        AL-ZAHABI kata, dia faqih di Madinah dari Aliran al-Ra’y.

(j)       AL-QATTAN kata, aku tidak nampak orang yang amat cerdik berbanding Rabiah.

(k)   AL-SADUSI kata, dia siqah sabat salah seorang mufti di Madinah.

 

[31] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(a)   SUFYAN BIN UYAYNAH dan IMAM SYAFIE kata, banyak perkara yang dia perkatakan menyelahi dengan musnad. Hal ini kerana, dia tidak luas pada perkara ini.

No comments:

Post a Comment