Wednesday, June 19, 2024

ABDULLAH BIN WAHAB BIN MUSLIM AL-MISRI AL-FAHRI

  ((عبدالله)) ابْنُ وَهْبٍ ((بن مسلم المصري | ابو محمد القرشي الفهري |125ه - 197ه = 72 | الجماعة))

 

[5] ABDULLAH BIN WAHAB BIN MUSLIM AL-MISRI AL-FAHRI (125H-197H). dilahirkan di Fustat (kota pertama di bawah pemerintahan islam) dan meninggal dunia di Mesir. (Aini:1/275)

 

[6] Dia adalah murid Imam Malik, Sufyan bin Uyaynah dan Sufyan al-Sauri. (Aini:1/275) Dia mula menuntut ilmu sewaktu umurnya 17 tahun.

 

[7] HARUN BIN ABDILLAH AL-ZUHRI berkata: jika penduduk Madinah berselisih pendapat berkenaan sesuatu perkara yang disandarkan kepada Imam malik, orang yang tunggu Ibn Wahab sehingga mereka tanya kepada dia. (Manhal:1/325) hal ini kerana, dia bermulazamah dengan imam malik lebih 20 tahun.

 

[8] Gurunya lebih 400 orang guru yang dia belajar di MESIR, HIJAZ dan IRAQ. Kealimannya sehingga SUFYAN BIN UYAYNAH menggelarkan dia sebagai SYAIKH AHL MISR.

 

[9] Dalam al-Siyar, al-Zahabi menukilkan bahawa AHMAD BIN SOLEH berkata: “Ibn Wahab meriwayatkan hadis sebanyak 100 ribu hadis. Aku tidak pernah jumpa seorang pun yang banyak meriwayatkan hadis berbanding dia. Kami sempat ambil hadis darinya sebanyak 70 ribu hadis sahaja”

 

Setelah menukilkan riwayat AHMAD BIN SOLEH ini, AL-ZAHABI berkata: “bagaimana tidak dianggap Ibn Wahab sebagai lautan ilmu, sedangkan dia adalah himpunan ilmu yang dia belajar dari MALIK, AL-LAIS, YAHYA BIN AYYUB, AMRU BIN AL-HARIS dan sebagianya”

 

[10] Dia menolak jawatan Qadhi, walaupun atas permintaan Khalifah. Selepas dia menolak itu, dia sentiasa berada di rumah sahaja. Lalu RASYDIN BIN SA’AD datang ke rumahnya dan nampak dia sedang berwuduk di hadapan rumahnya. RASYDIN pun berkata:

 

ألا تخرج إلى الناس فتقضي بينهم بكتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم

“Apakah tidak kamu keluar kepada manusia, lalu kamu berhukum dalam kalangan mereka berdasarkan kitabullah dan Sunnah RasulNya?

 

Mendengar itu, dia berkata:

 

إلى هنا انتهى عقلك؟ أما علمت أن العلماء يُحشرون مع الأنبياء والقضاة يُحشرون مع السلاطين؟

Setahap ini sahaja akal kamu? Apakah kamu tahu bahawa ulama itu dihimpunkan bersama para nabi, dan qadhi itu dihimpunkan bersama para sultan.

 

[11] Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah. (Aini:1/275)

 

[12] KOMENTAR POSITIF:

(a)   ABU ZUR’AH kata, Aku teliti 30 ribu hadis riwayat Ibn Wahab yang dia riwayatkan kepada penduduk mesir dan selain Mesir. Aku dapati tidak ada satu pun hadis yang tidak ada asal. Dia siqah. (Manhal:1/325)

(b)  AL-HARIS BIN MISKIN berkata, pada Ibn Wahab itu terhimpun sifat kefaqihan, ahli ibadat, keriwayatan sehiingga dia digelar Diwan al-Ilm.

(c)    IBN MAIN dan AL-DARAQUTNI kata, dia siqah.

(d)  AHMAD BIN SOLEH kata, dia riwayatkan hadis sebanyak 100 ribu hadis

(e)  AL-NASAIE kata, dia tasahul dalam mengambil hadis. namun, dia لا بأس به

(f)      AHMAD kata, dia sahih al-hadis dan sangat sahih dan sangat sabat.

(g)   ABU HATIM kata, dia soduq soleh al-Hadis.

(h)  ABU AHMAD BIN ‘ADI berkata, dia dari kalangan siqah. Aku tidak tahu dia ada riwayatkan hadis mungkar. Apabila dia riwayatkan hadis, pasti yang ambil hadis darinya adalah siqah.

(i)        ASQALANI kata, dia siqah, hafiz, ahli ibadat dan faqih.

 

[13] KOMENTAR PERTENGAHAN:

(j)        IBN SAAD kata, dia banyak ilmu, siqah pada perkara yang dia riwayatkan. Cuma dia ada melakukan tadlis.

 

No comments:

Post a Comment