Wednesday, June 19, 2024

AL-ARQAM BIN ABD YAGHUS BIN WAHAB BIN ABDUL MANAF

 Bapanya adalah anak saudara kepada Aminah binti Wahab, Ibu Nabi saw

 

Nama penuh [1] AMINAH BINTI [2] WAHAB BINTI [3] ABDUL MANAF

 

Nama penuh bapanya; [1] AL-ARQAM BIN [2] ABD YAGHUS BIN [3] WAHAB BIN [4] ABDUL MANAF

 

Di zaman nabi, dia salah seorang penulis surat Nabi saw; iaitu banyak surat-surat yang nabi saw hantar kepada raja-raja dunia, nabi akan arahkan dia yang menulis surat tersebut. (Manhal:1/291)

 

Bahkan, dia juga ada penulis di era ABU BAKAR AL-SIDDIQ dan UMAR BIN AL-KHATTAB. (Bazl:1/185)

 

Dalam al-Siyar, al-Zahabi bawakan riwayat bahawa Saidina Umar pernah berkata:

ما رأيت أحدًا أخشى لله منه

 

Dengan sebab itu, pada era Saidina Umar, dia dilantik menjadi amil Baitul mal. Kemudian disambung jawatan itu di era pemerintahan Saidina Usman (tawassut:2/629)

 

Imam malik ada bercerita bahawa Osman telah haruskan kepadanya mendapat bayaran 30 ribu dirham wang dari Baitul Mal, tetapi dia tidak mahu terima. Dia berkata:

إنما عملت لله وأجري علي الله

“aku beramal kerana Allah, dan balasannya ditentukan oleh Allah” (Ruslan:1/620)

 

IBN HIBBAN kata dalam AL-SIQAT bahawa dia meninggal di mekah pada era pemerintahan YAZID BIN MUAWIYAH, iaitu tahun 64 hijrah. Jenazahnya disembahyangkan oleh ABDULLAH BIN ZUBAIR dan dia dikebumikan di HUJUN ketika dia berumur 62 tahun. (Tasawwut:2/630)

 

Pendapat IBN HIBBAN ini dibantah oleh WALIYUDDIN AL-IRAQI dengan hujah:

 

ABDULLAH BIN AL-ARQAM adalah salah seorang juru tulis Nabi saw. Jika dia meninggal pada waktu umur 62 tahun, pada tahun 64 hijrah, bermakna semasa Nabi saw wafat, umurnya baru 2 tahun. Sudah pasti tidak munasabah bahawa kanak-kanak baru umur 2 tahun pun sudah menjadi juru tulis Nabi saw. (Tasawwut:2/630)

 

Justeru, pendapat yang paling kuat adalah pendapat IBN SAKAN dan Al-BUKHARI bahawa dia meninggal di era pemerintahan Osman bin Affan. (Manhal:1/291|bazl:1/185)

 

Dalam Usud al-Ghabah, Ibn Atsir kata, bahawa sebelum dia meninggal dunia, matanya buta.

No comments:

Post a Comment