Wednesday, June 19, 2024

ISMAIL IBNU A'BASH

((اسماعيل)) ابْنُ عَيَّاشٍ ((بن سليم العنسي الحمصي | عالم اهل الشام في عصره |حمص, بغداد, الشام, الكوفة | 108ه -  181ه = 73))


KOMENTAR POSITIF:

(a)   BISYKAWAL kata, dia siqah jika dia ambil hadis dari penduduk negerinya (syam).

(b)  ABU BASYAR AL-DULABI kata, apa yang dia ambil hadis dari penduduk syam, maka itu lebih sahih.

(c)    ABU DAUD kata, aku lebih suka dia berbanding FARJ BIN FUDHALAH.

(d)  AL-ZAHABI kata, seorang alim di syam serta salah seorang syaikh al-Islam.

(e)  YAZID BIN HARUN AL-AILI kata, aku tidak pernah jumpa orang syam dan Iraq yang lebih hafaz berbanding ISMAIL BIN ‘AYYASH.

(f)      ABU HATIM AL-RAZI kata, dia لين yang hadisnya ditulis. Aku tidak tahu seorang pun yang menolaknya kecuali ISHAQ AL-FAZZARI.

 

KOMENTAR NEGATIF;

(g)   ABU AHMAD AL-HAKIM kata, riwayatnya doif jika lain dari penduduk syam.

(h)  AL-UQAILI kata, apabila dia cerita hadis dari bukan penduduk syam, dia idhtirab dan salah.

(i)        AL-HAKIM AL-NAISABURI kata, dinisbahkan kepadanya buruk hafalan. Apabila riwayanya menyendiri, maka tidak diterima kerana buruk hafalannya.

(j)       AL-DARAQUTNI kata, dia mudhtarib al-hadisdoif dan matruk.

(k)   IBN KHUZAIMAH kata, dia tidak boleh dibuat hujah.

(l)        MUSLIM kata, jangan tulis hadis darinya, sama ada orang yang dikenali, atapun yang tidak dikenali.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

(m)        AL-JURJANI, ABU ZUR’AH AL-RAZI, DUHAIM AL-DIMASYQI, ZAKARIA BIN YAHYA AL-SAJI kata, hadisnya ditulis dan dibuat hujah jika dari penduduk syam sahaja. berlaku salah dan silap jika dia ambil hadis dari Iraq dan hijaz.

(n)  ABU ISHAQ AL-FAZZARI kata, jangan kamu catat hadis dari ISMAIL BIN AYYASH, sama ada hadis itu dia ambil dari perawi yang dia kenal atau tidak kenal. Apabila dia menceritakan hadis dari perawi selain penduduk syam, dia akan tersalah dan idhtirab. Ada ketika lain pula, AL-FAZZARI kata, tulislah hadis darinya, jika dia ambil dari perawi yang dikenali.

(o)  IBN AL-JAWZI dan ABU HATIM AL-BASTI kata, apabila umurnya semakin tua, hafalannya berubah dan banyak salah pada hadisnya.

(p)  AL-GHASSANI kata, dia ada ambil hadis dari orang tidak siqah. Jika dia ambil dari siqah, maka hadisnya juga siqah.

(q)  AL-ASQALANI kata, jika dia ambil hadis dari penduduk syam, maka dia soduq. Tetapi, selain dari itu, dia ikhtilat.

No comments:

Post a Comment