Showing posts sorted by relevance for query ABDULLAH BIN MAS’UD. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query ABDULLAH BIN MAS’UD. Sort by date Show all posts

Wednesday, March 30, 2022

ABDULLAH BIN MAS’UD (31SH-32H)

 ABDULLAH BIN MAS’UD (31SH-32H)

 عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ

 

Antara sahabat yang dilahirkan di Mekah. Dia adalah sahabat yang ke-23 terawal memeluk Islam, iaitu semasa di Mekah.

 

Di awal dia memeluk Islam, dia adalah orang yang mula-mula baca al-Quran secara kuat di hadapan Quraish semasa di mekah.

 

Masa hijrah ke Madinah, Nabi saudarakan dia dengan beberapa orang; (1) Zubair bin al-Awwam, (2) Anas bin Malik, (3) Mu’az bin Jabal, dan (4) Sa’ad bin Muaz.

 

Dia terlibat dua hijrah; hijrah ke Habsyah dan hijrah ke Madinah. Semasa di Madinah, dia terlibat dalam perang badar.

 

Badannya kurus, rendah, rambut tidak ada uban, mata nampak hitam sebab kerap menangis, dan terkenal dengan kemahiran dalam bidang al-Quran. Dalam hadis bahawa Abdullah bin Mas’ud pernah berkata:

وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ، مَا أُنْزِلَتْ سُورَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ أَيْنَ أُنْزِلَتْ، وَلاَ أُنْزِلَتْ آيَةٌ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ إِلَّا أَنَا أَعْلَمُ فِيمَ أُنْزِلَتْ، وَلَوْ أَعْلَمُ أَحَدًا أَعْلَمَ مِنِّي بِكِتَابِ اللَّهِ، تُبَلِّغُهُ الإِبِلُ لَرَكِبْتُ إِلَيْهِ

“Demi Allah bahawa tiada tuhan selainNya. Tidak turun sesuatu surah dari kitabullah kecuali aku pasti tahu di mana ia diturunkan; tidak turut satu ayat dari kitabullah kecuali aku tahu sebab apa ia diturunkan. Kalau aku tahu ada seseorang yang lebih mengetahui berkenaan Kitabullah berbanding aku, pasti akan tunggang unta untuk aku sampai kepada orang itu” (al-Bukhari, hadis no: 5002)

 

Dalam hadis diceritakan bahawa Nabi saw pernah suruh dia bacakan al-Quran kepada Baginda. Abdullah Bin Mas’ud berkata bahawa Nabi saw ada berkata kepada aku:

Al-Bukhari ada meriwayatkan;

 

«اقْرَأْ عَلَيَّ» قُلْتُ: آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ؟ قَالَ: «فَإِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي» فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سُورَةَ النِّسَاءِ، حَتَّى بَلَغْتُ: {فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا} [النساء: 41] قَالَ: «أَمْسِكْ» فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

 “bacakan kepadaku” Aku berkata: “apakah layak aku bacakan al-Quran kepada kamu, walhal al-Quran diturunkan kepada kamu?” kata Nabi: Aku suka mendengar dari orang selainku membacanya”. Aku pun baca surah al-Nisa’ hingga sampai pada ayat: Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?” berkata Nabi: “berhenti”. Didapati berlinang air dari dua mata Nabi” (Al-Bukhari, hadis no: 4582| muslim, hadis no: 800)

 

Dalam hadis juga ada disebut bahawa Nabi puji bacaan Ibn Mas’ud. Ibn Majah riwayatkan;

 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، وَعُمَرَ، بَشَّرَاهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَقْرَأَ الْقُرْآنَ غَضًّا كَمَا أُنْزِلَ، فَلْيَقْرَأْهُ عَلَى قِرَاءَةِ ابْنِ أُمِّ عَبْدٍ»

Daripada Ibn Mas’ud bahawa Abu Bakar dan Umar memberi berita gembira kepadanya bahawa Rasulullah berkata: Barangsiapa yang mahu membaca al-Quran sama seperti ia diturunkan, maka hendaklah dia membacanya seperti bacaan Ibn Umm ‘Abd (Abdullah bin Mas’ud)” (Ibn Majah, hadis no: 138)


Pada Zaman Umar, dia disuruh agar tinggal di Kufah. Al-Bukhari kata, dia meninggal dunia di Madinah sebelum Saidina Osman. Ada pula kata, dia meninggal dunia di Kufah. 

Thursday, September 29, 2022

SAHABAT: ABU ZAR AL-GHIFFARI (32H)

 SAHABAT:  ABU ZAR AL-GHIFFARI (32H)

 أَبو ذَرّ الغفاري

 

Dia dari etnik GHIFFAR, iaitu salah satu kelompok BANI BAKAR BIN ABDU MANAT BIN KINANAH. Kelompok dia selalu berada di sekitar kafilah antara mekah dan syam.

 

Berkenaan nama sebenarnya, terdapat khilaf seperti berikut;

(a)                JUNDAB BIN JUNADAH

(b)               JUNDAB BIN AL-SAKAN

(c)                BARIR BIN JUNADAH

(d)               BARIR BIN ABDULLAH

(e)               YAZID BIN JUNADAH

(f)                 BARIR BIN JUNDAB

(g)                BARIR BIN ‘ASRAQAH

(h)               JUNDAB BIN ABDULLAH

(i)                  BARIR BIN JUNADAH

 

Namun, yang popular menyebut bahawa Namanya adalah JUNDAB BIN JUNADAH BIN SUFYAN BIN UBAID BIN HARAM BIN GHIFFAR BIN MALIK BIN DHAMRAH BIN BAKAR BIN ABDU MANAT BIN KINANAH

 

Ada pula kata, JUNDAH BIN JUNADAH BIN KU’AIB BIN SU’AIR BIN AL-WAQ’AH BIN HARAM

 

Ibunya bernama RAMLAH BINTI AL-WAQI’AH AL-GHIFFARIYYAH. Dia adalah adik beradik seibu dengan seorang sahabat bernama AMRU BIN ABSAH AL-SULAMI.

 

Dia antara yang terawal memeluk islam, iaitu di Mekah, tetapi agak lewat berhijrah ke Madinah, iaitu selepas dari perang uhud (ada kata: selepas perang badar).

 

Ada dakwaan kata, dia orang ke-4 atau ke-5 yang terawal memeluk islam.

 

Dia adalah orang yang memeluk islam secara terbuka semasa di mekah lagi.

 

Sebelum Islam, dia seorang perompak. Dia seorang muwahhid dan tidak pernah menyembah berhala. Muhammad bin habib al-Baghdadi pernah menyebut bahawa sejak jahiliyyah lagi dia haramkan dirinya dari arak, mabuk dan judi.

 

 Ekoran itu, apabila mendengar berkenaan dakwah islam, dia cepat-cepat mencari maklumat di mekah untuk memeluk islam.

 

Dalam satu riwayat diceritakan bahawa apabila dia dapat berita berkenaan dakwah nabi Muhammad, dia menyuruh adiknya, UNAIS agar ke mekah untuk cari maklumat berkenaan ajaran islam.

 

Adiknya itu pun pergi, dan mendapat maklumat yang tidak banyak. Apabila pulang dan memberitahu kepada ABU ZAR, itu tidak memuaskan hatinya. Dia hanya cakap:

 

رأيته يأمر بمكارم الأخلاق، ويقول كلامًا ما هو بالشعر

“Aku nampak dia menyuruh manusia berakhlak mulia. Dia bercakap dengan perkataan yang ia bukan syair”

 

Dengan itu, Abu Zar sendiri berbekal dan dia sendiri ke Mekah dan mencari nabi Muhammad di sana, walhal dia tidak mengetahui pun berkenaan Mekah.

 

Semasa di mekah, dia tidak bertanya kepada penduduk Mekah, sehingga apabila malam, dia tidur di sekitar mekah, dia terjumpa dengan Ali bin Abi Talib.

 

Saidina Ali itu dapati bahawa dia seorang berpakaian gharib. Dengan itu, diajak agar bertamu di rumahnya. Makanya, dia bertamu dengan rumah Saidina Ali selama 3 hari.

 

Apabila cukup tiga hari, Ali bertanya kepada Abu Zar sebab dia datang ke mekah. Abu Zar meminta agar Ali berjanji bahawa kalau dia kenal nabi, maka hendaklah dia tunjukkan kepadanya.

 

Ali pun bersetuju. Maka, Abu Zar memberitahu tujuannya datang ke Mekah untuk mencari Nabi Muhammad saw. Apabila diberitahu, Ali pun terus berkata: ia adalah kebenaran. Dia adalah uturan Allah. apabila pagi, kamu ikuti aku dan aku akan bawa berjumpa dengan nabi.

 

Apabila dia berjumpa, dia terus memeluk islam.

 

Setelah dia memeluk Islam, nabi saw suruh agar dia pulang ke kampungnya dan maklumkan ajaran islam ini kepada kaumnya.

 

Apabila dia keluar dari berjumpa dengan nabi, dia pun ke masjid dan dia menyeru dengan suara yang kuat:

 

أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدًا عبده ورسوله

 

Mendengar itu, kaum Quraish yang ada di situ memukulnya sehingga datang AL-ABBAS BIN ABDUL MUTTALIB—menghalang dari dia dipukul. Al-Abbas berkata kepada Quraish:

 

ويلكم، ألستم تعلمون أنه من غِفار! وأنه من طريق تجارتكم إلى الشام؟

Celaka kamu. Kamu tidak tahukah, bahawa dia dari Bani Ghiffari. Dia adalah kabilah yang ganggu perniagaan kamu di Syam?

 

Dengan itu, dia dilepaskan dari dipukul.

 

Menurut IBN QUTAIBAH AL-DINAWARIY, dia tidak terlibat perang badar, uhud dan Khandaq kerana ketika itu dia berada bersama dengan kabilahnya. Selepas dari itu, baru dia berhijah ke Madinah dan duduk bersama dengan Nabi saw. selepas itu, semua perang yang Nabi terlibat bahawa dia terlibat sama.

 

IBN ISHAQ menyatakan bahawa Nabi saw mempersaudarakan Abu Zar dengan AL-MUNZIR BIN AMRU. Namun, riwayat IBN ISHAQ itu dibantah oleh MUHAMMAD BIN UMAR AL-WAQIDI dengan hujah bahawa mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar hanya berlaku sebelum perang Badar. Adapun selepas turut ayat AL-MAWARIS, tidak ada lagi mempersaudarakan antara MUHAJIRIN dan ANSAR.

 

Antara kisah popular berkenaan ABU ZAR adalah, apabila pemerintahan islam semakin meluas, dia ada meminta jawatan dari Nabi saw. namun, Nabi saw pun berpesan kepadanya sambil menepuk bahunya:

 

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَلَا تَسْتَعْمِلُنِي؟ قَالَ: فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى مَنْكِبِي، ثُمَّ قَالَ: «يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّكَ ضَعِيفٌ، وَإِنَّهَا أَمَانَةُ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا» - مسلم, 1825

Wahai Abu Zar, kamu lemah. Jawatan adalah Amanah. Jawatan itu pada hari kiamat nanti adalah kesedihan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan kebenaran dan menunaikan tanggungjawab yang sebenar.

 

Selepas Nabi wafat, dia terlibat sama dalam usaha membuka kota Syam dan Baitul Maqdis di era pemerintahan Saidina Umar.

 

Dia meninggal di al-Rabaza (الربذة) -satu tempat di Saudi yang kini dikenali sebagai DARB ZUBAYDAH - pada tahun 32 hijrah, iaitu di akhir pemerintahan Saidina Osman bin Affan. Yang menjadi imam menunaikan solat jenazahnya adalah ABDULLAH BIN MAS’UD. Tidak lama kemudian, ABDULLAH BIN MAS’UD pula meninggal dunia, iaitu pada tahun yang sama.

 

Al-Hakim ada meriwayatkan dalam AL-MUSTADRAK hadis; daripada ABDULLAH BIN MAS’UD berkata:

 

فَلَمَّا حَضَرَهُ الْمَوْتُ أَوْصَى امْرَأَتَهُ وَغُلَامَهُ إِذَا مُتُّ فَاغْسِلَانِي وَكَفِّنَانِي، ثُمَّ احْمَلَانِي فَضَعَانِي عَلَى قَارِعَةِ الطَّرِيقِ

Ketika Abu Zar dengan kematian, dia memberi wasiat kepada isteri dan anaknya agar mereka berdua mandikannya, kafankannya dan mereka berdua bawa dia dan tanam dia di tepi jalan laluan orang ramai.

Di suatu ketika, ABDULLAH BIN MAS’UD bersama beberapa rakannya dari kalangan penduduk kufah melintasi kawasan kuburnya. Mereka bertanya: kubur siapa di sini? Ada yang jawab: Abu Zar.

 

Mendengar itu, ABDULLAH BIN MAS’UD menangis seraya berkata:

صَدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «يَرْحَمُ اللَّهُ أَبَا ذَرٍّ يَمْشِي وَحْدَهُ، وَيَمُوتُ وَحْدَهُ، وَيُبْعَثُ وَحْدَهُ» - المستدرك, 4373

“Benarlah apa yang Rasulullah saw katakana, semoga Allah merahmati Abu Zar. Dia berjalan seorang diri, dia mati seorang diri dan dia dibangkitkan seorang diri”

 

Al-Zahabi sebut dalam al-siyar bahawa ABU ZAR adalah seorang yang zuhud, benar, berilmu, kuat beramal, bercakap benar tanpa hiraukan kepada orang yang mencelanya.

 

Rupa parasnya, dia seorang yang berisi, janggutnya lebat dan panjang, rambut dan janggutnya putih. Ada pula kata, dia kurus.

 

Abu Zar terkenal dengan zuhud dan sayangkan orang miskin. Apabila dia mendapat wang, dia akan membelikan semua wangnya untuk kecukupan dapurnya selama setahun. Duit yang berbaki, dia akan bahagikan kepada para fakir miskin.

Tuesday, October 25, 2022

ABU ZAID

  ABU ZAID

أَبو زَيْدٍ

 

 

Ada pendapat kata, Namanya ابو زائد (Manhal:1/282).

 

Ada pihak kata, gelarannya adalah AL-QURASHI AL-MADANI AL-MAKHZUMI AL-KUFI.

 

KOMEN NEGATIF:

(a)                                IBN ABD AL-BAR, AL-TARMIZI, ABU ZUR’AH, ABU HATIM, IBN AL-MUNZIR, AHMAD, AL-HAKIM, IBN ‘ADI kata, tidak diketahui nama sebenarnya. Mereka sepakat bahawa dia adalah majhul.(Ruslan:1/610 |Tawassut:2/603) IBN ABD AL-BAR menambah, bahawa hadisnya MUNGKAR. (Manhal:1/282)

(b)                                IBN HIBBAN sebut namanya dalam AL-DU’AFA’. Dia riwayatkan hadis yang dia ambil dari ABDULLAH BIN MAS’UD tanpa mutaba-ah. Tidak diketahui namanya sebenar, nama bapanya dan dari mana negerinya. (Tawassut:2/604).

(c)                                WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, dia majhul al-Ain dan al-Hal. Bahkan, setengah ulama hadis kata dia doif. (Tawassut:2/603)

(d)                                YAHYA BIN MA’IN kata, ABU ZAID adalah MAJHUL. Tidak diketahui dia riwayatkan hadis kecuali dari ABU FAZARAH sahaja. Hadis Abdullah Bin Mas’ud berkenaan berwuduk dengan Nabiz yang dia riwayatkan adalah MUNGKAR lagi TIDAK ADA ASALNYA. (Tawassut:2/603)

(e)                                AL-BUKHARI kata, hadis bahawa dia ambil dari ABDULLAH BIN MAS’UD; dia seorang majhul. Tidak diketahui bahawa dia bersahabat dengan ABDULLAH BIN MAS’UD. (Tawassut:2/603) hadisnya tidak sahih. (Manhal:1/282)

(f)                                 AT-TARMIZI kata, dia seorang lelaki yang majhul dan tidak dikenali dalam kalangan ahli hadis bahawa dia riwayatkan hadis kecuali hadis ABDULLAH BIN MAS’UD berkenaan berwuduk dengan nabiz. (Manhal:1/282)

(g)                                AL-NAWAWI kata, ulama sepakat kata dia majhul, doif serta tidak diketahui namanya yang sebenar.

(h)                                ABU BAKAR BIN ABI DAUD dan AL-HAKIM kata, dia seorang pembuat air Nabiz di Kufah. (Tawassut:2/604)

ALQAMAH BIN QAIS (28SH-62H)

 ALQAMAH BIN QAIS (28SH-62H)

عَلْقَمَةَ بن قيس

 

Nama penuhnya adalah ALQAMAH BIN QAIS BIN ABDILLAH BIN MALIK BIN ALAQAMAH AL-NAKHAIE AL-KUFI. Dia dipanggil ABU SYIBL.

 

Dia merupakan ahli fiqh di Kufah, alim, ahli qari, ahli tafsir dan ahli hadis.

 

Dia dilahirkan pada hayat hidup nabi, dan meriwayatkan hadis dari ramai sahabat termasuk khalifah yang empat. (Manhal:1/286)

 

Dia tinggal di Kota al-Kufah di Iraq dan melazimi ABDULLAH BIN MAS’UD dan belajar dari sahabat besar tersebut.

 

Dalam al-Isabah, Ibn Hajar ada menukilkan perkataan Abdullah bin Mas’ud yang berkata:

 

ما أقرأ شيئًا ولا أعلمه إلا وعلقمة يقرؤه ويعلمه

Aku tidak membaca sesuatu, aku tidak mengetahui sesuatu kecuali Alqamah membacanya dan mengetahuinya.

 

Pengetahuan dia terhadap fiqh dan fatwa amat luas. Dianggap orang alim selepas Ali dan Ibn mas’ud sehingga ada setengah sahabat bertanya fatwa darinya. (al-Zahabi, al-Siyar).

 

Dia meninggal di era pemerintahan YAZID BIN MUAWIYAH ketika umurnya 90 tahun.

 

Dalam al-Siyar, AL-ZAHABI ada bawakan riwayat bahawa sebelum dia meninggal dunia, dia ada memberi wasiat;

 

إذا أنا حضرت فأجلسوا عندي من يلقنني: لا إله إلا الله، وأسرعوا بي إلى حفرتي، ولا تنعوني إلى الناس، فإني أخاف أن يكون ذلك نعيًا كنعي الجاهلية

“Apabila aku dekat dengan kematian, dudukkan orang yang yang mahu talkinkan aku dengan LA ILAHA ILLA ALLAH. Segerakan hantar aku ke kubur untuk dikebumikan. Tidak perlu bagitahu kepada orang ramai, sebab aku bimbang orang meratap sepertimana ratapan jahiliyyah”

 

AL-SAHRANPURI kata, AL-ASWAD dan ABDUL RAHMAN (bapa saudara kepada IBRAHIM AL-NAKHAIE) yang kedua-dua ini adalah anak kepada YAZID BIN QAIS; kedua-dua ini adalah anak saudara kepada ALQAMAH. Yazid adalah ABANG kepada ALQAMAH (Bazl:1/182)

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN dan AHMAD. Cuma, Ahmad tambah lagi: dia siqah dan dia dari kalangan ahli kebaikan (manhal:1/286)

(b)               WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, ulama sepakat kehebatan, ketekunan dan kemuliaannya dari sudut ilmu dan amalan agama. (Tawassut:2/616)

(c)                ABDULLAH BIN MAS’UD ada berkata, aku tidak membaca dan tidak tahu kecuali perkara itu sudah dibaca dan diketahui oleh ALQAMAH (Tawassut:2/616)

(d)               IBRAHIM AL-NAKHAIE kata, dalam kalangan murid ABDULLAH BIN MAS’UD yang mereka membaca al-Quran dan tahu pasal Sunnah adalah ALQAMAH.

(e)               AL-ZAHABI kata, dia al-imam al-hafiz amat baik dan seorang mujtahid besar.

 

Dia adalah rijal Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan al-nasaie. Hanya ibn Majah sahaja tidak riwayatkan hadis.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.

Wednesday, August 17, 2022

UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UTBAH BIN MAS’UD AL-HAZLI (98H)

 UBAIDULLAH BIN ABDILLAH BIN UTBAH BIN MAS’UD AL-HAZLI (98H)

عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ الهذلي

 

Ulama Madinah ini salah seorang dari kalangan Tabiin dan guru kepada Umar bin Abdul Aziz. Dia adalah adik beradik kepada seorang lagi ulama hadis yang bernama AUN BIN ABDULLAH BIN UTBAH.

 

Atuknya bernama UTBAH BIN MAS’UD adalah sahabat nabi yang merupakan ketua bagi Bani Zahrah. Atuknya ini adalah adik beradik dengan ABDULLAH BIN MAS’UD yang merupakan sahabat Nabi yang terkenal.

 

Dia salah seorang dari kalangan al-Fuqaha’ al-Sab’ah (tujuh orang ahli fiqh Madinah yang menjadi rujukan pada Tabiin).

 

Dia meninggal pada tahun 98 hijrah (ada kata: 99H). Sebelum dia meninggal, dia ditimpa sakit mata sehingga hilang penglihatannya.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi siqah lagi sahih.

Thursday, July 27, 2023

MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H) - sahabat

الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ

[] MUGHIRAH BIN SYU’BAH BIN ‘AMIR BIN MAS’UD AL-SAQAFI @ ABU ABDILLAH/ABU ISA (23SH-50H)- sahabat.

 

[] Dia dilahirkan dia kalangan Saqif di Taif. Dibesarkan di situ. dan meninggal di kufah ketika umurnya 70 tahun kerana penyakit taun. Dia pernah sampai ke Bahrain, Madinah, Mekah dan Basrah.

 

[] dia digelar sebagai salah seorang DUHAT AL-ARAB (Cerdik pandai arab); iaitu MUAWIYAH BIN ABI SUFYAH, AMRU BIN AL-AS, AL-MUGHIRAH BIN SYU’BAH dan ZIYAD.

 

[] Dia memeluk islam pada tahun tercetuskan perang khandaq (5 Hijrah), iaitu selepas dia bersama dengan BANI MALIK ke mesir dan 13 orang dari BANI MALIK di bunuh oleh raja muqawqis. dia salah seorang terlibat dalam sejarah SULH AL-HUDAIBIYYAH.

 

[] matanya buta sebelah dalam perang yarmuk. Dia terlibat dalam sejarah AL-QADISIYYAH, NAHAWAND, HAMZAN dan sebagainya.

 

[] Di era Umar, beliau dilantik menjadi gabenor basrah. Namun, dia digugurkan kerana ada orang saksikan bahawa dia berzina. 

 

Kemudian dia dilantik menjadi gabenor di Kufah. Dia kekal di situ sehingga Saidina Umar dibunuh. Di era Osman, dia disambung jawatan tersebut sehingga Osman menggugurkan jawatannya.

 

[] Semasa Muawiyah menjadi khalifah, Muawiyah lantik AMRU BIN AL-AS jadi gabenor di kufah dan anaknya, ABDULLAH BIN AMRU di mesir. Al-Mughirah pun berjumpa dengan Muawiyah dan menyatakan: Wahai Amirul Mukminin, tindakan kamu lantik Amru di Kufah dan anaknya di Mesir, umpama kamu berada antara dua bahu singa.

 

Muawiyyah pun minta pandangan Mughirah. Makanya, mughirah mencadangkan agar kedua-dua anak beranak itu berada di mesir, dan lantik Mughirah sebagai gabenor di Kufah. Dengan cadangan itu, Muawiyah lantik Mughirah jadi gabenor di Kufah sehingga dia wafat di situ.

  

[] Dia terlibat dalam peerang Yamamah, terlibat dalam Fath al-Syam, iraq. Umar lantik dia jadi Gabenor di basrah.


Selepas itu, terlibat dalam Fath MISAN (selatan Iraq), HAMZAN (iran) dan beberapa buah negara.

 

[] Semasa sejarah perjanjian Hudaibiyyah, Urwah bin Mas’ud dihantar oleh Quraish berjumpa dengan Nabi saw. Semasa dia bercakap dengan Nabi, dia menyentuh janggut Nabi. Mughirah ketika itu memakai topeng perang berdiri. Dia menepis serta berkata kepada Urwah: turunkan tangan kamu sebelum pedang ini sampai kepada kamu. Urwah pun tanya  Nabi saw: siapa ini wahai Muhammad? Dia amat keras. Nabi saw jawab: itu orang dari keturunan kamu (Saqafi)[1].



[1] Maghazi al-waqidi, 2/595

Friday, February 25, 2022

IBRAHIM BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (47H-96H)

 

IBRAHIM BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (47H-96H)

 عَنْ إِبْرَاهِيمَ بن يزيد  بن قيس النخعي

 

Ini salah seorang ulama yang terkenal dalam kalangan penuntut ilmu, iaitu IBRAHIM AL-NAKHAIE. Dia terkenal dengan alim dalam bidang hadis, fiqh dan seorang qari dari kufah.

 

Dia berasal dari Yaman dari etnik Al-Nakha’ yang dengan sebab itu beliau disebut sebagai al-Nakhaie. Dia meninggal di kufah, Iraq.

 

Dia adalah anak saudara kepada Alqamah bin Qais al-Nakhaie. Ibunya bernama MULAIKAH BINTI YAZID AL-NAKHAIEYYAH yang merupakan kakak kepada AL-ASWAD dan ABDUL RAHMAN bin YAZID AL-NAKHAIE; kedua-dua ini adalah ulama hadis yang terkenal dan tabiin yang terkenal di kufah.

 

Dia terkenal dengan seorang yang zuhud dan rajin beribadat. Isterinya yang bernama HUNAIDAH pernah bercerita bahawa suaminya itu sentiasa berpuasa dengan puasa Nabi Daud, iaitu berpuasa selang sehari.

 

Dia meninggal semasa pemerintahan al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 96 Hijrah, iaitu empat hingga lima bulan selepas kematian al-Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi.

 

Rijal kutub al-Sittah. Menurut Abdullah bin Aun bahawa Ibrahim al-Nakhaie antara ulama yang meriwayatkan hadis dengan makna. Dalam pada itu, dia terkenal dengan kefaqihan dan ijtihad.

 

Ada beberapa kritikan berkenaan beliau. Antaranya, andai ada dakwaan mengatakan bahawa dia menerima hadis dari Abu Sa’id al-Khudri, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud dan Abu Abdullah al-Jadali, maka dakwaan itu tidak boleh diterima.

 

Al-Hakim pula senaraikan dia salah seorang perawi Mudallis. Ibn Hajar al-Asqalani pula kata, dia banyak melakukan mursal. Pun begitu, al-‘Alai kata bahawa di sana terdapat Jemaah dari kalangan imam-imam hadis menganggap sahih mursal Ibrahim.

 

Abu Hatim kata, Ibrahim memang pernah berjumpa Aisyah, tetapi ketika itu dia masih kecil, iaitu dalam satu ibadat haji yang dia tunaikan bersama dengan bapa saudaranya. Ekoran itu, sebarang hadis yang dikatakan dia ambil dari Aisyah tidak boleh diterima.

Saturday, July 8, 2023

AL-HAJJAJ BIN ARTOT BIN SUR ثور BIN HUBAIRAH هبيرة BIN SYARAHIL AL-NAKHAIE. (145H)

 

الْحَجَّاجُ بْنُ أَرْطَاةَ

[] AL-HAJJAJ BIN ARTOT BIN SUR ثور BIN HUBAIRAH هبيرة BIN SYARAHIL AL-NAKHAIE. (145H)

 

[] bapa kepada ARTOT adalah orang Kufah dan qadhi di situ[1].

 

[] menurut AL-IJLI, AL-HAJJAJ pernah kata, aku rosak dengan sebab aku sangat mahu kepada jawatan, menjadi qadhi di Basrah[2].

 

[] HUSYAIM kata, aku pernah dengar HAJJAJ berkata: aku bertanya fatwa semenjak umur aku 16 tahun[3].

 

[] KHALIFAH kata, dia mati di Ray (Iran). IBN HIBBAN kata dalam AL-SIQAT, dia meninggal tahun 145 hijrah[4].

 

[] IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, aku nanpak al-Bukhari ambil riwayatnya hanya satu hadis sahaja. itupun sebagai mutabaah ta’liq dalam kitab al-‘itq كتاب العتق. Al-Bukhari ada keluarkan juga riwayatnya dalam AL-ADAB AL-MUFRAD, MUSLIM juga riwayat sebagai مقرون بغيره dan imam empat yang berbaki ada riwayatkan hadisnya[5].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

A.                  AHMAD kata, dia dari kalangan huffaz[6].

 

[] KOMENTAR PERTENGAHAN;

B.                  IJLI kata, dia faqih, salah seorang mufti Kufah. Dia adalah sohib irsal. Dia irsal hadis dari YAHYA BIN ABI KATHIR, MAKHUL tanpa dia pernah dengar dari kedua-dua ini. Namun, dia pernah dengar hadis dari ‘ATA’ عطاء.[7].

C.                  ALI BIN ADAM kata, Salah seorang ahli fiqh, soduq dan banyak buat silap dan tadlis[8].

D.                 IBN MAIN kata, dia soduq dan tidak kuat. Dia tadlis hadis dari MUHAMMAD BIN UBAIDULLAH AL-‘ARZAMI العرزمي, daripada AMRU BIN SYUAIB[9]. Dia tadlis dari AMRU BIN SYUIAB[10].

E.                  IBN AL-MADINI kata, pada aku, al-Hajjaj bin artot dan Ibn Ishaq adalah sama sahaja. aku tinggalkan hadis AL-HAJJAJ tanpa aku tulis hadis darinya walaupun sedikit[11].

F.                   ABU ZUR’AH kata, dia soduq dan tadlis[12].

G.                 AL-TAQRIB kata, dia soduq, banyak silap dan tadlis[13].

 

[] KOMENTAR NEGATIF;

H.                 IBN MUBARAK kata, dia tadlis. Dia dakwa dia ambil hadis dari AMRU BIN SYUAIB dan AL-URZUMI yang matruk[14].

I.                    ABU HATIM kata, dia soduq, tadlis dari perawi-perawi doif dan hadisnya dicatat[15].

J.                    Kata HUSYAIM, dia tidak pernah berjumpa dengan AL-ZUHRI. Dia pernah kata: nyatakan sifat al-Zuhri, kerana aku tidak pernah melihatnya[16].

K.                  NASAIE kata, dia tidak kuat[17].

L.                   IBN ADI kata, ramai manusia pandang dia aib disebabkan tadlisnya pada AL-ZUHRI dan selainnya. Kadangkala dia tersalah pada sesetengah riwayatnya. Namun, dia tidak pernah sengaja berbohong. Dia dari kalangan yang dicatat hadisnya[18].

M.               YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia wahi al-hadis. Pada hadisnya ada banyak idhtirab. Namun, dia soduq dan salah seorang fuqaha’[19].

N.                 AL-SAJI kata, dia mudallis, soduq, buruk hafalan, tidak boleh dibuat hujah dalam perkara furu’ dan hukum-hukum[20].

O.                 IBN KHUZAIMAH kata, aku tidak berhujah dengan dia kecuali pada perkataan dia: اخبرنا dan سمعت. [21]

P.                  IBN SAAD kata, dia mulia, tetapi dia doif dalam riwayat hadis[22].

Q.                 AL-HAKIM kata, dia tidak kuat di sisi mereka[23]. Riwayat AL-HAKIM dari muridnya bernama MAS’UD AL-SAJRI pula, hakim kata dia tidak boleh dibuat hujah[24].

R.                  AL-BAZZAR kata, dia hafiz mudallis. Dia suka kagumi diri sendiri. Syu’bah memujinya. Aku tidak tahu yang tidak riwayatkan hadis darinya kecuali seorang sahaja, iaitu ABDULLAH BIN IDRIS[25].

S.                   ISMAIL AL-QADHI kata, dia mudhtarib al-Hadis kerana banyak tadlis[26].

T.                  MUHAMMAD BIN NASR kata, kebiasaan pada hadisnya ada irsal, tadlis dan bertukar-tukar lafaz[27].

 

[] AL-AMIN AL-HARARI kata, secara jumlahnya, ulama sepakat dia doif dan matruk[28].



[1] Masyariq:1/140

[2] Masyariq:1/141

[3] Masyariq:1/141

[4] Masyariq:1/142

[5] Masyariq:1/142

[6] Masyariq:1/141

[7] Masyariq:1/141

[8] Masyariq:1/140

[9] Masyariq:1/141

[10] Mursyid:1/74

[11] Masyariq:1/141

[12] Masyariq:1/141

[13] Mursyid:1/75

[14] Masyariq:1/141

[15] Masyariq:1/141 | Mursyid:1/75

[16] Masyariq:1/141

[17] Masyariq:1/141

[18] Masyariq:1/141

[19] Masyariq:1/141 | Mursyid:1/75

[20] Masyariq:1/141 | Mursyid:1/75

[21] Masyariq:1/142

[22] Masyariq:1/142

[23] Masyariq:1/142

[24] Masyariq:1/142

[25] Masyariq:1/142

[26] Masyariq:1/142

[27] Masyariq:1/142

[28] Mursyid:1/75