Thursday, September 29, 2022

ISHAQ BIN IBRAHIM (161H-238H)

ISHAQ BIN IBRAHIM (161H-238H)

إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ

 

Nama penuhnya adalah ISHAQ BIN MAKHLAD BIN IBRAHIM BIN ABDULLAH BIN MATAR AL-HANZALI. Sering dipanggil ISHAQ BIN RAHWIYYAH atau ABU YA’QUB BIN RAHWAIYYAH AL-MARUZI.

 

Dia dilahirkan di Turkumanistan dan meninggal dunia di Nisabur (kini: Iran).

 

Dia dikenali sebagai ISHAQ BIN RAHWIYYAH kerana bapanya dilahirkan dalam perjalanan ke MEKAH yang penduduk مرو namakan sebagai RAHWIYAH (iaitu, orang kelahiran dalam permusafiran).

 

AHMAD BIN SALAMAH berkata bahawa dia dengar ISHAQ sendiri cerita bahawa gabenor ABDULLAH BIN TAHIR bertanya kepadanya: apa makna RAHWIYYAH? Apakah kamu tidak marah kepada orang yang memanggilmu dengan panggilan ini?

 

Ishaq pun bercerita bahawa ayahnya dilahirkan dalam perjalanan ke mekah. Dalam bahasa orang marawazah (المراوزة), ia disebut RAHWIYYAH. Bapaku tidak suka dipanggil begitu. Adapun aku, aku tidak marah. (al-Siyar)

 

Dia sempat berjumpa dan mendengar ilmu dari ABDULLAH BIN MUBARAK (118H-181H), WAKI’E BIN AL-JARRAH, ABU MUAWIYAH AL-DHORIR, HAMMAD BIN SALAMAH, SUFYAN BIN UYAYNAH, AL-FUDHAIL BIN IYADH AL-TAMIMI, ABDUL RAZZAQ AL-SUN’ANI dan ramai lagi.

 

 pada tahun 184 hijrah, dia bermusafir ke Iraq yang ketika itu umurnya 23 tahun.

 

Dia sempat sampai ke beberapa negara seperti HIJAZ, YAMAN, SYAM dan kembali semula ke BAGHDAD. Dia tidak masuk ke Mesir.

 

Selepas itu, dia pulang ke Khurasan dan menetap di Naisabur. Di situ dia mengajar sehingga dia meninggal dunia.

 

Dia bukan sekadar alim dalam ilmu hadis, malah alim dalam ilmu fiqh, tafsir dan bahasa arab. Dalam pengajian ilmu hadis, dia mahir dalam selok belok sanad, al-Jarh wa al-Ta’dil serta Illat hadis.

 

Ramai peneliti menyebut bahawa dia adalah orang yang mengideakan kepada al-Bukhari agar himpunkan hadis-hadis sahih sahaja dalam satu kitab. Hal ini ketika Imam al-Bukhari berada dalam majlis Ishaq yang ketika itu dia berkata kepada al-Bukhari:

لو جمعتم كتابا مختصرا لصحيح سنة النبي

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                NAI’M BIN HAMMAD kata, apabila kamu jumpa orang khurasan memburukkan Ishaq, ketahuilah bahawa orang itu bermasalah dalam beragama.

(b)                AL-DARIMI kata, penduduk timur dan barat mengakui kebenarannya الصدق

(c)                KHATIB AL-BAGHDADI kata, para ahli ilmu dari bilang hadis dan fiqh, serta ahli kebenaran, hafaz, warak dan zuhd akui Ishaq.

(d)                AL-NASAIE kata, dia siqah ma’mun serta imam.

(e)               ABU ZUR’AH kata, aku tidak pernah jumpa orang yang lebih hafaz berbanding ISHAQ.

(f)                 ABU HATIM kata, mengkagumkan dari sudut ketelitian dan kesejahteraan dari kesalahan bersama kekuatan hafazannya.

(g)                IBN AL-QAYYIM kata, pada zamannya, ishaq adalah orang yang terkemuka dalam bidang ilmu, hadis, tafsir, sunnah, amar makruf dan nahi mungkar. Kuat melawan fahaman jahmiyyah serta ahli bid’ah di Khurasan. Dia adalah ulama yang menyebarkan sunnah di Khurasan.

Monday, September 19, 2022

ABU HAZIM SALMAN AL-ASYJAIE (100H)

 ABU HAZIM SALMAN AL-ASYJAIE (100H)

 أَبو حَازِمٍ سلمان الأشجعي

 

Antara tempat yang dia pernah sampai adalah Madinah dan Kufah. Dia sempat bermulazamah bersama Abu Hurairah selama 5 tahun.

 

Dia meninggal di era pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Dia adalah rijal al-kutub al-sittah serta seorang perawi siqah.

FUDHAIL BIN GHAZWAN BIN JARIR AL-DHOBBI (140H)

 FUDHAIL BIN GHAZWAN BIN JARIR AL-DHOBBI (140H)

فُضَيْلِ بْنِ غَزْوَانَ بن جرير الضبي

 

Dipanggil dengan ABU AL-FADHL. Dia meninggal di era pemerintahan khalifah al-Mansur. Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasaie. Tidak didapati namanya dalam kitab sunan Ibn Majah.

ISHAQ BIN YUSUF BIN YA’QUB BIN MURDAS AL-MAKHZUMI AL-QURASHI AL-WASITI (117H-195H)

ISHAQ BIN YUSUF BIN YA’QUB BIN MURDAS AL-MAKHZUMI AL-QURASHI AL-WASITI (117H-195H)

 إِسْحَاقُ بْنُ يُوسُفَ بن يعقوب بن مرداس المخزومي القرشي الواسطي

 

Ulama dari al-Wasit ini dipanggil dengan Abu Muhammad. Terkenal dengan alim dalam bidang al-Quran dan hadis serta terkenal dengan kezuhudan.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dia dianggap siqah oleh AL-BAZZAR, AL-BAIHAQI, AL-DARAQUTNI, AL-JILI, AL-ASQALANI dan YAHYA BIN MA’IN.

(b)                Ahmad bin Hambal kata, dia amat siqah.

(c)                Al-Khatib al-Baghdadi kata, dia dari kalangan siqah yang ma’mun dan salah seorang hamba Allah yang soleh.

(d)               Al-Zahabi kata, dia ahli ibadat dan amat tinggi kedudukannya.

(e)               Abu hatim pula kata, dia sahih al-hadis soduq la ba’sa bih.

 

KOMENTAR TENGAH-TENGAH:

(a)                Muhammad bin Sa’ad kata, dia siqah yang kadangkala buat silap.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah dan seorang perawi yang siqah.

MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI ZAID SABUR (172H-245H)

 MUHAMMAD BIN RAFI’ BIN ABI ZAID SABUR (172H-245H)

مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ بن ابي زيد سابور

 

Digelar dengan ABU ABDILLAH AL-QUSYAIRI. Al-Hakim menyatakan bahawa dia adalah seorang ulama yang jelajah banyak tempat demi ilmu. Dia pernah sampai Khurasan, Naisabur, al-Hijaz, Basrah, Kufah, al-Madain, Baghdad dan Wasit.

 

Dia adalah Rijal al-Bukhari, Muslim Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasaie. Tidak ditemui namanya dalam riwayat Ibn Majah.

 

Dia adalah perawi siqah lagi sahih.

ZA-IDAH BIN QUDDAMAH AL-SAQAFI (161H)

 ZA-IDAH BIN QUDDAMAH AL-SAQAFI (161H)

 زاَئِدَةَ بن قدامة الثقفي

 

Dia dipanggil Abu al-Solt al-Kufi. Dia antara ulama hadis yang digelar sebagai AL-HAFIZ. dia bukan sekadar terkenal dalam bidang hadis, bahkan amat terkenal juga dalam bidang tafsir al-Quran.

 

Dia meninggal dunia pada tahun 161H, di bumi rom.

 

Menurut al-Sayuti dalam tabaqat al-Huffaz, dia dikatakan orang yang amat tegas dengan ahli Bid’ah. Andai ada orang datang mahu berbual dengannya, dia akan tanya lebih dahulu, apakah dari ahl al-Sunnah atau tidak. Jika ahli Bid’ah, dia tidak akan berbual dengan orang itu.

 

KOMENTAR ULAMA: (Al-Aini:1/206)

(a)                Dia dianggap SIQAH oleh al-Nasaie, Abu Hatim, Al-Ijli.

(b)               Ibn Sa’ad kata, dia siqah ma’mun.

(c)                Ibn Hibban kata, dia seorang huffaz yang mutqin.

(d)               Al-Daraqutni kata, dia imam yang sabat.

(e)               Abu Zur’ah pula kata, dia soduq dari kalangan ahli ilmu.

 

Mati di rom tahun perangan AL-HASAN BIN QAHTABAH (Al-Aini:1/206)

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.

HUSAIN BIN ALI BIN AL-WALID AL-JU’FI (119H-203H)

HUSAIN BIN ALI BIN AL-WALID AL-JU’FI (119H-203H)

 حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ بن الوليد الجعفي

 

Ulama kufah ini adalah imam ke-6 dari senarai imam-imam dalam ilmu qiraat.

‘UMARAH BIN AL-QA’QA’

  ‘UMARAH BIN AL-QA’QA’

عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ

 

Nama penuhnya adalah ‘Umarah bin al-Qa’qa’ bin Syibrumah al-Dhobbi. Ulama Kufah ini siqah dan beliau adalah rijal al-Kutub al-Sittah. 

Sunday, September 11, 2022

UBAIDULLAH BIN UMAR BIN HAFS BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB (71H-147H)

  UBAIDULLAH BIN UMAR BIN HAFS BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB (71H-147H)

 عُبَيْدِ اللَّهِ بن عمر بن حفص بن عاصم بن عمر بن الخطاب

 

Gelarannya adalah Abu Osman al-Madani. Dia adalah cicit kepada ‘Asim yang merupakan anak kepada Saidina Umar bin al-Khattab. Ibunya bernama FATIMAH BINTI UMAR BIN ‘ASIM BIN UMAR BIN AL-KHATTAB.

 

Bermakna, ibu dan bapanya adalah sepupu, iaitu dari atuknya yang bernama ‘Asim.

 

Dia dilahirkan dan meninggal dunia di Madinah.

 

Dia merupakah salah seorang al-Fuqaha’ al-Sab’ah, iaitu tujuh orang ulama fiqh di Madinah yang menjadi rujukan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

 

Dia berjumpa dengan Ummu Khalid binti Khalid (sahabiyyah) dan mendengar hadis darinya.

 

Dia dari kalangan صغار التابعين, dan salah seorang orang kenamaan di Madinah. Salah seorang dari tujuh fuqaha’ sab’ah di Madinah.

 

Al-Zahabi kata, aku berpendapat bahawa dia riwayatkan lebih 400 hadis.

 

Adik beradik dia:

(a)                ABDULLAH

(b)               ABU BAKAR

(c)                ‘ASIM.

 

Nama isterinya;

(1)                UBAYYAH BINTI ABI BAKAR BIN UBAIDULLAH BIN ABDULLAH BIN UMAR BIN AL-KHATTAB. Anak-anaknya:

a.                  Rabah

b.                  Hafsh

c.                   Bakkar

 

(2)               FUDHAILAH BINTI MUSA BIN UTBAH BIN ABDUL RAHMAN BIN ABDULRAHMAN BIN AUF. Anaknya:

a.      ISMAIL BIN UBAIDULLAH.

 

KOMENTAR ULAMA;

(a)                Dia dianggap siqah oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH, ABU HATIM dan IBN HIBBAN.

(b)               Dianggap SIQAH SABAT oleh AL-NASAIE, AHMAD BIN SOLEH, AL-ASQALANI

(c)                IBN MAIN kata, dia siqah hafiz dan muttafaqa alaih.

(d)               IBN HIBBAN kata, dia siqah dan dari kalangan orang-orang besar Madinah, orang mulia dari kalangan Quraish dari sudut ilmu, ibadat, hafalan dan ketelitian.

(e)               AHMAD BIN SOLEH kata, dia siqah sabat ma’mun yang tidak ada seorang pun yang lebih sabat darinya berkenaan Hadis Nafi’.

(f)                 AHMAD kata, dia lebih sabat berbanding Ayyub, Ubaidullah bin Umar dan Malik.

(g)                AL-ZAHABI kata, dia sabat.

(h)               ALI BIN UMAR AL-HARBI kata, dia siqah hafiz dan muttafaq Alaih.

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan merupakan seorang perawi siqah lagi sahih.

UMMU SUBAYYAH AL-JUHANIYYAH

 UMMU SUBAYYAH AL-JUHANIYYAH

 أُمِّ صُبَيَّةَ الْجُهَنِيَّةِ

 

Ramai ulama hadis kata, bahawa Ummu Subayyah ini nama sebenarnya adalah KHAULAH BINTI QAIS. Antara yang kata begitu adalah al-Bukhari, al-Zuhli, Abu Zur’ah.  Bahkan, kalau dilihat dalam hadis riwayat ibn majah (283) disebutkan seperti berikut;  

قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ بْنُ مَاجَةَ: سَمِعْتُ مُحَمَّدًا يَقُولُ: أُمُّ صُبَيَّةَ هِيَ خَوْلَةُ بِنْتُ قَيْسٍ، فَذَكَرْتُ لِأَبِي زُرْعَةَ فَقَالَ: صَدَقَ

 

Begitu juga dalam al-Adab al-Mufrad (hadis no: 1054), al-Bukhari menyatakan;

قال البخاري في الأدب المفرد: عن خولة رضي الله عنها قالت: اخْتَلَفَتْ يَدِي وَيَدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلم في إناء واحد - الأدب المفرد, 1054

 

Walaubagaimana pun, Ibn Abd al-Bar, al-Mizzi, al-Munziri pula menggunakan sighah تمريض dalam menyatakan namanya adalah KHAULAH BINTI QAIS itu.

 

Ada dakwaan kata, bahawa dia adalah isteri Saidina Hamzah. Namun, dibantah oleh ibn Hibban. Al-Mustagfiri menjelaskan bahawa Isteri Saidina Hamzah adalah perempuan Ansar dari etnik NAJJARIYYAH, sedangkan Ummu Subayyah berbangsa JUHANIYYAH, iaitu dia adalah nenek kepada KHARIJAH BIN AL-HARIS BIN RAFI’ BIN MAKIS. (Tawassut:2/540)

 

IBN KHARRABUZ

 IBN KHARRABUZ

ابْنِ خَرَّبُوذَ

 

Namanya adalah Salim bin Sarj. Ada kata, Salim bin al-Nu’man. Tetapi, sering disebut dengan ABU AL-NU’MAN BIN KHARRABUZ AL-MADANI.

 

Dia adalah hamba Ummu Subayyah yang dimerdekakan. Dia ada adik beradik bernama NAFI’.

 

Ada orang kata, dia adalah ma’ruf bin Kharrabuz. Namun, dibantah oleh Waliyuddin al-Iraqi dengan menyatakan bahawa Ibn Kharrabuz di sini berbeza dengan Ma’ruf bin Kharrabuz. (Tawassut:2/539)

 

Dalam Ibn Majah (382), namanya disebut dengan SALIM ABI AL-NU’MAN BIN SARJ;

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِيُّ قَالَ: حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ قَالَ: حَدَّثَنَا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ سَالِمٍ أَبِي النُّعْمَانِ وَهُوَ ابْنُ سَرْجٍ، عَنْ أُمِّ صُبَيَّةَ الْجُهَنِيَّةِ قَالَتْ:

 

PENDAPAT ULAMA BERKENAAN DIA:

(a)                Ibn Hibban senaraikan dia dalam kitab al-Siqat. Namun, tidak ada namanya dalam kitab hadis kecuali hadis ini sahaja.

(b)               Ibn Main kata, dia siqah lagi syaikh yang masyhur.

USAMAH BIN ZAID (153H)

 USAMAH BIN ZAID (153H)

 أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ

 

Ulama hadis Madinah ini sama nama dengan sahabat Nabi bernama USAMAH BIN ZAID (meninggal 54 Hijrah). Dia digelar dengan ABU ZAID AL-LAISI AL-MADANI.

 

Dia adalah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis di era Atba’ al-Tabiin.

 

PENDAPAT ULAMA;

a.                  Antara yang kata dia siqah adalah Ahmad, Ibn Ma’in, Abu Ja’far al-Tahawi, ibn al-Madini dan al-Ijli

b.                  Al-Sahranpuri kata, dia adalah hasanul hadis.

c.                   Al-Jurjani kata, hadisnya tidak ada apa-apa.

d.                  Abu Hatim kata, hadisnya ditulis tetapi tidak boleh dibuat hujah.

e.                  Ahmad kata, laisa bi syai’.

f.                    Ahmad juga kata di tempat lain dia doif.

g.                   Abu al-Qasim al-Bisykawal kata, dia maqbul al-Hadis. Baginya ada riwayat mungkar dari al-Zuhri.

h.                  Abdullah bin Ahmad bin Hanbal kata, dia ambil hadis dari Nafi’ hadis-hadis mungkar.

i.                    Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia soduq yang waham. Al-Bukhari sekali sekala riwayatkan dia secara ta’liq.

j.                    Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.

k.                   Al-Daraqutni kata, al-Bukhari tinggalkan hadisnya.

l.                    Yahya bin Sa’id mendoifkannya.

m.                Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia buat silap.

n.                  Al-Nasaie kata, dia tidak kuat.

o.                  Al-Qattan tinggalkan riwayatnya semasa akhir hidupnya.

p.                  Ibn Hibban kata, dia buat silap dalam keadaan dial urus dalam menentukan kesahihan kitab.

 

Semua al-kutub al-sittah ambil riwayatnya. Cuma al-Bukhari sekadar riwayatkannya secara istisyhad sahaja.

DAUD BIN SOLEH BIN DINAR AL-TAMMAR AL-ANSARI AL-MADANI

 DAUD BIN SOLEH BIN DINAR AL-TAMMAR AL-ANSARI AL-MADANI

 دَاوُدَ بْنِ صَالِحِ بْنِ دِينَارٍ التَّمَّارِ الأنصاري المدني

 

Digelar al-TAMMAR kerana dia seorang penjual buah kurma.

 

Dia adalah Rijal Bukhari, Muslim dan Abi Daud.

 

KOMENTAR ULAMA:

(a)                Ahmad kata, la Ba’sa Bih.

(b)               Ibn Hibban senaraikan dia dari kalangan al-Siqat.

(c)                Al-Zahabi kata, dia soduq.