Sunday, March 27, 2022

SAHABAT: RUWAIFI’ BIN SABIT

 SAHABAT: RUWAIFI’ BIN SABIT

 رُوَيْفِعَ بْنَ ثَابِتٍ

 

Nama penuhnya adalah RUWAIFI’ BIN SABIT BIN AL-SAKN BIN ‘ADI BIN HARITHAH BIN AL-NAJJAR AL-ANSARI.

 

Dia dilahirkan di Maghribi dan meninggal dunia di Libya, iaitu ketika dia menjadi gabenor di situ. Dia pernah sampai Mesir, Madinah dan Afrika.

 

Dia menjadi gabenor atas perlantikan Muawiyyah. Dan pernah terlibat perang di Afrika dalam tahun 47 Hijrah.

 

Dia adalah sahabat Nabi yang paling akhir meninggal di Afrika.

SAHABAT(K): ABU MA’AN MASLAMAH BIN MUKHALLAD AL-ANSARI AL-ZARQI (1H-62H)

 SAHABAT(K): ABU MA’AN MASLAMAH BIN MUKHALLAD AL-ANSARI AL-ZARQI (1H-62H)

ابو معن مَسْلَمَةَ بْنَ مُخَلَّدٍ الأنصاري الزرقي

 

Ulama khilaf berkenaan statusnya. Al-Imam al-Bukhari, al-Daraqutni dan al-Zahabi anggap dia adalah SAHABAT. Sedangkan al-Imam Ahmad dan Abu Hatim kata, dia sekadar MUKHDARAM sahaja.

 

 Kekhilafan ini berlaku kerana dia dilahirkan di Mesir pada 1 hijrah. Bahkan ada riwayat kata, dia dilahirkan pada 4 Hijrah.

 

Jika dia dianggap sebagai sahabat, sudah pasti dia berjumpa dengan nabi saw, sedangkan baginda wafat tahun 11 hijrah yang ketika itu umurnya adalah 11 tahun (atau: 7 tahun).

 

Tidak dinafikan, memang dia pernah sampai di Madinah, tetapi tidak ada satu bukti yang dipercayai bahawa semasa dia sampai di Madinah ketika Nabi saw masih hidup.

 

Walaubagaimana pun, dikatakan dia bersama Amru bin al-As dihantar oleh Saidina Umar untuk pembukaan Mesir. Turut sama dengan mereka adalah Syarik bin Summiy al-Muradi al-Ghatifi dan Abu Salim al-Jaisyani.

 

Di era Muawiyyah menjadi Khalifah, dia dilantik menjadi gabenor Mesir. Kemudian, ditambah untuk menjadi gabenor di Maghribi

 

Pada era Saidina Ali, tercetus perang Siffin, dia di pihak Muawiyyah. Selepas Muawiyyah meninggal, dia tetap menjadi gabenor dia dua wilayah ini pada Era Yazid.

 

Dia adalah orang yang mula-mula yang membuat Menara masjid untuk azan.

 

Walaupun dia lahir di Mesir dan pernah sampai di Madinah, kemudian ke mesir pula di era Muawiyyah, pendapat masyhur menyatakan bahawa dia meninggal di Madinah. Ibn Yunus pula mendakwa, dia meninggal di Mesir, iaitu di Iskadariyyah.

SYAIBAN AL-QITBANI

 SYAIBAN AL-QITBANI

 شَيْبَانَ الْقِتْبَانِيِّ

 

Menurut Abu Daud, nama penuh perawi ini adalah SYAIBAN BIN UMAYYAH. Ada pula kata, namanya adalah SYAIBAN BIN QAIS AL-QITBANI.

 

Abu Daud menyatakan, gelaran dia adalah ABU HUZAIFAH.

 

Dia tinggal di Mesir. Ada pula ulama lain dakwa, dia tinggal al-Asqalan (Palestine).

 

Menurut al-Saharanpuri dalam Bazl al-Majhud bahawa dia perawi Majhul.

SYIYAYM BIN BAITAN AL-QIBTANI

 SYIYAYM BIN BAITAN AL-QIBTANI

شِيَيْمَ بْنَ بَيْتَانَ الْقِتْبَانِيِّ

 

Ulama Mesir yang berasal dari keturunan Yaman ini adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasaie. Tidak didapati dia diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ibn Majah.

 

Abu Bakar al-Bazzar kata, dia tidak masyhur. Namun begitu, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Zahabi, Ibn Saad dan Yahya Bin Ma’in kata, dia siqah. Dia dianggap sebagai perawi yang sahih.

 

’AYYASH BIN ABBAS AL-QITBANI

 ’AYYASH BIN ABBAS AL-QITBANI

عَيَّاشِ بْنِ عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِيِّ

 

Nama penuhnya ABU ABDUL RAHIM ‘AYYASH BIN ABBAS BIN JABIR BIN YASIN AL-HIMYARI AL-MISRI.

 

Gelaran AL-QITBANI adalah nisbah kepada satu kabilah arab dari Yaman, iaitu satu keturunan yang dari orang yang bernama QITBAN BIN RUMAN.

 

Imam Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah meriwayatkan hadisnya. Hanya al-Bukhari sahaja tidak riwayatkan darinya. Walaubagaimana pun, dia perawi yang sahih.

AL-MUFADDHAL BIN FADHALAH AL-MISRI (107H-182H)

 AL-MUFADDHAL BIN FADHALAH AL-MISRI (107H-182H)

الْمُفَضَّلُ ابْنَ فَضَالَةَ الْمِصْرِيَّ

 

Nama penuhnya adalah ABU MUAWIYAH AL-MUFADHHAL BIN UBAID BIN SUMAMAH BIN MARSAD AL-RA’INI الرعيني AL-QITBANI

 

Dia berasal dari Mesir dan pernah menjadi Qadhi di Mesir sebanyak dua kali.

 

Ramai ulama menganggap bahawa dia seorang yang zuhud dan mustajab doa. Antara yang mengatakan sebegitu adalah Imam Abu Daud dan Isa bin Zaghbah. Dikatakan dia seorang ahli ibadat, sehinggakan menurut cerita bahawa dalam dia sakit dan badannya lemah, dia mampu berdiri lama untuk menunaikan solat.

 

Ada TAJRIH terhadapnya seperti Ibn Sa’ad kata, dia munkar hadis. Namun begitu, al-Saharanpuri dalam kitab Bazl al-Majhud kata, Ibn Sa’ad salah dalam menilai al-Mufaddhal. Abu Hatim, Ibn Kharrash dan Ibn Ma’in kata, dia siqah lagi Soduq.

 

Dia salah seorang rijal al-kutub al-Sittah, dan dia dianggap perawi sahih.

YAZID BIN KHALID BIN ABDILLAH BIN MAUHIB AL-HAMDANI (232H)

 YAZID BIN KHALID BIN ABDILLAH BIN MAUHIB AL-HAMDANI (232H)

 يَزِيدُ بْنُ خَالِدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَوْهَبٍ الْهَمْدَانِيُّ

 

Gelarannya ABU KHALID AL-RAMLI. Digelar al-Ramli kerana dia berasal dari Ramallah (Palestine). Al-Hamdani pula adalah satu kabilah Arab dari Yaman. Hal ini kerana, asal keturunannya dari Yaman.

 

Dia adalah guru Imam Abu Daud, al-Nasaie dan Ibn Majah.

 

Al-Daraqutni kata dia majhul, tetapi tidak sedikit ulama yang kata dia siqah. Apatah lagi, Imam Abu Daud belajar dan riwayatkan hadisnya. Ibn Hibban meletakkan dia dalam senarai perawi-perawi siqah.

 

Dia adalah salah seorang perawi yang sahih. 

ABU SA’ID AL-HUBRANI

 ABU SA’ID AL-HUBRANI

أَبو سَعِيدٍ الْحُبْرَانِيِّ

 

Nama sebenarnya adalah ABDULLAH BIN BUSR AL-SAKSAKI AL-HUBRANI. Ada pula orang lain kata, nama sebenarnya adalah Ziyad. Ada pula kata, ‘Amir. Ada pula kata, Umar bin Sa’ad.

 

Dikatakan, dia juga dipanggil dengan nama ABU SA’ID AL-HIMSI. Dia tinggal Di Basrah.

 

Dia dianggap MAJHUL oleh ramai ulama hadis termasuk Abu Zur’ah. Namun begitu, Ibn Hibban yang terkenal dengan TASAHUL meletakkan nama Abu Sa’id al-Hubrani dalam senarai perawi siqah.

 

Dengan ini, dia dianggap sebagai perawi DOIF oleh ibn Hajar al-Asqalani.

 

AL-HUSOIN AL-HUBRANI BIN ABD AL-RAHMAN

 AL-HUSOIN AL-HUBRANI BIN ABD AL-RAHMAN

 الْحُصَيْنِ الْحُبْرَانِيّ بن عبد الرحمن

 

Al-Hubrani adalah sempena kepada satu etnik arab di Yaman yang berasal dari keturunan Hubran bin Amru.

 

Menurut al-Sayuti, Hubran adalah satu etnik kecil dalam kabilah arab yaman bernama Himyar. Dengan sebab itu, ada ulama hadis menyebut dengan nama AL-HUSOIN AL-HIMYARI.

 

Rata-rata ulama hadis anggap dia sebagai Majhul, sepertimana kata al-Zahabi dan Abu Zur’ah al-Razi.

 

Namun begitu, Ibn Hibban menyenaraikan AL-HUSOIN AL-HUBRANI sebagai perawi siqah. Walaubagaimana pun, kritikan yang sering diberikan adalah, Ibn Hibban terkenal dengan sikap TASAHUL (bermudah-mudah dalam mengsiqahkan seseorang perawi)

 

Dengan sebab itu, dia dianggap sebagai perawi DOIF.

SAUR BIN YAZID BIN ZIYAD AL-KILA’IE ABU KHALID AL-HIMSI (150H)

SAUR BIN YAZID BIN ZIYAD AL-KILA’IE ABU KHALID AL-HIMSI (150H)

ثَوْرٍ بن يزيد بن زياد الكلاعي ابو خالد الحمصي

 

Dilahirkan di Syam dan meninggal di Baitul Maqdis. Pernah sampai ke Madinah.

 

Datuknya bernama ZIYAD AL-KILA’I adalah orang yang terbunuh dalam perang Siffin yang ketika itu berpihak kepada Muawiyyah.

 

Saur ini, apabila disebut nama Saidina Ali, dia akan berkata: aku tidak suka orang yang bunuh datuk aku.

 

Dari sudut Jarh, ada beberapa kritikan terhadap beliau. Antaranya, orang mendakwa bahawa dia berfahaman QADARIYYAH. Antara yang mengatakan begitu adalah Ibn Hibban, al-Ijli, Al-Saji, Abu Hatim bin Habban al-basti, Ahmad bin Hambal, Ahmad bin Soleh al-Misri, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Zahabi,

 

Bahkan, lebih meragukan apabila Imam malik yang terkenal dengan tegas dengan riwayat ahli Bid’ah didapati tidak mengambil hadis SAUR.

 

Namun begitu, terdapat yang memuji beliau. Yahya bin Main pernah kata, aku tidak pernah lihat orang yang paling siqah di syam. Ibn Hibban bubuh dalam senarai siqah. Al-Sauri, Ibn Uyaynah dan Yahya Qattan ambil hadis darinya.

 

Dalam kalangan Imam Kutub Sittah, hanya Imam Muslim sahaj tidak ambil riwayatnya. Walaubagaimana pun, dia dianggap perawi yang HASAN.

 

 

IBRAHIM BIN MUSA BIN YAZID BIN ZHAZAN ABU ISHAQ AL-TAIMI AL-RAZI (220H)

 IBRAHIM BIN MUSA BIN YAZID BIN ZHAZAN ABU ISHAQ AL-TAIMI AL-RAZI (220H)

إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى  بن يزيد بن زاذان ابو اسحاق التيمي الرَّازِيُّ

 

Dia adalah Guru al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud, serta Rijal al-Tarmizi dan Ibn Majah.

 

Ulama yang berasal dari Turkmenistan ini sering disebut dengan panggilan AL-FARRA’ AL-SOGHIR, tetapi dinafikan gelaran itu oleh Imam Ahmad bin Hanbal.  


Dia adalah perawi yang sahih.

AL-ASWAD BIN YAZID AL-NAKHAIE (75H)

AL-ASWAD BIN YAZID AL-NAKHAIE (75H)

  الْأَسْوَدِ بن يزيد بن قيس بن عبدالله بن مالك النخعي

 

Nama penuhnya adalah AL-ASWAD BIN YAZID BIN QAIS BIN ABDULLAH BIN MALIK AL-NAKHAIE. Dia dipanggil dengan ABU AMRU. Dia adalah adik beradik dengan ibu Ibrahim al-Nakhaie, MULAIKAH BINTI YAZID AL-NAKHAIYYAH.

 

Dilahirkan di Yaman dan meninggal dunia di Kufah. Dikatakan bahawa dia sempat zaman Jahiliyyah dan memeluk islam, namun tidak pernah berjumpa dengan Nabi kerana dia berada di Kufah. Dia memeluk islam melalui MUAZ BIN JABAL ketika Nabi saw hantar sahabat besar itu untuk menjadi gabenor di sana. Dia bukan sekadar memeluk islam dari Muaz, bahkan belajar dari sahabat tersebut.

 

Tidak diketahui tahun kelahirannya. Namun, memandangkan dia belajar dengan Muaz bin Jabal (18SH-18H). Dalam catatan sejarah, Muaz bin Jabal dihantar oleh Nabi saw ke Yaman sebagai gabenor selepas dari perang Tabuk (9H). Dengan itu, kemungkinan ASWAD masuk islam sekitar 10 hingga 18 hijrah.

 

Kalau begitu, kemungkinan dia dilahirkan lebih awal dari itu. Mungkin sekitar tahun 1 hijrah ataupun lebih awal dari itu. Ini bukti bahawa dia adalah Mukhadram.

 

Dia seorang kerap berpuasa sunat dan solat sunat. Dikatakan juga dia kerap berulang alik ke Mekah; sama ada untuk ibadat haji atau umrah sehingga dikatakan sebanyak 80 kali. Dengan itu, ‘Amir al-Sya’bi pernah kata: كان صواما قواما حجاجا

 

KOMENTAR ULAMA;

(a)                Dianggap SIQAH oleh Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Main, Ibn Sa’ad.

(b)               Syu’bah bin al-Hajjaj kata, dia adalah رأس مال أهل الكوفة

 

Dia adalah rijal Kutub Sittah dan dianggap sebagai perawi sahih.

ABU NASR ABDUL WAHAB BIN ‘ATA AL-‘AJLI AL-KHAFFAF (204H)

 ABU NASR ABDUL WAHAB BIN ‘ATA AL-‘AJLI AL-KHAFFAF (204H)

ابو نصر عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنِ عَطَاءٍ العَجْليّ الخَفّاف

 

Dia dilahirkan di Basrah dan meninggal di Baghdad.

 

Dalam Kalangan ulama hadis, berlaku beberapa kritikan terhadapnya seperti berikut;

 

Pertama, MUDHTARIB

 

Antara yang mengatakan begitu adalah Imam Ahmad bin Hambal.

 

Kedua, DOIF.

 

Selain imam Ahmad, turut mengatakan perkara yang sama adalah al-Bazzar, al-Nasaie, Zakaria bin Yahya al-Saji.

 

Al-Bukhari anggap dia sebagai tidak kuat, tetapi masih lagi terbuka kepada kritikan balas.

 

Ketiga, SODUQ KADANGKALA TERSILAP

 

Yang mengatakan sebegitu adalah Abdul Rahman al-Mubarakpuri, al-Asqalani dan Saleh bin Muhammad Jazrah yang menyebabkan dianggap tidak boleh terima riwayatnya berkenaan al-Abbas bin Abd al-Muttalib.

 

Keempat, TADLIS DARI SUR

 

Yang mengatakan sebegitu adalah ibn Hajar al-Asqalani dan Abdul Rahman al-Mubarakpuri.

 

Pun begitu, terdapat beberapa pujian terhadap ABDUL WAHAB BIN ‘ATA seperti berikut;

 

Pertama, SIQAH

 

Ramai yang kata sebegitu seperti  Yahya Bin Ma’in, al-Daraqutni, al-Hasan bin Sufyan, Abu Bakar al-Maruzi, Abu Hafs Umar bin Syahin, Ibn Hibban dan sebagainya.

 

Kedua, AMAT TAHU BERKENAAN SA’ID BIN ARUBAH

 

Hal ini diakui oleh Imam Ahmad Bin hanbal, dalam pada Imam Ahmad akui bahawa dia seorang doif dan tadlis.

 

Dari segala kritikan dan pujian itu, dapat disimpulkan darjatnya dalam periwayatan hadis adalah HASAN. Hal ini diakui oleh Imam al-Zahabi.