Friday, February 25, 2022

AL-QA’QA’ BIN HAKIM AL-KINANI AL-MADANI (101H)

 

AL-QA’QA’ BIN HAKIM AL-KINANI AL-MADANI (101H)

 الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ الكناني المدني

 

Seorang ulama hadis dari Madinah dan merupakan rijal kutub sittah kecuali al-Bukhari sahaja.

MUHAMMAD BIN ‘AJLAN AL-QURASHI (148H)

 

MUHAMMAD BIN ‘AJLAN AL-QURASHI (148H)

 مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ القرشي

 

Seorang ulama hadis yang terkenal dengan alim dalam bidang fiqh, serta seorang ‘abid, iaitu orang yang kaki ibadat.

 

Dia berasal di Madinah serta membesar, belajar, mengajar serta meninggal dunia di kota Nabi itu.

 

Tidak diketahui tahun kelahirannya secara tepat, tetapi al-Zahabi menyatakan bahawa dia dilahirkan di era pemerintahan Abdul Malik bin Marwan.

 

Semua kitab sittah meriwayatkan hadis dia kecuali al-Bukhari sahaja riwayatkan secara mutaba-ah.

 

Dikatakan bahawa dia ada satu halaqah di Masjid Nabawi dan di situ dia menjawab banyak soalan-soalan fiqh dan mengeluarkan fatwa.

 

Di sana terdapat beberapa tajrih ulama terhadapnya. Antaranya, didakwa bahawa dia seorang yang mudhtarib hadis jika dia ambil hadis dari Nafi’. Hal ini dinyatakan oleh Abu Ja’far al-‘Uqaili.

 

Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia celaru dalam meriwayatkan hadis-hadis yang melibatkan Abu Hurairah. Dalam pada itu, Ibn al-Hajar tetap akui bahawa dia soduq.

 

ABDULLAH BIN MUHAMMAD AL-NUFAILI (144H-238H)

ABDULLAH BIN MUHAMMAD AL-NUFAILI (144H-238H)

ابو جعفر عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ

 

Nama betul beliau adalah ABDULLAH BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN NUFAIL. Guru Imam Abu Daud ini berasal dari Haran yang kini berada dalam wilayah Turki. Dia adalah murid kepada Imam Malik. Dia adalah Rijal al-Bukhari, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.

 

a.                  Dia dianggap siqah oleh al-Nasaie, al-Asqalani, al-Daraqutni dan Abdul Baqi bin Qani’ al-Baghdadi

b.                  Abu Daud kata, aku tidak nampak ada orang yang lebih hafaz berbanding dia.

c.                   Al-Zahabi kata, dia seorang al-Hafiz.

Muhammad bin Muslim bin Warih, dia salah satu rukun dari rukun-rukun agama.


ABDULLAH BIN AL-MUBARAK BIN WADIH AL-HANZALI AL-MARUZI (118H-181H)

ABDULLAH BIN AL-MUBARAK BIN WADIH AL-HANZALI AL-MARUZI (118H-181H)

عبد الله ابْنِ الْمُبَارَكِ بن واضح الحنظلي المروزي

 

Seorang ulama terkenal dalam banyak tradisi ilmu, terutama dalam bidang ilmu hadis.

 

Dia berasal dari Kota Moro yang kini berada dalam wilayah Turkmenistan, dan meninggal di Hit, Iraq.

 

Menurut Abdul Rahman bin Abi Hatim:

 

سمعت أبي يقول: كان ابن المبارك ربع الدنيا بالرحلة في طلب الحديث، لم يدع اليمن ولا مصر ولا الشام ولا الجزيرة والبصرة ولا الكوفة

“Aku dengar bapaku berkata: Ibn al-Mubarak mencari ilmu sehingga menjelajah satu perempat dunia. Dia tidak tinggal yaman, mesir, syam, jazirah, basrah dan kufah”

 

Dia adalah murid kepada Imam Abu Hanifah dan imam Malik serta Rijal kutub al-Sittah. Dia seorang perawi siqah lagi sahih.


SAHABAT: SALMAN AL-FARISI (33H)

SAHABAT: SALMAN AL-FARISI (33H)

سَلْمَانَ الفارسي

 

Dia berasal dari Farsi (Iran). Asalnya, dia beragama majusi. Lepas tu, masuk NASRANI. Dia ke Syam, kemudian ke Yasrib (Madinah).

 

Semasa Nabi sampai di Madinah, dia masih hamba kepada yahudi Bani Quraizah.

 

Menurut ceritanya, asalnya dia ditipu oleh kaum Bani Kalb semasa dia   hendak berpindah ke arab. Dia dibeli oleh seorang yahudi—kemudian dijual pula kepada yahudi bani Quraizah.

 

Dia adalah hamba mukatab, iaitu hamba yang perlu membayar sejumlah bayaran untuk dimerdekakan.

 

Cerita popular tentangnya, idea gali parit dalam perang Khandaq yang berlaku pada tahun ke-5 Hijrah.

 

Selepas wafat Nabi, dia terlibat pembukaan Iraq. Setelah pembukaan Iraq, dia menetap di sana sehingga meninggal dunia, iaitu di era pemerintahan Saidina Osman bin Affan.


ABDUL RAHMAN BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (83H)

 

ABDUL RAHMAN BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (83H)

عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ بن قيس النخعي

 

Salah seorang rijal Kutub Sittah ini, dilahirkan di Yaman dan dibesarkan dan meninggal di kufah.

 

Dia adalah bapa saudara kepada Ibrahim (mak Ibrahim adalah adik perempuan Abdul Rahman).

 

Adik dia adalah AL-ASWAD BIN YAZID AL-NAKHAIE (75H) juga merupakan ulama hadis yang terkenal.

 

Dikatakan dia meninggal di Kufah di era pemerintahan AL-HAJJAJ BIN YUSUF AL-SAQAFI.  

SULAIMAN BIN MIHRAN AL-A’MASH (61H-148H)

 

SULAIMAN BIN MIHRAN AL-A’MASH (61H-148H)

 سليمان بن مهران الْأَعْمَشِ

 

Dia adalah rijal Kutub al-Sittah. Dia dilahirkan di Tabaristan dan meninggal dunia di Kufah. Namun, dikatakan asal dari keturunan Iran. Menurut dakwaan ramai bahawa dia dilahirkan pada hari Saidina Husain dibunuh, iaitu pada 10 Muharram tahun 61 hijrah. Dikatakan juga bahawa bapanya ada di tempat pembunuhan Saidina Husain itu. Dikatakan, dia dilahirkan di perkampungan ibunya di Tabaristan (sekarang dibawah Iran)

 

Semasa kecil, keluarganya telah membawanya berhijrah ke Kufah pada tahun 61H. Ada dakwaan menyatakan, ketika itu dia belum lagi dilahirkan, bahkan masih dalam kandungan ibunya lagi.

 

Dia dikenal sebagai al-‘amash kerana semenjak kecil, dia dihinggapi penyakit mata yang dalam perkataan al-A’mash bermaksud mata selalu kelihatan berair.

 

Dia adalah Tabiin yang digelar oleh al-Zahabi sebagai Syaikh al-Muhaddisin (guru segala ulama hadis).  Dia bukan sekadar alim dalam bidang hadis, malahan alim dalam bidang al-Quran, Qiraat dan ilmu Faraid. Dia terkenal dengan kuat beribadat.

 

Al-Zahabi kata, sulaiman selalu buat tadlis. Kadangkala dia tadlis dari perawi lemah tanpa dia tahu.

 

Apabila dia kata: haddasana, itu tidak mengapa. Tetapi, apabila dia kata, عن maka itu ada kemungkinan ada tadlis.

 

Namun, tadlis dia tidak menjadi salah jika dia ambil dari guru-guru hebat seperti Ibrahim, Ibn Abi Wail, Abi Soleh al-Siman. Semua ini, ada kemungkinan sanad bersambung. (NAQD MUTUN AL-AHADIS I’NDA AL-HAFIZ IBN KATHIR FI KITABIHI AL-QURAN AL-AZIM, Dr. Wadhah Abd al-hadis Abd al-Rahman al-Muri. (tesis master), hlm 246)

 

Komen Syaikh Khalid al-Darayyis, kalau al-A’mash tidak sarih kata dia dengar dari jalur yang diyakini, maka itu perlu dilihat pada dua bahagian

 

Satu: عنعنة yang ada kemungkinan bersambung sanad.

n  Iaitu, jika dikeluarkan dari sahih bukhari dan muslim sebagai usul, bukan sebagai syawahid dan mutaba-ah.

n  Boleh diterima, jika dari kitab Sahih ibn Hibban. Kerana, Ibn Hibban pernah kata dalam muqaddimah kitabnya, bahawa dia tidak akan keluarkan hadis yang mudallis kecuali dia dapati ada wajah lain yang سماع.

n  Syu’bah yang ambil hadis dari al-A’masy boleh diterima, walaupun guna عن kerana riwayat itu mesti dia pernah dengar hadis.

n  Hafs bin Ghiyas yang ambil hadis dari al-A’mash.

n  Apabila A’masy riwayat hadis yang tidak ada sebarang pengkritik hadis mengkritik hadis terbabit, serta tidak ada mungkar pada matan hadis tersebut, maka عنعنة al-A’mash itu adalah bersambung sanad.

 

Kedua: kemungkinan tidak bersambung sanad.

n  Iaitu, jika dalam jalur lain terdapat ia tidak tadlis. Seperti dia bawa dalam jalur lain menggunakan حدثت atau بلغني dll. Maka sanad yang guna عنعنة dianggap terputus sanad.

n  Dilihat kepada guru-guru tertentu seperti Mujahid. Dia pernah kata, dia tidak dengar hadis dari mujahid kecuali 4 hadis sahaja.

n  Begitujuga, guru bernama SAID BIN JUBAIR. Itu perlu disebut حدثنا maka boleh dianggap muttasil. Jika sekadar عن maka hadisnya terputus sanad.

n  Jika hadis itu, matannya mungkar, seperti hadis yang ada perawi ahli bid’ah yang kandungan matannya mengangkat kebid’ahannya.

n  Contohnya: al-Bukhari illatkan hadis riwayat al-‘Amash yang ambil hadis dari Salim yang berkaitan dengan kesyiahan.  (NAQD MUTUN AL-AHADIS I’NDA AL-HAFIZ IBN KATHIR FI KITABIHI AL-QURAN AL-AZIM, Dr. Wadhah Abd al-hadis Abd al-Rahman al-Muri. (tesis master), hlm 250)

 

IBRAHIM BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (47H-96H)

 

IBRAHIM BIN YAZID BIN QAIS AL-NAKHAIE (47H-96H)

 عَنْ إِبْرَاهِيمَ بن يزيد  بن قيس النخعي

 

Ini salah seorang ulama yang terkenal dalam kalangan penuntut ilmu, iaitu IBRAHIM AL-NAKHAIE. Dia terkenal dengan alim dalam bidang hadis, fiqh dan seorang qari dari kufah.

 

Dia berasal dari Yaman dari etnik Al-Nakha’ yang dengan sebab itu beliau disebut sebagai al-Nakhaie. Dia meninggal di kufah, Iraq.

 

Dia adalah anak saudara kepada Alqamah bin Qais al-Nakhaie. Ibunya bernama MULAIKAH BINTI YAZID AL-NAKHAIEYYAH yang merupakan kakak kepada AL-ASWAD dan ABDUL RAHMAN bin YAZID AL-NAKHAIE; kedua-dua ini adalah ulama hadis yang terkenal dan tabiin yang terkenal di kufah.

 

Dia terkenal dengan seorang yang zuhud dan rajin beribadat. Isterinya yang bernama HUNAIDAH pernah bercerita bahawa suaminya itu sentiasa berpuasa dengan puasa Nabi Daud, iaitu berpuasa selang sehari.

 

Dia meninggal semasa pemerintahan al-Walid bin Abdul Malik pada tahun 96 Hijrah, iaitu empat hingga lima bulan selepas kematian al-Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi.

 

Rijal kutub al-Sittah. Menurut Abdullah bin Aun bahawa Ibrahim al-Nakhaie antara ulama yang meriwayatkan hadis dengan makna. Dalam pada itu, dia terkenal dengan kefaqihan dan ijtihad.

 

Ada beberapa kritikan berkenaan beliau. Antaranya, andai ada dakwaan mengatakan bahawa dia menerima hadis dari Abu Sa’id al-Khudri, Umar bin al-Khattab, Ali bin Abi Talib, Ibn Mas’ud dan Abu Abdullah al-Jadali, maka dakwaan itu tidak boleh diterima.

 

Al-Hakim pula senaraikan dia salah seorang perawi Mudallis. Ibn Hajar al-Asqalani pula kata, dia banyak melakukan mursal. Pun begitu, al-‘Alai kata bahawa di sana terdapat Jemaah dari kalangan imam-imam hadis menganggap sahih mursal Ibrahim.

 

Abu Hatim kata, Ibrahim memang pernah berjumpa Aisyah, tetapi ketika itu dia masih kecil, iaitu dalam satu ibadat haji yang dia tunaikan bersama dengan bapa saudaranya. Ekoran itu, sebarang hadis yang dikatakan dia ambil dari Aisyah tidak boleh diterima.

ABU MUAWIYYAH MUHAMMAD BIN KHOZIM AL-DHORIR (113H-194H)

 

ABU MUAWIYYAH MUHAMMAD BIN KHOZIM AL-DHORIR (113H-194H)

 أَبُو مُعَاوِيَةَ مُحَمَّدُ بْنُ خَازِمٍ الضرير

 

Dia berasal dari kufah dan berlegar di sekitar Baghdad dan Kufah dan meninggal di Kufah.

 

Ada beberapa kritikan yang dilakukan oleh ulama berkenaan beliau seperti berikut;

 

Pertama, didakwa bahawa beliau seorang penganut Murji-ah. Hal ini mengikut dakwaan ramai ulama seperti Abu Hatim bin Habban al-Basti, Ahmad bin Soleh al-Jili, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Zahabi, al-Waqidi dan Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi.

 

Lebih berat dari itu, Abu Daud menyatakan bahawa dia adalah ketua penganut Murji-ah di Kufah. Abu Zur’ah al-Razi pula kata, dia bukan sekadar penganut, bahkan menyeru manusia kepada fahaman tersebut.

 

Kedua, didakwa dia seorang mudallis sepertimana kata Ahmad bin Hamzah bin Abi Tahir, al-Waqidi dan Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi.

 

Ketiga, didakwa bahawa dia mudhtarib kecuali hadis yang dia ambil dari al-A’mash sahaja, sepertimana kata Ahmad bin Hanbal dan Abdul Rahman bin Yusuf bin Khirash.

 

Keempat, didakwa bahawa dia seorang ada buat silap dan waham dalam periwayatan hadis, sepertimana kata Ibn Hajar al-Asqalani dan Yahya bin Ma’in.

 

Kelima, lebih berat lagi, ada menganggap dia seorang pemungkar hadis, andai dia ambil hadis dari Ubaidullah bin Umar bin al-Khattab, sepertimana kata Yahya bin Ma’in. Dalam kata lain, jika dia ambil hadis dari Ubaidullah, maka riwayatnya itu hendaklah ditolak.

 

Dalam pada itu, terdapat beberapa factor yang menyebabkan riwayatnya diterima dengan alasan berikut:

 

Pertama, dia salah seorang dari rijal kutub sittah.

 

Kedua, beliau diakui seorang yang penghafaz hadis serta tekun, sepertimana kata Abu Hatim bin Habban al-Basti, al-Waqidi dan al-Zahabi.

 

Ketiga, dia disenaraikan juga sebagai salah seorang perawi siqah, sepertimana kata Ahmad bin Soleh al-Jili, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Waqidi dan Ya’qub bin Syaibah al-Sadusi.

 

Keempat, yang paling dipercayai adalah apabila dia mengambil hadis dari al-‘Amash (seperti dalam hadis ini), kerana dia amat hafal hadis yang dia belajar dari al-A’mash tersebut. Hal diperakui oleh ramai ulama seperti Ahmad bin Hanbal, Ibn Hajar al-Asqalani, al-Zahabi, Abdul Rahman bin Yusuf bin Khirash dan Yahya bin Main

SAHABAT: ZAID BIN ARQAM (68H)

 

SAHABAT: ZAID BIN ARQAM (68H)

زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ

 

Dilahirkan di Madinah dan meninggal di Kufah. Dia adalah salah seorang sahabat dari etnik Khazraj. Justeru, salah seorang sahabat dari kalangan al-Ansar.

 

Semasa dilahirkan, bapanya sudah meninggal dunia. Justeru, dia berada dalam jagaan seorang sahabat yang terkenal bernama ABDULLAH BIN RAWWAHAH yang terkenal dengan pemegang tali kekang unta nabi semasa Umrah al-Qadha’ yang berlaku pada 7 hijrah.

 

Dalam perang Siffin, dia berpihak kepada SAIDINA ALI

 

Dalam sejarah perang bani Mustaliq pada tahun 5 Hijrah. Dia ikut sama. Ketika itu, dia dengar Abdullah bin Ubai yang merupakan ketua Munafiq pada zaman itu mahu mengeluarkan orang islam dari Madinah.

 

Dia laporkan hal itu kepada Nabi saw. Baginda pun memanggil Abdullah bertanyakan hal itu, tetapi ketua munafiq tersebut menafikan dan menuduh Zaid bin Arqam memfitnahnya.

 

Keadaan itu menyebabkan Zaid bin Arqam sedih terdapat dakwaan Abdullah bin Ubai tersebut. Kejadian itu menyebabkan Allah turun firmanNya dari surah al-Munafiqin dari ayat 1 sampai ayat 8.

ABU KHATTAB QATADAH BIN DI’AMAH AL-SADUSI (61H-117H)

 

ABU KHATTAB QATADAH BIN DI’AMAH AL-SADUSI (61H-117H)

ابو خطاب قَتَادَةَ بن دعامة السدوسي

 

Dia dilahirkan di Wasit, Iraq dan meninggal di tempat yang sama. Dia meninggal disebabkan penyakit Taun.

 

Beliau merupakan guru kepada Imam Abu Hanifah. Dia juga merupakan Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah dan sahih.

 

Dari sudut ini, sudah cukup untuk dikatakan bahawa riwayatnya boleh diterima. Tambahan pula, banyak pujian terhadapnya seperti Ahmad bin Hanbal pernah sebut bahawa dia antara penduduk basrah yang hafalannya kuat yang dia tidak akan dengar sesuatu kecuali pasti dia akan ingat.

 

Namun, di sana terdapat kritikan sebilangan ulama hadis seperti berikut:

a.                  Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia siqah, tetapi dimasukkan namanya salah seorang dari senarai perawi mudallis, bahkan popular sifat tadlis beliau.

b.                  Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia antara ulama yang alim berkenaan al-Quran dan fiqh, malah antara ulama yang kuat hafalan pada zamannya. Namun, dia mudallis.

c.                   Al-Zahabi juga menyatakan bahawa dia dalam senarai mudallis.

d.           Dalam hadis ke-92 Sunan Abi Daud, apabila Abu Daud kemukakan sanad hadis bahawa QATADAH ambil dari SOFIYYAH dengan عنعنة, lalu dibawa pula sanad lain yang menggunakan السماع—menurut AL-SAHRANPURI bahawa secara tidak langsung, Abu Daud anggap dia perawi mudallis.


KOMENTAR POSITIF;

A.        Ahmad kata, dia adalah penduduk basrah yang kuat hafalan. Dia tidak akan dengar kecuali pasti dia akan ingat.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN;

B.        ASQALANI kata, dia siqah tetapi dia terkenal dengan tadlis.

C.         ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia alim Quran dan Fiqh, bahkan kuat hafalan. Namun, dia mudallis.

D.        ZAHABI letak dalam senarai mudallis.

ABU MALIK AL-NADHIR BIN ANAS BIN MALIK AL-ANSARI AL-BASRI (105H)

 

ABU MALIK AL-NADHIR BIN ANAS BIN MALIK AL-ANSARI AL-BASRI (105H)

ابو مالك النَّضِرِ بْنِ أَنَسٍ بن مالك الأنصاري البصري

 

Beliau adalah tabiin yang merupakan anak kepada salah seorang sahabat nabi yang terkenal, iaitu Anas bin Malik.

 

Dia tinggal di Basrah dan satu zaman dan tempat dengan al-Hasan al-Basri, tetapi dia meninggal lebih awal berbanding al-Hasan. Malahan, semasa urusan jenazahnya, al-Hasan turut hadir.

 

Dia adalah rijal al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasaie dan Ibn Majah.

AMRU BIN MARZUQ (130H-224H)

 

AMRU BIN MARZUQ (130H-224H)

عَمْرُو بْنُ مَرْزُوقٍ

 

Guru Imam Abu Daud ini berasal dari Basrah.

 

Namanya tidak terdapat dalam mana-mana kitab sunan sittah kecuali sebagai guru Imam Abu Daud dan al-Bukhari secara mutaba-ah sahaja.

 

Terdapat beberapa kritikan dari sebilangan ulama hadis berkenaan guru Imam Abu Daud yang ini seperti berikut;

 

a.                  Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, kadangkala dia tersalah, tetapi tidaklah terlalu banyak.

b.                  Al-Hakim al-Naisaburi kata, dia buruk hafalan.

c.                   Ahmad bin Soleh al-Jili kata, dia doif.

d.                  Al-Daraqutni kata, dia soduq yang banyak waham.

e.                  Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia siqah yang ada waham. Imam al-Bukhari tidak mengeluarkan hadis Amru bin Marzuq ini kecuali dua hadis sahaja. itupun sebagai mutaba-ah sahaja.