ABU ‘ALIYAH (93H)
أَبَو الْعَالِيَةِ
Nama sebenarnya adalah RUFAIYY’ BIN MIHRAN AL-RAYYAHI
Menurut ALI BIN AL-MADINI, dia sempat di era Jahiliyyah. Namun, peluk islam dua tahun selepas Nabi wafat (manhal:1/290) bermakna, dia seorang MUKHADRAM (Arnaut:1/64)
Dia sempat dengan Abu Bakar dan pernah menunaikan solat Jemaah dengan menjadi makmum kepada Saidina Umar dan mendengar hadis dari Saidina Umar. (Bazl:1/183)
Dia pernah berkata: Aku sempat khatamkan al-Quran di era Umar sebanyak tiga kali.
ASIM AL-AHWAL pernah berkata: Abu al-‘Aliyah ada sikap bahawa apabila berhimpun kepadanya lebih dari kadar 4 orang, dia akan bangun dan pergi (tasawwut:2/618)
KOMENTAR ULAMA:
(a) IBN HAJAR AL-ASQALANI kata, dia tabiin besar yang popular dengan gelarannya (manhal:1/290)
(b) Dianggap SIQAH oleh IBN MAIN, ABU ZUR’AH & ABU HATIM (manhal:1/290)
(c) ABU AL-QASIM kata, ulama ijmak bahawa dia siqah. Cuma dia banyak lakukan IRSAL (manhal:1/290)
(d) ABU BAKAR BIN ABI DAUD kata, tidak ada seorang pun orang selepas sahabat yang lebih tahu berkenaan al-Quran kecuali Abu al- ‘Aliyah. Selepas beliau adalah SA’ID BIN JUBAIR (tasawwut:2/618)
(e) IBN ‘ADI kata, hadis-hadis yang dia riwayat adalah SOLEH.
(f) AL-LAKAIE kata, ijmak ulama bahawa dia siqah. (Bazl:1/184)
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.
Nama perawi ini disebut dalam Sunan Abi Daud untuk kali pertama, iaitu hadis ke-87.
No comments:
Post a Comment