Tuesday, October 25, 2022

SOFWAN BIN SULAIM AL-MADANI AL-QURASHI AL-ZUHRI (60H-132H)

 SOFWAN BIN SULAIM AL-MADANI AL-QURASHI AL-ZUHRI (60H-132H)

صَفْوَانَ بْنِ سُلَيْمٍ المدني القرشي الزهري

 

Ulama Madinah ini dipanggil sebagai ABU ABDILLAH. Ada kata, ABU AL-HARIS.

 

Dia adalah TABIIN—sempat berjumpa dengan IBN UMAR, JABIR BIN ABDILLAH, ‘ATA’ BIN YASAR dan sebagainya.

 

Bapanya adalah bekas hamba kepada HUMAID BIN ABDUL RAHMAN BIN AUF yang dimerdekakan.

 

Dalam penceritaan SUFYAN BIN UYAYNAH, SAFWAN bersumpah bahawa dia tidak mahu tidur dalam keadaan berbaring sehingga meninggal dunia. Dengan itu, dia tidur dalam keadaan bersandar dan duduk selama 30 tahun. Apabila dekat dengan saat kematian, anak perempuannya berkata: Wahai bapaku, apalah kiranya kamu berbaring. Dia menjawab: wahai anakku, kalau begitu, siapa yang mahu sempurnakan nazar dan sumpahku. Dia mati dalam keadaan sedang duduk. (Tawassut:2/576)

 

Dia adalah TABIIN. Antara sahabat-sahabat nabi yang dia pernah jumpa adalah ABDULLAH BIN UMAR, JABIR BIN ABDILLAH, ABDULLAH BIN JAA’FAR dan ‘ATA’ BIN YASAR.

 

Dia pernah dengar hadis dari sahabat berikut; ANAS BIN MALIK, HUMAID BIN ABDIL RAHMAN, ABDUL RAHMAN BIN ABI SA’ID AL-KHUDRI. (Aini:1/231)

 

KOMEN ULAMA:

(a)                Dianggap SIQAH oleh IBN SA’AD, YAQUB BIN SYAIBAH, AHMAD. (Manhal:1/277)

(b)               IBN SA’AD kata, dia siqah dan banyak riwayatkan hadis serta seorang ahli ibadat.

(c)                YAA’QUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah sabat dan masyhur dengan ibadat.

(d)               AHMAD berkata, lelaki ini umpama minta air, maka mencurah air turun dari langit (memuji dari sudut hafalannya). (Ruslan:1/584 |Tawassut:2/576)

(e)                WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, ulama sepakat bahawa dia dibuat hujah serta kelebihan dia dari sudut kezuhudan dan ibadat. (Tawassut:2/576)

(f)                 ANAS BIN ‘AYYADH kata, aku dapati cara dia beribadat seperti esok sudah mahu kiamat.

(g)                AL-SAHRANPURI dan IBN HAJAR kata, dia dituduh sebagai penganut QADARIYYAH. (Bazl:1/175)

 

Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-83.

No comments:

Post a Comment