Friday, May 26, 2023

HISYAM BIN AMMAR BIN NUSAIR BIN MAISARAH BIN ABAN AL-SULAMI @ ABU WALID AL-DIMASYQI (153H - 245H)

هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ الدِّمَشْقِيُّ

[] HISYAM BIN AMMAR BIN NUSAIR BIN MAISARAH BIN ABAN AL-SULAMI @ ABU WALID AL-DIMASYQI (153H - 245H[1])

 

[] Dilahirkan dan meninggal dunia di Damsyiq, Syria. Dia pernah sampai Madinah.

 

[] Dia adalah Imam, ulama hadis, mufti serta ahli qari di Damsyiq. Al-Zahabi senaraikan salah seorang ulama Qiraat.

 

[] Rijal Bukhari, Abu Daud, Nasaie dan IBN Majah. Tarmizi Ambil hadisnya melalui Bukhari. muslim tidak ambil hadisnya[2].

 

[] KOMENTAR POSITIF;

·       Dianggap siqah oleh IBN AL-JUNAID, AHMAD AL-IJLI, AL-NASAIE dan IBN MAIN. IBN MAIN kata juga bahawa Hisham bukan pembohong[3].

·       YAHYA BIN MAIN kata, dia كيس كيس[4]

·        AL-IJLI kata, dia siqah. Di waktu lain pula kata, dia Soduq[5].

·       NASAIE kata, dia لا بأس به[6]

·       DARAQUTNI kata, dia Soduq dan besar kedudukan[7].

·       ABU HATIM kata, hafalannya berubah selepas dia tua. Ketika dia ditalqin, dia ingat balik. Dia baca dari kitabnya. Dia Soduq[8].

·       IBN WARAH kata, aku berhenti dari menulis hadis Hisham kerana dia selalu menjual hadis[9].

·       MUHAMMAD BIN YASAR kata, Hisyam ditalkinkan. Dia ditalkinkan pada semua perkara[10].

·        Dia ada dengar hadis dari MA'RUF AL-KHAYYAT ABI AL-KHATTAB AL-DIMASYQI, sedangkan MA'RUF tidak siqah[11].



[1] Menurut al-Bukhari, dia meninggal tahun 245 hijrah. Ada dakwaan kata, dia mati pada 244, ada pula kata, 246 H

[2] Mastariq:1/102

[3] Masyariq:1/102

[4] Masyariq:1/102

[5] Masyariq:1/102

[6] Masyariq:1/102

[7] Masyariq:1/102

[8] Masyariq:1/102

[9] Masyariq:1/102

[10] Masyariq:1/102

[11] Masyariq:1/102

No comments:

Post a Comment