Tuesday, October 25, 2022

WUHAIB BIN KHALID BIN ‘AJLAN (107H-165H)

 WUHAIB BIN KHALID BIN ‘AJLAN (107H-165H)

 وُهَيْبٌ بن خالد بن عجلان

 

Dia dipanggil dengan ABU BAKAR AL-NASRI AL-KARABISI. Dia adalah atba’ al-tabiin.

 

Menurut MUHAMMAD BIN SA’AD, sebelum dia meninggal dunia, dia dipenjarakan dan matanya buta dalam penjara.

 

KOMENTAR POSITIF

(a)                 ABU HATIM AL-RAZI kata, hampir tidak berjumpa bahawa dia ambil hadis dari perawi doif. Selepas Syu’bah, tidak ada yang lebih berkenaan rijal kecuali dia.

(b)               AL-IJLI kata, dia sabat siqah

(c)                IBN HIBBAN letak dalam senarai AL-SIQAT dan kata, dia mutqin.

(d)               AL-ASQALANI kata, dia siqah sabat tetapi ketika hampir sangat dengan kematian, hafalannya berubah.

(e)               SOLEH BIN AHMAD BIN HAMBAL ambil dari bapanya, ليس به بأس

(f)                 IBN MAIN kata, dia antara guru-guru basrah yang paling sabat.

(g)                IBN MAHDI kata, dia orang yang cukup tahu berkenaan ahli hadis dan rijalnya.

(h)               QUTAIBAH BIN SA’ID kata, para huffaz hadis ini ada empat orang: (1) IBN ULAYYAH, (2) ABD AL-WARIS, (3) WUHAIB, dan (4) YAZID BIN ZURAI’.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.

 

Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-85.

No comments:

Post a Comment