SA’ID BIN SALAMAH AL-MAKHZUMI AL-BAHILI
سَعِيدِ بْنِ سَلَمَةَ المخزومي الباهلي
Dia dari keturunan ال الأزرق, iaitu merujuk kepada keluarga bernama UQBAH BIN AL-AZRAQ.
Dalam tahqiq Musnad Ahmad (12/171| hadis no: 7233), ARNAUT kata, ulama berbeza pendapat berkenaan nama sebenarnya;
(a) SALAMAH BIN SA’ID
(b) ABDULLAH BIN SA’ID AL-MAKHZUMI
KOMENTAR ULAMA:
(a) Dianggap SIQAH oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN.
(b) IBN HAZM kata, dia majhul al-Ain dan al-Hal. Namun, pendapat ini dibantah oleh Waliyuddin al-Iraqi dengan kata bahawa selain SAFWAN BIN SULAIM, ada perawi lain yang turut ambil hadis darinya, iaitu AL-JULAH BIN YAHYA ABU KATHIR. Justeru, ternafi MAJHUL AL-AIN. (Tawassut:2/563-4)
Ulama Madinah ini adalah rijal Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah.
Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-83.
No comments:
Post a Comment