Tuesday, October 25, 2022

‘ATA’ BIN ABI RABAH (27H-114H)

 ‘ATA’ BIN ABI RABAH (27H-114H)

عَطَاءٍ بن ابي رباح

 

Ulama fiqh tabiin ini dipanggil ABU MUHAMMAD AL-QURASHI.

 

Ada kata, nama betulnya adalah ASLAM BIN SAFWAN AL-MAKKI. Menurut AL-WAQIDI dan AL-FALLAS, umurnya mencecah 88 tahun. Kata IBN ABI LAILA pula, umurnya mencecah 100 tahun.

 

Dia dilahirkan di akhir pemerintahan Saidina Osman di kota TA’IZ تعز, Yaman (di kota Muaz bin Jabal (18H) duduk di yaman), dibesarkan, menuntut ilmu dan mati di Mekah.

 

Dia sempat berjumpa dengan AQIL BIN ABI TALIB dan ABU AL-DARDA’.

 

Dia adalah guru kepada ABU HANIFAH, AYUB AL-SAKHTIYANI, AL-ZUHRI, AL-AWZAIE & sebagainya (manhal:1/288)

 

Daripada KHALID BIN ABI AWFA bahawa ‘ATA’ berkata: aku sempat jumpa seramai 200 orang sahabat nabi. (Bazl:1/183)

 

Antara tabiiin yang paling banyak ambil hadis dari AISYAH, disamping ABU HURAIRAH, UMMU SALAMAH, UMMU HANI’, IBN ABBAS, IBN AMRU, JABIR, IBN AL-ZUBAIR, MUAWIYAH, ABU SA’ID DLL.

 

KOMENTAR ULAMA; (manhal:1/288)

(a)                Dia dianggap SIQAH oleh IBN MA’IN, ABU ZUR’AH dan IBN SA’AD.

(b)               IBN SA’AD kata, dia alim dan banyak riwayatkan hadis serta memberikan fatwa di mekah.

(c)                Al-Zahabi kata, dia sabat redha imam dan hujjah untuk ilmu ini.

(d)               IBN HIBBAN nyatakan bahawa dia dari kalangan tabiin yang alim, faqih, warak dan mempunyai kelebihan.

(e)               ABDUL AZIZ BIN RUFAIY’ kata, suatu hari ‘Ata’ ditanya fatwa. Dia jawab: aku tidak tahu. Lalu orang bertanya itu kata: apakah tidak kamu memberikan jawapan hal ini dengan pandangan kamu? Dia jawab: Aku malu beragama di bumi ini dengan pandangan aku.

(f)                 AHMAD pernah bercerita satu kisah panjang yang dia ambil dari ‘Ata; yang ‘Ata’ ambil dari Aisyah. Kata Ahmad: ia tidak boleh dibuat hujah kecuali ‘Ata berkata: aku telah mendengar سمعت

(g)                SULAIMAN BIN HARB pernah cerita bahawa gurunya, QAIS BIN SA’AD tidak hadir majlis ilmu gurunya, ‘ATA. Makanya, Sulaiman pun tanya, kenapa begitu? Jawab QAIS: dia sudah lupa dan berubah hafalannya. (Bazl:1/183)

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah.


Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 86.

No comments:

Post a Comment