Tuesday, October 25, 2022

DAUD BIN ABI HIND (137H)

 DAUD BIN ABI HIND (137H)

دَاوُدَ بن ابي هند

 

Nama sebenarnya bapanya adalah DINAR BIN ‘AZAFIR. Ada pihak kata, nama bapanya adalah TOHMAN AL-BASRI.

 

Dia dipanggil dengan ABU MUHAMMAD AL-KHURASANI AL-BASRI. Ada kata, ABU BAKAR.

 

Dia terkenal dengan alim dalam bidang Tafsir dan hadis, serta bekerja sebagai tukang jahit.

 

Dia bukan sekadar penduduk basrah, bahkan mufti yang menjadi rujukan hukum di basrah pada zamannya.

 

Dia adalah seorang tabiin. Dia pernah melihat ANAS BIN MALIK. Cukup seseorang itu dianggap tabiin, hanya dia pernah melihat sahabat sahaja (tasawwut:2/615)

 

Menurut ABU HATIM AL-BASTI, DAUD terkenal dengan warak dan kelebihan. Ramai orang menggelarkan dia Daud al-Qari.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)                Dianggap SIQAH oleh AL-IJLI, IBN MA’IN, ABU HATIM & AL-NASAIE (manhal:1/286)

(b)               WALIYUDDIN AL-IRAQI kata, dia hafiz imam mutqin dan muttafaq alaih (Tawassut:2/615)

(c)                 AL-SAURI kata, dia seorang huffaz dari kalangan penduduk basrah (Manhal:1/286, Bazl:1/181)

(d)                YAAQUB BIN SYAIBAH kata, dia siqah sabat (manhal:1/286)

(e)               IBN SA’AD kata, dia siqah dan banyak riwayat hadis (manhal:1/286)

(f)                 HAMMAD BIN ZAID kata, aku tidak pernah jumpa ulama yang lebih faqih berbanding daud.

(g)                Kata anak Ahmad bin Hanbal, iaitu ABDULLAH bahawa bapanya pernah sebut, DAUD adalah siqah 2x. (Bazl:1/181)

(h)               YAZID BIN ZURAI’ kata, DAUD adalah mufti penduduk Basrah.

 

KOMENTAR PERTENGAHAN

(i)                  IBN HIBBAN kata, dia ada riwayatkan hadis dari ANAS lima hadis tanpa dia dengar lima hadis itu dari ANAS. Dia adalah penduduk basrah yang terpilih mutqin dalam periwayatan. Namun, dia sering waham apabila dia riwayatkan hadis secara hafazan (manhal:1/286)

 

KOMENTAR NEGATIF:

(j)                  Daripada AL-ASRAM bahawa AHMAD kata, dia banyak idhtirab dan ikhtilaf (manhal:1/286)

 

Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud, Tarmizi, al-nasaie dan Ibn Majah. Al-Bukhari sekadar riwayat secara ta’liq dan istisyhad sahaja.

Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 85.

No comments:

Post a Comment