ABU FAZARAH
أَبو فَزَارَةَ
Nama sebenarnya adalah RASHID BIN KAISAN AL-ABSI AL-KUFI.
KOMENTAR POSITIF.
(a) IBN MA’IN kata, dia siqah.
(b) ABU HATIM kata, dia soleh.
(c) AL-DARAQUTNI kata, dia siqah dan aku tidak nampak kitab-kitab اهل النقل menyebut keburukannya. (Bazl:1/178)
(d) IBN HIBBAN senaraikan dalam al-Siqat, tetapi dengan komen: kadangkala dia tersilap.
(e) IBN ABD AL-BAR kata, dia siqah dan ليس به بأس
Dia adalah Rijal muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah. Al-Bukhari riwayatkan hadisnya dalam al-Adab. (Manhal:1/282)
AL-DARAQUTNI, IBN ‘ADI dan ABU AMRU (pengarang kitab al-ISTIGHNA) kata, Namanya adalah RASHID BIN KAISAN. (Tawassut:2/605-606). Pendapat ini di bantah oleh ulama seperti berikut;
(a) AHMAD kata, itu pendapat lemah. (Tawassut:2/605) bahkan anggap, ABU FAZZARAH dalam hadis ABDULLAH BIN MAS’UD adalah MAJHUL. (Bazl:1/179)
(b) AL-NAWAWI kata, dalam Syarh Muslim bahawa jemaah para imam hadis menyatakan, dakwaan bahawa ABU FAZARAH adalah RASHID BIN KAISAN adalah tidak benar. (Tawassut:2/605)
(c) AL-BUKHARI kata, RASHID BIN KAISAN dan ABU FAZARAH adalah dua orang yang berbeza. Demikian juga kupasan ABU AL-FATH BIN SAYYID AL-NAS (Tawassut:2/605)
(d) AL-BUKHARI sebut namanya dalam senarai الضعفاء—perawi-perawi yang lemah. (Bazl:1/179)
(e) WALIYUDDIN AL-IRAQI, AHMAD dan AL-HAKIM kata, dia majhul. (Tawassut:2/605 | bazl:1/179)
(f) Menurut pendapat IBN ABD AL-BAR, RASHID BIN KAISAN adalah siqah. (Aini:1/237)
No comments:
Post a Comment