AL-MUGHIRAH BIN ABI BURDAH (101H)
الْمُغِيرَةَ بْنَ أَبِي بُرْدَةَ
Khilaf dalam kalangan ulama berkenaan nama sebenarnya:
(a) AL-MUGHIRAH BIN ABDULLAH BIN ABI BURDAH
(b) ABDULLAH BIN AL-MUGHIRAH BIN ABI BURDAH (Bazl:1/176)
Maksud dengan BANI ABD AL-DAR itu adalah dia dari keturunan ABD AL-DAR BIN QUSOI BIN KILAB BIN MURRAH. (Bazl:1/176)
Jika dibandingkan dengan keturunan Nabi Muhammad saw seperti berikut;
[1] MUHAMMAD bin [2] ABDILLAH bin [3] ABDUL MUTTALIB bin [4] HASHIM bin [6] ABDUL MANAF bin [7] QUSOI bin [8] KILAB bin [9] MURRAH
Ini bermakna, keturunan BANI ABDIL AL-DAR ini ada hubungan dengan keluarga Nabi saw pada keturunan ke-7, iaitu pada QUSOI. Dan AL-MUGHIRAH adalah ketua kabilah ini. Dia berada di Afriqa dan Hijaz.
Dari catatan secara, dia terlibat perang laut:
(a) KUASAI ANDALUSIA (90H)—bersama Gebenor Afrika pada masa itu, iaitu Musa bin Nusair (19H-97H) perang dalam menguasai maghribi – andalusia pada tahun 90H bersama dengan panglimanya, TARIQ BIN ZIYAD (50H-101H)
(b) LAWAN KONSTENTINOPAL (98H)—Panglima perang laut untuk melawan Qastantiniyyah pada tahun 98 hijrah, di era khalifah SULAIMAN BIN ABDUL MALIK BIN MARWAN (54H-99H)
KOMENTAR ULAMA:
(a) Dianggap SIQAH oleh AL-NASAIE, IBN HIBBAN.
(b) IBN HAZM kata, dia majhul al-Ain dan al-Hal. Pendapat Ibn Hazm ini dibantah oleh WALIYUDDIN AL-IRAQI dengan menyatakan bahawa selain dari SA’ID BIN SALAMAH, terdapat perawi lain yang ambil hadis dari AL-MUGHIRAH, iaitu [1] AL-HARIS BIN YAZID, [2] ABDULLAH BIN ABI SOLEH, [3] MUSA BIN AL-ASY’AS AL-BALAWI, [4] YAHYA BIN SA’ID AL-ANSARI, [5] YAZID BIN MUHAMMAD AL-QURASHI, [6] ABU MARZUQ AL-TUJIBI DLL. (Tawassut:2/563-4)
(c) ABU DAUD kata, dia ma’ruf. (Tawassut:2/563-4)
(d) IBN HIBBAN kata, kalau ada orang kata bahawa AL-MUGHIRAH ambil hadis ABU HURAIRAH melalui bapanya, maka itu adalah WAHAM. (Bazl:1/176 |Manhal:1/277)
(e) IMAM MALIK meriwayatkan hadis dari AL-MUGHIRAH.
Dia adalah rijal Abi Daud, al-Tarmizi, al-nasaie dan ibn Majah.
Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis ke-83.
No comments:
Post a Comment