BISYR BIN MANSUR AL-SULAMI AL-BASRI (180H)
بِشْرُ بْنُ مَنْصُورٍ السلمي البصري
Dia dipanggil ABU MUHAMMAD AL-BASRI AL-AZDI, dari keturunan BANI SALAMAH, iaitu dari anak beranak MALIK BIN FAHD.
ALI BIN AL-MADINI ada kata, aku tidak pernah nampak orang yang amat takut kepada Allah kecuali BISYR BIN MANSUR. Sebelum dia meninggal dunia, dia sudah gali kubur untuknya. (Tawassut:2/616)
KOMENTAR ULAMA:
a) Dianggap SIQAH oleh AL-ZAHABI, AL-NASAIE dan ALI BIN NAS AL-JUHADHMI.
b) AHMAD kata, dia siqah siqah wa ziyadah.
c) Dianggap SIQAH MA’MUN oleh IBN MA’IN & ABU ZUR’AH.
d) NASR AL-JUHADHMI kata, dia sabat dalam hadis.
e) IBN HIBBAN letak Namanya dalam senarai AL-SIQAT dan menyatakan bahawa dia antara ahli ibadat dan ahli kebaikan di basrah. AL-ASQALANI kata, dia soduq ahli ibadat dan zuhud.
f) ABU BAKAR AL-BAZZAR kata, dia sebaik-baik manusia.
Dia adalah rijal Muslim, Abu Daud dan al-Nasaie.
Nama perawi ini disebut dalam sunan Abi daud untuk kali pertama, iaitu dalam hadis 86.
No comments:
Post a Comment