ABU DAUD AL-TAYALISI (133H-204H)
أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيَّ
Nama betulnya adalah SULAIMAN BIN DAUD BIN AL-JARUD AL-BASRI.
Di gelar AL-TAYALISI, kerana dikatakan dia selalu memakai kain yang diletak di kepalanya yang dalam bahasa farsi disebut sebagai Tayalasah.
Dia berasal dari Farsi. Namun, dia tinggal di Basrah. Ibunya orang farsi. Dia adalah bekas hamba kepada keluarga al-Zubair bin al-Awwam.
Banyak tempat dia jelajah untuk mengambil hadis. Dia pernah kata, aku ambil hadis dari seribu guru. Dia mengarang kitab MUSNAD AL-TAYALISI.
PENDAPAT ULAMA:
(a)
AMRU BIN ALI AL-FALLAS
kata, aku tidak nampak ada ulama hadis yang lebih hafaz berbanding abu Daud
al-Tayalisi. (Tawassut:2/566). Bahkan, itu tidak pelik kerana dia pernah
betulkan sebanyak 40 ribu hadis yang mawquf yang sengaja di marfu’kan atau
sebaliknya; begitujuga hadis yang mursal yang sengaja di mawsulkan atau
sebaliknya. (Manhal:1/274)
(b)
ALI BIN AL-MADINI kata, aku tidak jumpa
seorang pun yang lebih hafaz berbanding dia.
(c)
AMRU BIN SYABBAH kata,
mereka menulis darinya di Asbahan sebanyak 40 ribu hadis, tanpa bersamanya
sebarang kitab.
(d)
ABDUL RAHMAN BIN MAHDI
kata, Abu Daud adalah manusia yang paling benar.
(e)
WAKI’ kata, dia adalah
gunungan ilmu.
(f)
AL-NU’MAN BIN SALIM
kata, dia siqah ma’mun.
(g)
AL-IJLI kata, dia
siqah dan banyak hafal hadis.
(h)
AL-NASAIE kata, dia
siqah dari kalangan orang yang paling benar lahjah.
(i)
IBN ‘ADI kata, pada
masa dia, dia adalah orang yang paling hafaz di basrah, terkehadapan dari
kalangan ulama sezaman dengannya dari sudut hafalan dan pengetahuan. Pernah
berlaku bahawa dia tersalah tetapi pada masa itu dia tersedar dan perbetulkan.
(j)
ABU MAS’UD AL-RAZI
tanya AHMAD berkenaan ABU DAUD AL-TAYALISI, jawab AHMAD: dia siqah soduq. Abu
mas’ud kata, dia ada buat silap. Jawab Ahmad, itu diihtimalkan sahaja.
(k)
IBN MA’IN kata, dia
soduq.
(l)
ABDUL RAHMAN kata, aku
tanya bapaku. Dia menjawab: Abu Daud adalah ulama hadis yang soduq dan banyak
buat silap.
(m)
IBRAHIM BIN AL-JAWHARI
kata, Abu Daud al-Tayalisi ada melakukan kesalahan pada seribu hadis.
(n)
IBN SA’AD kata, dia
siqah dan banyak riwayat hadis. namun, kadangkala dia tersilap.
Dia adalah rijal
al-kutub al-Sittah kecuali al-Bukhari hanya riwayatkan hadisnya dalam al-Adab
al-Mufrad.
No comments:
Post a Comment