Wednesday, June 8, 2022

BAKR BIN ABDULLAH AL-MUZANI BIN AMRU (108H)

 BAKR BIN ABDULLAH AL-MUZANI BIN AMRU (108H)

 بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُزَنِيِّ بن عمرو

 

Digelar dengan panggilan ABU ABDULLAH AL-BASRI. Dia salah seorang tabiin, dan meninggal dunia di Basrah.

 

Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, serta seorang perawi yang faqih, siqah dan dipercayai serta sahih.


BAKR BIN ABDULLAH AL-MUZANI[38] @ ABU ABDILLAH BIN MUDHAR AL-BASARI (108H[39]) – tabiin.

 

[] dia dilahirkan di Basrah dan tinggal di situ.

 

[] IBN AL-MADINI kata, dia ada lebih 50 hadis.

 

[] dia seorang ahli ibadat. Sempat berjumpa dengan ABDULLAH BIN MA’QIL.

 

[] HUMAID AL-TUFAILI kata: Bakr orang yang doanya mustajab. Dia tinggal di Basrah.

 

HUMAID AL-TUFAIL cerita bahwa BAKR ada berkata: Aku harap aku hidup seperti orang kaya dan mati seperti orang miskin. Dia selalu memakai kiswah dan duduk berbual bersama mereka. Dia cakap: aku mahu gembira dengan caraku ini.

 

SULAIMAN AL-TAIMIY pernah cerita: Kiswahnya sebanyak 4 ribu. Ibunya orang senang. Suaminya pula orang yang banyak harta.

 

[] KOMENTAR

A.        Kutub sittah.

B.        Dianggap siqah oleh IBN HIBBAN, IBN MAIN dan NASAIE.

C.         ABU ZURAH kata, dia siqah ma’mun.

D.       IBN SAAD kata, dia siqah, sabat, ma’mun, hujah dan faqih.

E.         IJLI kata, seorang penduduk basrah, tabiin dan siqah.

F.          IBN SAAD kata, dia siqah, sabat, banyak riwayatkan hadis, hujah dan faqih.

No comments:

Post a Comment