MUHAMMAD BIN ALI BIN ABDULLAH BIN ABBAS (65H-125H)
مُحَمَّدِ بْنِ
عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ
Dia adalah cucu IBN ABBAS. Digelar dengan panggilan ABU ABDILLAH
AL-HASYIMI AL-MADANI. Dia ambil hadis dari bapanya sendiri, iaitu ALI BIN
ABDULLAH BIN ABBAS, dan UMAR BIN ABDUL AZIZ.
Abu Ja’far al-mansur yang merupakan khalifah pada era Abu Hanifah dan
Sufyan al-Sauri adalah anaknya.
Dia dilahirkan di AL-HUMAIMAH dan meninggal di Shurat.
Salah seorang raja dalam kerajaan Bani al-Abbas. Di era dia, dakwah
islam sampai ke Iraq dan Khurasan. Dia menjadikan AL-HUMAIMAH sebagai pusat. Dia pilih
AL-HUMAIMAH dengan tujuan untuk dia menyebarkan ilmu serta beribadat. Dari
situ, dia mulakan dakwah.
Dikatakan bahawa di
AL-HUMAIMAH ada 500 pokok. Demi menjaga pokok-pokok itu, dia pernah tunaikan
solat dua rakaat pada setiap pokok-pokok tersebut.
Dikatakan dahinya ada tanda
hitam kerana kuat sujud, sehingga digelar sebagai SAJJAD (orang kuat sujud :
ada seorang lagi yang digelar SAJJAD, iaitu ZAIN AL-ABIDIN ALI BIN AL-HUSAIN).
Dikatakan beza umurnya dan
bapanya adalah 14 tahun. Mempunyai rupa paras seiras dengan bapanya. Orang
boleh membezakan hanya dia inaikan janggutnya dengan warna inai, sedangkan
bapanya dengan warna hitam.
Anak-anaknya adalah IBRAHIM (ibunya adalah hamba), ABU AL-ABBAS AL-SIFAH
(Ibunya, RAITHAH BINTI UBAIDILLAH AL-HARISIYYAH, namanya ABDULLAH AL-ASGHAR)
dan ABU JA’FAR AL-MANSUR (ibunya hamba. Nama sebenarnya ABDULLAH AL-AKBAR BIN
MUHAMMAD).
Bapanya adalah Ali bin Abdullah bin Abbas, sedangkan ibunya adalah
AL-‘ALIYAH binti Ubaidillah bin al-Abbas.
Dikatakan dia dilahirkan di era khalifah Muawiyyah bin Abi Sufyan. Ada
pula dakwaan kata, dia dilahirkan di akhir pemerintahan Abdul Malik bin Marwan.
Dia meninggal pada tahun 125H ketika berumur 70 tahun. Dia meninggal di Syurat (Jordan) dalam era khalifah al-Walid bin
Yazid bin Abdul Malik, pada tahun 125H, ketika berumur 60 tahun.
Ibn Hibban senaraikan dalam
siqat sebagai tabiin. Mus’ab kata, dia siqah sabat dan masyhur.
Menurut al-Sahranpuri, dia tidak ada bukti bahawa dia mendengar hadis
serta berjumpa dengan atuknya, ibn Abbas.
Dia adalah Ashab al-Sunan
kecuali Bukhari dan Muslim sahaja.
No comments:
Post a Comment