Wednesday, June 22, 2022

MUHAMMAD IBN FUDHAIL (195H)


[4] MUHAMMAD BIN FUDHAIL BIN GHAZWAN AL-DHOBBI AL-KUFI (195H)

 محمد ابْنُ فُضَيْلٍ بن غزوان الضبي الكوفي

 

Nama penuhnya MUHAMMAD BIN FUDHAIL BIN GHAZWAN BIN JARIR. Digelar dengan panggilan ABU ABD AL-RAHMAN AL-DHABBI.


Ulama kufah ini adalah pengarang kitab al-Du’a dan kitab al-Zahid. Menurut cerita, semasa dia meninggal, Imam Waki’e antara yang hadir.

 

Al-Zahabi kata bahawa dia sempat jumpa MANSUR BIN AL-MU’TAMIR. Namun, semasa dia jumpa itu, Mansur sedang sakit. Namun, dikatakan di situ dia mendengar hadis dari mansur.

 

KOMENTAR POSITIF:

(a)   Dalam al-Siyar, al-Zahabi menukilkan bahawa dia dianggap siqah oleh YAHYA BIN MA’IN.

(b) Al-Nasaie kata, dia tidak ada apa-apa masalah. 

(c) Ibn al-Madini menyatakan bahawa dia siqah sabat pada hadis. 

(d) Ibn Ma’in kata, dia siqah. 

(e) Abu Zur’ah kata, dia soduq.

(f) Antara yang ambil hadis darinya adalah Ahmad, al-Sauri, Ishaq, Abu Bakar dan Osman bin Abi Syaibah.

  

KOMENTAR NEGATIF;

(a)                Ahmad kata, walaupun dia hasan al-Hadis, tetapi dia seorang TASYAYYU'.

(b)               Abu Daud pula kata, dia syiah hangit.

(c)                 Dalam Kitab Ansab al-Sum’ani, dia melampau dalam tasyayyu’nya.

(d)                Dalam tahzib al-Kamal kata, dia seorang syiah melampau.

(e)               Muhammad bin Sa’ad kata, setengah ulama hadis tidak berhujah dengan hadisnya.

(f) Ibn Sa’ad kata, dia Siqah soduq, banyak riwayat hadis dan Tasyayyu’

(g) Ibn Hibban pula mengatakan dalam al-Siqat bahawa ibn Fudhail ini adalah orang yang ghuluw dalam tasyayyu’nya. 

(h) Al-Ijli pula menyatakan bahawa dia bukan tasyayyu’, bahkan seorang syiah.


Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi sahih.

No comments:

Post a Comment