Wednesday, June 22, 2022

MUHAMMAD BIN ISA (103H-183H)

 MUHAMMAD BIN ISA (103H-183H)

مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى

 

Nama penuhnya adalah MUHAMMAD BIN ISA BIN NAJIH. Dia digelar dengan panggilan ABU JA’FAR BIN AL-TABBA’ AL-BAGHDADI. Dia merupakan adik beradik kepada dua ulama hadis terkenal juga, iaitu ISHAQ BIN ISA dan YUSUF BIN ISA.

 

Dia dilahirkan di syam dan meninggal di al-Saghur (Sebelum era konstentionpal, sughur berada di bawah syam. Selepas itu, ia dibawah kekuasaan Andalusia yang kini disebut spanyol).


Asal keturunan, berasal dari Baghdad, tetapi pernah sampai ke Syam dan tinggal di AZANAH. (tawassut:2/654)


Merupakan murid kepada Imam Malik dan guru kepada Abu Daud. Imam Bukhari pula, ambil hadis darinya secara ta’liq sahaja. Ahmad bin Hambal kata, dia salah seorang dari syaikh al-Islam. Dia adalah perawi siqah lagi sahih.


KOMENTAR POSITIF;

(a)  Abu Hatim kata, dia seorang siqah ma’mun (dipercayai).

(b) Nasaie kata, dia siqah.  


KOMENTAR PERTENGAHAN;

(a) Al-Sahranpuri kata, dia siqah dan sabat, tetapi dia banyak tadlis dan lakukan irsal khafiy. 
(b) Abu Daud kata, dia seorang faqih dan menghafal hampir 40 ribu hadis. Namun, dia kadangkala melakukan TADLIS. 

No comments:

Post a Comment