ZURARAH BIN ABI AWFA (93H)
زُرَارَةَ بْنِ أَوْفَى
Nama penuhnya adalah ZURARAH BIN AWFA AL-‘AMIRI AL-HARASHI. Dia panggil
sebagai ABU HAJIB AL-BASRI.
Dia adalah seorang ulama hadis di Basrah, serta qadhi di wilayah
tersebut. Dia meninggal dunia pada tahun 93 Hijrah,
iaitu di era pemerintahan AL-WALID BIN ABDIL MALIK BIN MARWAN, iaitu ketika dia
sedang membaca al-Quran. Iaitu, apabila sampai pada ayat 10, dia pun rebah dan
meninggal dunia.
يَا أَيُّهَا
الْمُدَّثِّرُ (1) قُمْ فَأَنْذِرْ (2) وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ (3) وَثِيَابَكَ
فَطَهِّرْ (4) وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ (5) وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ (6)
وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ (7) فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ (8) فَذَلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ (9) عَلَى
الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ (10) – المدثر
Dengan sebab itu, tidak hairan Abu Hatim bin Habban al-Basti kata, dia
terkenal sebagai ahli ibadat.
Ramai ulama kata dia siqah, antaranya adalah al-Nasaie, Ahmad bin Soleh
al-Jili, Ibn Hajar al-Asqalani, al-waqidi dan Ibn ma’in.
Dia adalah rijal al-Kutub al-Sittah, dan seorang perawi siqah lagi
sahih.
KOMENTAR POSITIF;
A. Dianggap siqah oleh NASAIE, IBN MAIN
B. ABU HATIM BIN HABBAN AL-BASTI kata, dia dari kalangan hamba-hamba.
C. AL-JILI kata, dia siqah, lelaki soleh.
D. ASQALANI kata, dia siqah dan ahli ibadat.
E. IBN SAAD kata, dia siqah dan ada beberapa hadis yang dia riwayatkan.
No comments:
Post a Comment