HUSOIN BIN ABD AL-RAHMAN (43H-136H)
حُصَيْنٌ بن
عبد الرحمن السلمي الكوفي
Ulama Kufah ini digelar
sebagai ABU AL-HUZAIL AL-SULAMI AL-KUFI. Dia adalah sepupu kepada Mansur bin
al-Mu’tamir.
Dia dilahirkan di era
Muawiyyah, iaitu di hujung tahun 43H.
Ahmad kata, dia siqah ma’mun
dari kalangan kibar ulama hadis. Yahya bin Main kata, dia siqah. Ahmad al-Ijli
kata, dia siqah sabat. Abu hatim kata, dia siqah, namun akhir umurnya,
hafalannya buruk. Al-Nasaie kata, hafalannya berubah. Yazid mengatakan, dia ikhtilat.
Dakwaan bahawa dia ikhtilat
itu dibantah oleh Ibn al-Madini.
Dia adalah
rijal al-Kutub al-Sittah. Seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment