ALI BIN ABDILLAH BIN ABBAS (40H-117H)
عَلِيِّ بْنِ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ
Dia
digelar oleh bapanya sebagai ABU AL-HASAN. Tetapi, ia ditukar kepada ABU
MUHAMMAD oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
Dia dilahirkan pada malam
Saidina Ali dibunuh, iaitu bulan Ramadan tahun 40H. ekoran itu, dia diberi nama
ALI.
Dia meninggal dunia di Syam
pada tahun 117H.
Dikatakan dia berbadan sasa
dan segak, sepertimana bapanya. Sehingga ada pihak menggelarkan bahawa dia
adalah orang yang paling segak pada zamannya.
Nama ibunya adalah ZUR’AH
BINTI MISHRAH BIN MA’DIKARIM BIN WALI’AH BIN SHURAHBIL yang merupakan putri
kepada raja al-Kindah
Dia antara orang yang mendapat
tekanan dari Khilafah Umawi. Dia dilahirkan di Madinah. dia bermusafir ke
basrah dan Syam. Di Syam, dia dikawal oleh pemerintah agar tidak keluar dari
HUMAIMAH (satu kampung di Syam). Dan dia meninggal dunia di situ.
Dia terkenal dengan ahli
ibadat, sehinggakan dikatakan bahawa dahinya kelihatan hitam kerana kerap sujud
ketika solat.
Al-Ijli dan Abu Zur’ah kata,
dia siqah. Bahkan Ibn Sa’ad kata, dia siqah yang sedikit riwayatkan hadis. Ibn Hibban meletakkan Namanya dalam al-Siqat.
Dia adalah rijal al-Kutub
al-sittah. Seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment