HABIB BIN ABI SABIT (122H)
حَبِيبِ بْنِ
أَبِي ثَابِتٍ
Tabiin ini, nama penuhnya adalah HABIB BIN ABI SABIT BIN QAIS BIN DINAR.
Digelar dengan panggilan ABU YAHYA AL-ASADI AL-MADANI AL-KUFI.
Dia dilahirkan di AL-HUMAIMAH (sekarang di Jordan). Namun, berhijrah di
kufah dan meninggal di sana sehingga menjawat jawatan mufi di sana dan
meninggal dunia di tempat yang sama. Dia bukan sekadar terkenal dalam hadis,
malah diakui mahir dalam bidang fiqh.
Al-Nasaie, Abu Hatim dan Abu
Zur’ah mengatakan bahawa dia siqah. Malah, dalam kitab al-Siqat, Ibn Hibban
meletakkan Namanya dalam senarai.
Namun begitu, Ibn hibban
menyatakan bahawa dia seorang mudallis. Turut sama mengatakan perkara yang sama
adalah ibn Khuzaimah. AL-Sahranpuri
kata, dia banyak buat irsal dan tadlis.
Al-Azdi pula kata, dia siqah
yang soduq. Ibn ‘Adi dan Ibn Main kata, dia siqah yang boleh dibuat hujah.
Dia adalah Rijal al-Kutub al-Sittah. Seorang perawi siqah lagi sahih.
No comments:
Post a Comment